Aku Menilai Seorang Blogger Melalui Tulisannya Bukan Melalui Rupa

Mukaddimah? Tak ada.

Aku hanya menilai seorang blogger itu hanya melalui penulisannya atau aku dapat mengambarkan sesuatu perkara yang diceritakan itu hanya melalui tulisan. Aku bukan menilai dari rupa,bukan dari badan tetapi dari tulisan itu. Pandangan pertama la kira nie..

Kalau baik cara penulisannya,maka baiklah yang aku terima. Kalau penyampaian yang blogger itu ingin sampaikan tidak tercapai. Maka,setakat itu sahajalah yang aku faham.

Faham tak? Sebenarnya begini,aku kenal korang(blogger) melalui blog. Melalui penulisan di blog. Bukan di alam nyata. Aku tidak tahu bagaimana gaya seseorang itu ketika menulis. Tidak kira lah entri marah,sedih,sakit jiwa dan sebagainya.

Aku nilai blogger itu dari pandangan pertama(tulisan). Walaupun gaya penulisan aku tidak baik tetapi itu sahajalah yang aku termampu. Sama juga dengan blogger lain kan? Itu sahajalah yang dia mampu untuk menulis entri atau karyanya,kan?

Tetapi..seseorang blogger itu patut menerima apa yang pembaca terima. Tidak semua pembaca faham apa yang anda nyatakan hanya melalui tulisan. Aku(aku seorang pembaca) ,kadang tidak faham juga apa yang ingin disampaikan seorang blogger itu. Jadi,kalau tersalah dapat info dari tulisan kau itu. Maafkan saja lah.

Jangan pula melenting tidak tentu pasal. Kalau aku(yang duk baca entri kau) tersalah faham,kau terangkanlah dengan lebih jelas sedikit dengan lebih berhemah. Diulangi! Dengan lebih BERHEMAH. Bukannya marah tidak tentu pasal.

Aku tidak faham langsung dengan segelintir blogger(seorang je) yang tidak beretika dan beradab. Kalau kau ingin menjadi seorang blogger,kau patut menerima hakikat ini. Kau patut sedar. Tetapi apa yang dapat aku nilai tentang diri kau(blogger itu) adalah kau seorang yang KURANG AJAR.

Ingat tak pepatah "Jangan berumah di tepi pantai,kalau takut dilanda ombak"?  Jadi,kalau kau takut di 'landa ombak' dalam dunia blogger ini. Janganlah jadi blogger!! Faham? Walaupun kau seorang yang sudah lama berjinak di dalam dunia blogger tetapi kau tidak pandai menghormati pandangan blogger lain. Tidak ada gunanya juga.

Aku dah cukup baik menasihati dengan cara baik tetapi kau pula berkata-kata biadap. Patutkah seseorang blogger bercakap lepas mulut tanpa memikirkan hati orang lain? Patut ke? Bersikap profesional la sikit.

Argh! Tidak guna juga aku berbicara panjang lebar kalau diri tidak mahu berubah. Datanglah ombak lautan,ribut dan taufan..tetapi kalau diri tidak mahu berubah. Tidak ada gunanya juga. Bagai mencurah air ke atas daun keladi.

Nasihat aku,berhentilah menulis kalau tidak mahu menerima pandangan blogger lain. Berhentilah menulis kalau tidak tahu beradap dalam berblogging. Berhentilah menulis kalau tidak mahu entri diplagiat

Aku kecewa dengan blogger itu. Lantak kau lah brader! Aku hanya menilai kau dari pandangan pertama melalui tulisan. Selepas itu,barulah aku nilai tuannya(selepas berkenalan). Tetapi aku  tidak menilai seorang itu melalui rupa. Adakah rupa penting? Tidak! Yang penting hati beb!


Nota: Aku bukan marah tapi blogger itu agak bangang. Kalau terasa,silalah marah. Aku sudi menerima cacian itu lagi.Terima kasih.

4 comments:

tengkorakemas berkata...

teruskan sahaja perjuangan kita, teruskan menyumbangkan sesuatu :)

Sharinginfoz berkata...

memang tulisan menggambarkan perilaku kita kan

Confirmed Buat Duit @Nuffnang

eqbalzack berkata...

abg eq setuju! hihi...

Tanpa Nama berkata...

aku macam tau ko tujukan tuk sape.
rilex ar bro,x sume org tulis blog serius macam ko,ade org menulis utk hve fun je.
lgpun jgn la pertikaikan tajuk blog org laen.tu trademark org.
ak xtau pe kes ko ngn dye tp kalo ko nak org respect ko respect org len dlu.
entry ko ni kire bole jatohkan maruah org laen.ni kire beradap ke???

oklah selamat hari raya.

Catat Ulasan

Awak komen je dengan ikhlas. Tak paksa pun. Amir pun tak pasti dapat ke tidak balas komen tu. Sibuk gilak-gilak bah! Ko guano gu? Bereh??