"Laksana Apa Sahaja Elak Buang Bayi" Dr Mohd Jantan| Kalau Gitu,Menteri Malaysia Perlu Letak Jawatan Laa..

“Laksanakan apa saja asalkan dapat mengurangkan gejala pembuangan bayi yang semakin berleluasa hari ini,” kata Perunding motivasi dan psikologi, Dr Mohd Jantan sewaktu dihubungi mengenai kes buang bayi yang tiada kesudahan.

Itulah sebahagian kata-kata perunding motivasi and psikologi.Ops! Tajuk entri tiada kaitan dengan mana-mana pemimpin..cuma pemimpin Malaysia yang terasa je. Baiklah..Mari dengar pendapat aku.. Aku rasa la kan. Aku setuju dengan kata-kata Dr Mohd Jantan.. Buat je apa-apa nak bendung masalah buang bayi nie.. Saranan aku..Kalau nak bendung betul-betul perkara nie..Kita kena lihat dari sudut mak bapak.. (mak bapak aku jaga aku dah adik beradik baik punyer!)

Mak bapak? Ya..Pasai apa kita kena pandang mak bapak? Pasai semua benda bermula dari rumah..Cuma lahir je kat hospital..Hehe.. Mak bapak kan..dari kecil perlu didik anak-anak tentang aurat..Kasi didikan agama sikit..Kalau tak mo sikit..banyak pun tak apa dah.  Mak bapak perlu bagitahu anak-anak tentang bahayanya pasal berzina-zina nie.. 

Yang budak lelaki pulak,kasi tau depa bahawa melancap,toceng atau beronani nie haram! Aku cakap terus terang.. Bagitau mereka,time sekolah jangan bercinta..pantau hanphone..pantau komputer,laptop..jangan kasi keluar malam. Jangan duk caya cakap mereka..last sekali..Bagilah kasih sayang..Kadang-kadang anak nie..tak mengerti bahawa kita sayang mereka..(wah..ada ciri bapa misali tak?).Hehe.. Aku cakap sikit je nie..Nak tahu lebih..tanyalah Google..

Sebenarnya,banyak lagi aspek yang perlu kita lihat..aku cakap panjang lebar..Kan orang baca perenggan yang terakhir je..Dah tau dah.. Rakyat Malaysia suka baca sikit je..Tak caya tanya diri sendiri.

Baiklah..bab menteri atau pemimpin Malaysia ni..Kalau aku la..nak ikut saranan Dr Mohd Jantan.. Baik pecat ar menteri-menteri kat Malaysia(bukan semua)..yang tidak mahu melaksanakan hukum Islam..Senang citer..pemimpin umat Islam di Malaysia perlu melaksanakan amanah masing-masing. Cari jalan macam mana nak bendung.. Tak kan la bila Karpal Singh suruh buat hukuman mati bagi yang buang anak nie baru menteri di Malaysia nak berganjak..Toksah la kalau gitu.. Orang macam nie bagai pahat dengan penukul..Sekali ketuk baru nak bergerak..

Lagi satu,menteri di Malaysia letak lah jawatan.. Pasal apa? Pasal tak dengar cadangan rakyat. Dah tau orang suruh sekat laman web porno..Sekatlah..semuanya dari sini la..laman web porno. Apabila laman web porno dah disekat..budak-budak tak leh download..tak boleh tengok lagi gambar lucah..kan senang. Lebih baik bertindak dari duk nengok je. Sekat lah cepat.(pandang muka la kalau tak leh tengok blue..kah3)

Meh baca lagi..Banyak benda aku nak cakap.Wahai pemimpin Malaysia..kalau nak berjaya..nak sesuatu perkara itu berubah.macam kes buang bayi nie..Tolonglah dengar pandangan rakyat yang biasa dan hina dimata anda..Aku tau..pandangan rakyat nie..tak dipandang langsung.. Korang tahu tak kenapa aku cakap pemimpin Malaysia perlu letak jawatan? Sebab pemimpin di Malaysia lah yang kawal semua..rakyat tak dak kuasa..tak dak kuasa bermakna..orang tak kan pandangan apa yang rakyat cakap..macam aku cakap nie...Betui ka?

Ha,kalau pemimpin bertindak dari awal..dapat la cegah gegala buang bayi..Laksana dulu hukuman yang patut dari awal lagi.. Aku bagi cadangan satu lagi,apa kata kalau rakyat sendiri yang bagi hukuman kat pembuang bayi nie? Kalau terserempak lah... Macam mana?   Boleh tak? Hehe..kita ikat kat pokok..pastu..haa..siap lah ...Menteri..kalau dah diberi mandat..bertindak lah..Jangan sampai aku kasi PAS pula yang memerintah.. 

Eh! Adakah bayi-bayi itu memang dari rakyat Malaysia atau dari seberang? Cuba fikir..Bagi aku..aku salahkan menteri-menteri Malaysia..sebab mereka tidak kuatkuasakan undang-undang. Hidup memerlukan peraturan..Barulah manusia akan menjadi yang  terbaik..tanpa peraturan..Macam lembu yang berkeliaran tanpa kandang..

Psst...Maaf..entri nie atas kegeraman aku dengan sikap pemimpin Malaysia..cakpa tidak serupa bikin..Jangan persoalkan tindakan..buat dulu..Ok lah..luahan hati blogger picisan..Senang cerita..Kalau bagi didikan agama yang secukupnya..benda nie takkan terjadi... Betullah kata seseorang itu(tak ingat nama).. Islam yang lahir dari kesedaran lebih bagus dari Islam yang lahir dari keturunan...sekian..


Enhanced by Zemanta

6 comments:

Unknown berkata...

sokong seribu peratus! buang ank slh nye dr ctu jugak..mula2 tgk blue..pastu cuba..da cuba terr mngandung pulak..nak gugur takut..terrr beranak pulak..pastu terrr buang..bodo pnua olang!!

ta pigi sekolah!

ardinihumaira berkata...

sepatutnya jatuhkan hukuman setimpal. tak adalah diorang rasa cam takheran kena hukuman. ni ape je.. tangkap, ikat jamin... masuk jel pun bape lama jer... hukum gantung sampai mati pon takde orang gerun... pe kata wat hukuman rejam je... merosakkan bangsa. merosakkan maruah baby tak berdosa... dan juga membunuh baby tak berdosa...

nuriz berkata...

betul tu...buat apa saja yang boleh elak kes ni. emm duk tercari cari jugak kat brunei ada tak kes buang bayi..brunei kat hotl dia pun takda arak kan...

mak_ngoh_selamoh berkata...

bagus entri amir...dah macam entri orang dewasa dah. matang...
punca dari rumah dan punca utama adalah BAPA. ada bapa sekarang bukan bapa misali tetapi hanya sekadar bapa bermisai

Ena berkata...

salam..

bagus n3 nie.. walaupun ada nada geram tapi semuanya benar.. akak pun setuju..

Unknown berkata...

amir amir.. geram sangat ke, banyak typo tu. mihahahahaaa. ok gurauan cendawan.

Bagi aku, Tak boleh salahkan pemimpin sangat. Sebabnya KITA sendiri mau ingatlah! KITA yang pilih apa yang KITA nak buat, baik atau jahat. One day KITA jadi pemimpin negara, nak ke kita tanggung segala-galanya as if segala-galanya itu salah kita.

No no no no! peace:)

Catat Ulasan

Awak komen je dengan ikhlas. Tak paksa pun. Amir pun tak pasti dapat ke tidak balas komen tu. Sibuk gilak-gilak bah! Ko guano gu? Bereh??