Kalaulah Aku Tidak Kenal Blog..

Blog? Menatang apakah itu?Boleh dimakan atau tidak?Boleh ditampar dan ditumbuk untuk meluahkan perasaan ke idak?Boleh dibuat teman atau tidak?Adakah blog itu sejenis benda?Atau kawan?


Salam guys,

Relaks..Relaks..Mukaddimah yang entah papa laa.. Hurm.. Blog? Korang tahu tak apa itu blog? Alaa..Kalalaulah selama ini korang berblog tapi tak tahu apa makna blog. Baik korang pi papan pemuka dan korang tekan log out. Lepas tue,pergi pejabat celcom atau Telekom suruh berhentikan perkidmatan jalur lebar korang.


Fuh! Ada ke yang sanggup buat macam tue? Ahaks. Relaks brader. Sila baca entri aku dengan santai.. Sambil hisap rokok(kalau nak mati cepat),minum air cola(kalau nak potong kaki..),dan baca sambil berfikir(terbaik bro!).. Haa.. Ok! Ok! Korang tahu tak makna blog? Tak tahu? Samalah kita..Kih3..Lupakanlah pasal blog.. Sebab tak da orang yang tahu..kan? kan?

Hurm..kalaulah aku tidak kenal blog.. Apa agaknya yang aku buat sekarang ye? Oh ya! Mak suruh mandi..Mesti aku tengah mandi masa nie.. Hehe.. Selain mandi? Ha,aku duk depan tv. Layan citer best-best.. Lagi best dari layan blog.. Tapi tak leh..Tak leh.. Blog gak yang best.


Kalau aku tak kenal blog nie kan,mesti aku tengah mesej dengan awek atau kengkawan aku..lebih bagus dari aku blogwalking dan tinggal mesej di shoutbox. Alamak! Tak leh gak.. Kawan alam maya lebih sporting!(korang sporting ke?).

Entah la belalang.. Aku pun tak tahu nak cakap apa.. Nanti aku sambung. Lagipun,korang nak pergi blogwalking kan? Tentu tak sempat nak tinggal komen. Kalau aku taip panjang-panjang,nanti mencuri masa blogwalking korang pula. Hehe. Good luck my friends. Blogwalking elok-elok ye. Pasal post nie..Aku sambung selepas aku balik dari dinner. Selamat maju jaya.. W'salam.

1 comments:

Unknown berkata...

malangnya sdh dkenali...apa leh bt..haha

Catat Ulasan

Awak komen je dengan ikhlas. Tak paksa pun. Amir pun tak pasti dapat ke tidak balas komen tu. Sibuk gilak-gilak bah! Ko guano gu? Bereh??