Assalamualaikum w.b.t
Awak semua apa khabar? Bagaimana dengan ibadah puasa? Semakin hari semakin baik atau semakin hari semakin lemah? Lemah? Yup,sebab apa lemah? Sebab malas.. (ramai pelajar buat alasan puasa malas nak belajar.)
Baiklah. Berkaitan dengan tajuk di atas " Revolusi Pembebel Jalanan,Penghijrahan Dalam Berblogging"
Tentu anda sekalian yang pernah bertandang ke blog ini agak hairan.. Hairan dengan nama blog ini. Sebenarnya,inilah yang ingin saya katakan. Dulu,nama blog ini Amir Izzat yang merujuk kepada diri saya. Tetapi,pada saat ini. Pada masa ini,saya ingin melakukan penghijrahan yang bermaksud berpindah.
Berpindah dari yang lama kepada yang baru.. Mungkin dengan penghijrahan ini. Saya akan lebih serius dalam berblog walaupun pada dasarkan kewujudan blog ini adalah kerana perasaan ingin tahu. Namun,saban hari saya merasakan yang berblogging ini ternyata menarik minat saya untuk menulis dan terus menulis. Walaupun kebanyakan hasil tulisan adalah karut marut,merapu sana sini tetapi dengan penghijrahan ini. InysAllah saya akan memantapkan lagi penulisan di blog ini.
Sesuai dengan saranan Ayie yang menyarankan saya fokus pada penulisan. Terima kasih!
Sesuai dengan saranan Ayie yang menyarankan saya fokus pada penulisan. Terima kasih!
Pemilihan nama blog Revolusi Pembebel Jalanan adalah berdasarkan pengertian saya sendiri. Apa yang saya faham akan makna Revolusi ini bermakna perubahan. Betul tak? Pembebel Jalanan pula merujuk kepada diri saya..Bahawa saya hanya membebel di blog dan mungkin saya seperti orang-orang biasa di tepi jalan yang tidak punya keistimewaan namun saya hanyalah pembebel jalanan. Mungkin dipandang,mungkin dicemuh atau terpinggir.
Gambar di atas pula ialah header yang saya gunakan. Macam mana? Cantik ke tidak? Saya harap,dengan penghijrahan ini. Saya dapat berubah dan anda pun akan berubah apabila membaca tulisan saya..Pembebel Jalanan.."Akan ku membebel sampai termuntah.." Sama ada saya yang termuntah atau awak yang termuntah.. Saksikan Revolusi Pembebel Jalanan!!!
Nota: Ayat macam nie..ku rasakan terlalu skema. Apa pula pendapat korang? Berhijrah di blog dan di alam nyata sekaligus..
Nota: Ayat macam nie..ku rasakan terlalu skema. Apa pula pendapat korang? Berhijrah di blog dan di alam nyata sekaligus..
14 comments:
good luck! tak ada salahnya menulis dengan penulisan yang betul :D
teruskan berblogging amir!
insyaAllah, akak sentiasa doakn amir.
all da best!
Nice.. Broo..
Majukan Blog Untuk Negara...
yups
baguslah tu
ada misi
header ko cun
moga berjaya dengan penghijrahan ini
amin
P/S : Lagi Sekali Entry Aku Berkisar Tentang Kenapa Aku Meminati Filem Tamil Dan Bollywood!
P/S : Kepada Sesiapa Yang Ingin Mengiklankan Product Anda Di Blog Saya Sila Click Entry Ini Berkenaan Ruang Iklan Di H.P.B Blog
tengok blog pun dah rasa macam ada aura baru dalam blog ni..
ok..
akak tunggu nak dengar amir membebel..
salam amir,
amir ada idea.. amir ada identiti..
yang penting jadi diri sendiri.. :)
@tengkorakemasokeyh..thanks..aku rasa aku nak membebel je..kih3
@Nur'Ain Illiyanayup..amir akan terus berblogging..hehe.. terima kasih kak!
@ProfHarizorait..ko pun dah maju..aku pun nak gak ar.. haha
@hansterima kasih..arap2..aku lebih serius...kih3...tapi blog nie macam biasa je..penjenamaan je...hehee... tq
@nabilah abd rahmanhehe... aura macam mawi ek? kih3..
okeh..amir nak membebel la lepas nie..hee
@cikgu iszaw'salam cikgu.. okeyh.. inysaAllah..amir tetap Amir..hehe
okay apa
nampak kemas dan menarik
P/S : Aku Dah Kata Lisa Surihans Dengan Aku Memang Ditakdirkan Bersama Di Sini..Hahahaha!
@Pembebel Jalanan Aku maju ke?
mana ada bro.. baru bukak mata je nie dan nangis2 lom pandai merangkak~
Catat Ulasan
Awak komen je dengan ikhlas. Tak paksa pun. Amir pun tak pasti dapat ke tidak balas komen tu. Sibuk gilak-gilak bah! Ko guano gu? Bereh??