Assalamualaikum,
Semasa Amir duk singgah di Anastasyea.. Ada satu tajuk yang membuatkan Amir tertarik.. "Harga Ayam Naik 50 Sen" Eh! Betul ke nie?
ALOR SETAR, 11 Ogos (BERNAMA)-- Bulan Ramadan yang bermula pada Rabu dipercayai adalah punca kenaikan harga ayam antara 30 sen dan 50 sen sekilogram yang dikesan di beberapa buah pasar basah di negeri ini.
MasyaAllah..Kenapa ek setiap kali tibanya bulan Ramadhan yang mulia ini..Harga barang terutamanya barang basah nie naik? Adakah peniaga-peniaga yang ratanya orang Melayu dan sudah tentu beragama Islam ini mahu mengambil kesempatan? Kalau dikaitkan dengan Melayu,tak leh gak.. Biasalah kan..Lumrah manusia kot..Duit juga dikejar walaupun Allah menjanjikan pahala yang banyak...
Lagi satu,penguatkuasa perlu memainkan peranan. Kalau penguatkuasa pun buat dek..apabila diadu.. Tak kan terbela nasib pengguna. Amir tahu..mesti ada orang yang mengadu.. Apabila penguatkuasaan undang-undang lemah.. Maka,jadilah perkara ini.. Orang akan ambil mudah.. "Alaa...penguatkuasa tak kan tahan kita laaa'' Mungkin itu kata mereka..
Walaubagaimanapun,semua pihak harus berkerjasama untuk mengelakkan perkara ini dari berlaku lagi biarpun,kenaikan harga barang ibarat acara tahunan setiap tahun yang 'menyusahkan' rakyat...
Nota: Puasa hari nie..ramai yang kecundang laa...Ahaks
0 comments:
Catat Ulasan
Awak komen je dengan ikhlas. Tak paksa pun. Amir pun tak pasti dapat ke tidak balas komen tu. Sibuk gilak-gilak bah! Ko guano gu? Bereh??