"Cis! Nama Lim Guang Eng Disebut Dalam Doa Jumaat Menggantikan Yang di-Pertuan Agong?"| Tidak Berakal Atau Sudah Hilang Akal?

Assalamualaikum.

Pada petang tadi. Selepas pulang dari solat Jumaat. Terdetik di hati saya ingin membeli akhbar sebab sudah sekian lama saya ketinggalan dalam mengikuti isu-isu semasa di Malaysia ini mahupun di luar negara. Tetapi,saya agak terkejut apabila membaca muka depan akhbar Utusan Melayu yang menyatakan nama Ketua Menteri Pulau Pinang disebut dalam doa solat Jumaat menggantikan nama Yang di-Pertuan Agong,Tuanku Mizan Zainal Abidin.

Nama Guang eng telah disebut dalam doa Jumaat di beberapa buat masjid di Pulau Pinang. Namun,apa yang ingin saya tanyakan disini. "Tidak berakal atau sudah hilang akal pengurusan masjid itu?" Perkara ini bagaikan mempersendakan agama Islam. Umumnya sudah sedia maklum,bahawa ketua agama Islam di negara kita adalah Yang di-Pertuan Agong,Tuanku Mizan Zainal Abidin. Bagaimana pula boleh berganti dengan nama Guang Eng yang bukan beragama Islam?

Saya kira,perbuatan sesetengah masjid yang meletakkan nama Guang Eng adalah biadap dan keterlaluan. Apa yang saya ingin tegaskan disini,pihak Jabatan Agama Malaysia serta pihak yang berkaitan harus mengambil tindakan yang tegas terhadap masjid ini. Jangan hanya lihat sahaja. Hal ini demi kepentingan agama Islam. Saya tidak mahu lagi agama Islam dipersendakan apatah lagi isu ini melibatkan orang Islam sendiri.

Guang Eng pula berkata dalam twitter  "siasatan awal menunjukkan tiada masjid di negeri itu menggunakan nama beliau dalam doa khutbah kedua solat Jumaat bagi menggantikan nama Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin. "

Boleh percaya ke? Entah la..Apa yang saya mahu. Pihak berkuasa harus menjalankan tanggungjawap dan tindakan yang tegas akan hal ini! Kalau tidak tegas,sudah pasti pisang akan berbuah dua kali. Setakat ini sahajalah dari saya. Amir Izzat berbicara demi kepentingan agama Islam.Tepuk dada tanya iman. Assalamualaikum!

Berita lanjut di Berita Harian.


5 comments:

Ahmad Tajuddin berkata...

logikkah berita itu atau itu mainan propaganda politik untuk meraih perhatian pihak tertentu??

benar atau dusta??
moga ALLAH beri petunjuk kepada mereka yang sanggup melemparkan firnha sebegitu...

kerana aku cukup yakin jikalau betul nama itu disebut di dalam khutbah,sudah tentu tidak sempat akhbar siar lagi kampung tersebut sudah kecah satu malaysia...

sedang memikirkan bagaiman si imam nak sebut nama LGE ketika dalam khutbah...pelik...

atau pihak pemerintah sudah kekeringan isu untuk menarik perhatian??

tambah2 Utusan Melawak yang keluarkan berita itu....

sekadar pendapat...moga kita sama2 terjauh daripada mendekati fitnah....

Amir Izzat berkata...

@Ahmad Tajuddin Abdullahnak kata logik susah jugak..entah la..harap-harap AMir tidak melemparkan fitnah..

hurm..apa yang amir tahu.. mungkin imam tue tidak menyebut nama LGE..tapi KETUA MENTERI.. haa..wallahualam lah..

kalau diorang tipu rakyat,diorang tanggung dosa..amir hairan..kerana politik..mereka sanggup buat apa-apa..

walaubagaimanapun,amir tak mahu cakap yg ini agenda politik atau apa..sebab takut jadi fitnah pula..

ok..insyaAllah..moga2 kita terhindar lah ye..terima kasih

Ahmad Tajuddin berkata...

@Amir Izzat
moga2 kita terselamat daripada semua fitnah itu....

jom kita tingkatkan amalan di pusingan kedua Ramadhan yang menawarkan ganjaran keampunan buat semua ummat islam....

Nas berkata...

erm...aku tak sure bende nie betul ke tak..
yelah..takkan imam tue 'sengkek' sangat sampai tak sebut nama agung...
teruk la camtuh...
aku xmau komen banyak2..
nanti berunsur politik pulak..isk3..

Unknown berkata...

gila.

Catat Ulasan

Awak komen je dengan ikhlas. Tak paksa pun. Amir pun tak pasti dapat ke tidak balas komen tu. Sibuk gilak-gilak bah! Ko guano gu? Bereh??