Kemana Tujunya Semangat Kemerdekaan Warga Kuching?

Masa untuk membebel.. Aku nak ingatkan disini bahawa aku tidaklah rasis atau benci dengan warga Sarawak khususnya warga Kuching nie. Bagi sesiapa yang terasa..padan muka lah! Bak kata pepatah Melayu "siapa yang makan cili,dialah yang terasa pedasnya." Satu lagi, "pokok tak kan bergoyang kalau tiada angin.." betul tak?

Tinggal berapa hari lagi kita nak menyambut Hari Kemerdekaan ke 53? Korang tahu tak? Kalau tak tahu,boleh la mintak jadi warga negara seberang. Ok! Tinggal 4 hari lagi kita nak sambut nie.. Apa persiapan kita? Bukan persiapan hari raya tetapi persiapan menyambut hari kemerdekaan? Kalau pacak satu bendera Malaysia atas kereta pun ok juga,kan?

Tapi..hari-hari aku ulang alik dari sekolah. Aku tak nampak pun bendera Malaysia mahupun bendera Sarawak terpacak di atas kereta warga-warga Kuching nie. Mungkin ada yang pasang,tetapi kebanyakannya tidak! Tidak tahulah sama ada aku yang rabun atau warganya yang tidak perihatin.

Aku tahu laa..negeri Sarawak mereka yang punya tetapi tak kan la bendera Malaysia pun tidak mahu pasang? Apa punya rakyat da. Maaf ye. Aku bukan prejudis tetapi kemanakah semangat kemerdekaan itu pergi? Merempit di Masja? Berfoya-foya di Waterfront? Makan nospan? Jawapan itu ada pada mereka. 

Bendera Malaysia? Kat kereta pun tak pasang..kat bangunan syarikat tak pasang tapi aku tabik dengan DBKS. Mereka pasang Jalur Gemilang dan bendera Sarawak di seluruh tempat. Terima kasih! Tapi aku bercakap kepada seorang individu.. Ramai ke yang dah lupa sejarah negara mahupun negeri?

Maaf kalau terasa tetapi aku berbicara dari pandangan aku.. 

Aku bercakap demi negaraku Malaysia..takut..takut lunturnya semangat kemerdekaan itu..takut..maruah tergadai lagi..takut..bangsaku dicemuh...takut..takut ada yang tak bersyukur!!!

Nota:Kalau salah,sila perbetulkan..Kalau dah pasang bendera Malaysia dan Sarawak..Bagus lah! Yang tak pasang,pergi pasang sekarang! -Mun guguk angkat dikpun!

2 comments:

tengkorakemas berkata...

sampai begitu sekali ke..banyak org cina kat bandar tu..aku kat selangor sekarang, raya nanti baru balik, kalau tak bolehla tolong berkempen..

Mr.J berkata...

Bro. 31 ogos tidaklah sehebas 16 September waktu Sarawak masuk Malaysia.

dan 31 ogos adalah tarikh kemerdekaan Tanah melayu.

Catat Ulasan

Awak komen je dengan ikhlas. Tak paksa pun. Amir pun tak pasti dapat ke tidak balas komen tu. Sibuk gilak-gilak bah! Ko guano gu? Bereh??