Semangat Berblogging Kian Membara Kerana JustKhai {dot} Com

Assalamualaikum guys,

Korang perasan yang Amir dah tak macam dulu? Update post pun sekali sekala. Itu pun memang malas giler. Kalau korang tengok siput,Amir lagi slow dari tue kot. Ahaks. Eh! Apa kaitan dengan siput nie? Tak ada lah..Saja je.


Bosan dan boring

Ha,korang tahu tak? Semangat berblogging Amir kini semakin membuak-buak. Tak boleh tahan dah. Semakin bersemangat dah bertenaga. Kalau sebelum ini, memang tak ada harapan dah. Tersangat lah putus asa. Namun, tanpa usaha kita tak akan berjaya,kan? Oleh itu,Amir berusaha jugak nak cantikkan blog ini selepas menerjah blog Justkhai.com.Dulu pernah jugak singgah di Justkhai.com. Tapi Amir wat dek je sebab Amir tak kenal lagi siapakah gerangan empunya blog itu dan apakah isi tersurat dan tersirat yang ada dalam blog Justkhai.com.




Namun,selepas membaca entri Justkhai. Tiba-tiba Amir rasa bersemangat. Bukan tipu ye. Bukan bodek tetapi memang benar. Amir macam dapat satu inspirasi. Kalau orang putih cakap,inspiration. Bila dah ada inspirasi,barulah mood nak berblogging kembali ada.

Macam juga dengan makan. Hari-hari makan nasi putih je. Apabila sudah makan benda yang sama, mood nak makan itu pun menurun,kan? Tetapi,apabila ada seketul ayam KFC depan mata..Ada beaf stick,chickon chop,salad dan semuanya yang lazat-lazat. Kompem dengan lahapnya kita makan. Sama la dengan berblogging nie..Perlu ada kelainan yang membakar semangat kita.

Satu faktor yang buat Amir bersemangat ialah keadaan blog atau layout blog Amir yang semakin menarik. Ha! Menarik tak? Citarasa Amir sejak dulu memang warna pink. Korang pun tahu kan? Kalau idak tahu,tanya rakan-rakan. Hehe.

Sedap tak mata korang pandang blog Amir nie? Haha. Sedap? Erk!.




Baca betul-betul

Korang nak tahu apa yang penting apabila berblogging nie yang Amir kenalpasti? Ok!


Niat

Niat nie penting woo. Cikgu Amir selalu cakap,kalau nak buat sesuatu,mestilah disertai dengan niat. Niatnya pula macam mana? Ok. Ikut Amir ye. "Sahaja aku berblogging untuk berkongsi ilmu selagi termampu kerana Allah Taala" Amacam? Mudah bukan? HEHE.

Minat

Ya,minat amat penting. Bak kata Juskhai.com. Minat mesti ada..tapi bakat? Letak tepi dulu. Kalau korang tak ada minat,baik toksah la berblogging. Betul wa cakap lu.. Kalau berblogging memang tak tahan lama. Ha,minat? Amir dah ada. Bagaimana pula dengan korang?


Usaha

Usaha juga penting bai. Kenapa penting? Sebab..mak Amir cakap.. Usaha tangga kejayaan. Ahaks. Betul pe. Kalau tanpa usaha,kita tak akan berjaya. Betul tak? Nak kaya,nak mewah,nak senang tapi hanya angan-angan. Bila tanya,apa kau buat untuk jadi kaya? Pasti jawap,tak buat apa-apa. Alaa..duit dan kesenangan tak kan datang bergolek..Jatuh dari langit ada tak? Hehe.


Istiqamah

Faham ke tidak apa makna Istiqamah? Istiqamah nie bermakna membuat setuatu benda secara berterusan kerana Allah. Ya,secara berterusan. Kalau berblogging nie,janganlah sekerap jalan ye. Jangan harap hari nie baru berblogging,esok dah mahu jadi popular. Tak mungkin,jadi berblogging secara terus dan menerus. ok?

Setakat ini saja lah..Yang penting. Kita berblogging sebab nak berkongsi ilmu atau pengajaran dan sebagainya. Amir pun baru je berblogging. Tidak tahu sangat. Namun,Amir ikut resmi padi je. "Semakin berisi semakin tunduk". Jangan pula 'berisi' yang lain. hehe.. Tapi,ingat! Setiap perkara memerlukan pengorbanan zahir dan batin. Zahir? Ok..faham.. Batin? Apa ek? Hehe. Korang fikir la sendiri. W'salam.



Nota kaki: Selepas ini Amir nak memantapkan entri pula..

1 comments:

Tanpa Nama berkata...

wan muhamad..btol tu .stuju2.

Catat Ulasan

Awak komen je dengan ikhlas. Tak paksa pun. Amir pun tak pasti dapat ke tidak balas komen tu. Sibuk gilak-gilak bah! Ko guano gu? Bereh??