Segmen Tingkatkan Ukhwah Sesama Blogger| Mari Sertai Sekarang!

Assalamualaikum geng. Apa khabar hari ini? Semuanya berjalan dengan lancar tak? Kalau tak lancar,pakailah minyak pelincir terbaru dari Petronas. Ahaks.. Pasal motor daa...

Ok! Ok! Aduhai..Ayat pendahuluan dah merapu. Baiklah. Korang rasa laa..Korang pernah sertai tak segmen tingkatkan ukwah sesama blogger? Tak pernah kan? Jadi,inilah peluang korang nak sertai segmen tingkatkan ukwah sesama blogger. Semua blogger berkesempatan untuk menyertainya.






Sebenarnya,sudah lama Amir fikirkan perkara ini. Tetapi,masa pula mencemburui Amir. Hish! Masa sekarang nie,asyik duk cemburu je. Amat sedikit sahaja masa yang diperuntukkan untuk diri sendiri selain tugas belajar. Teringat pula lagu Nasyid kumpulan Raihan,

Demi masa..Sesungguhnya manusia kerugiaan..Melainkan..Yang beriman dan beramal soleh.. Ingat lima perkara, sebelum lima perkara Sihat sebelum sakit, muda sebelum tua, kaya sebelum miskin, lapang sebelum sempit, hidup sebelum mati..

Insaf kejap..Lapang sebelum sempit? Yup,Amir akui itulah yang Amir sedang lalui. Sudah jauh menyimpang nampaknya..Mari kita berbicara soal tujuan sebenar.

Segmen tingkatkan ukhwah sesama blogger ini diadakan atau diwujudkan untuk mengeratkan lagi ukwah atau hubungan sesama blogger. Tidak kiralah blogger baru atau blogger lama. Niat asalnya adalah kerana Allah swt. Amir jamin,pada segmen ini nanti. Kita akan mengenali blogger yang tidak kita pernah kenal. Tetapi,segmen ini tidak menjanjikan trafik yang tinggi.

Amir bukannya pandai nak beri trafik nie. Trafik Amir 100uv. Amir sedekah kat korang 1uv satu. Cukup tak? Eh! Eh! Jangan duk fikir benda tue.. Meh kita fikir macam mana nak kenal dengan blogger lain.

Kenapa ek tajuknya segmen tingkatkan ukhwah? Sebenarnya,Amir lebih suka menggunakan perkataan ukhwah yang rasanya lebih dekat dengan hati dah Islam. Tingkatkan maksudnya kita meningkatkan lagi hubungan kita..Mempereratkan lagi...

Tingkat ukhwah yang paling rendah adalah berlapang dada dengan sahabat-sahabat dan tingkat ukhwah yang paling tinggi adalah ithar. Kenapa kita dengan orang barat berbeza dalam bersahabat? Orang barat bersahabat untuk keperluan dunia sahaja tapi orang islam bersahabat mengharapkan pertemuan hingga ke syurga. Atas dasar kerana Allah s.w.t , ikatan yang paling kuat antara hati dan akal. Ukhwah tidak akan putus walaupun besar mana dugaan yang kita hadapi. Berusaha untuk menyayangi sahabat kita dan korbankanlah sedikit perkara dalam hidup kita, semuanya ada hikmah disebaliknya. Jadikan Rasulullah s.a.w sebagai contoh untuk membina ukhwah yang kuat. Rasulullah s.a.w sendiri dapat membina generasi sahabat yang kuat

Oleh itu,kalau korang nak menyertai segmen yang Amir hendak lakukan ini. Korang tahu tak? Kepentingan dalam menghubungkan ukhwah nie?



Pertama


Untuk mendapat keredhaan Allah kerana Dia suka pada orang yang menghubungkan ukhwah begitu juga penghuni langit dan bumi.


Kedua


Kita juga mengembirakan para Malaikat di langit kerana mereka amat suka kepada orang yang menghubungkan ukhwah.


Ketiga


Pahala yang berterusan..Dengan merapatkan ukhwah..Pahala pun dapat tau..


Keempat


Rezeki yang diberkati Allah. Apa yang kita dapat itu,semuanya berkat.


Kelima


Allah s.w.t melanjutkan usianya.


Keenam


Dapat menambah dan menimbulkan rasa kasih sayang dalam pergaulan seharian.Semakin hari kita semakin mesra. Aman je rasa,kan?


Ketujuh


Iblis dan syaitan bertambah gelisah. Iblis pun gelisah tau.. Sebab apa? ukhwah dan ikatan kita semakin teguh..


Kelapan


Akan disegani dan dihormati oleh masyarakat yang berada disekelilingnya.


Kesembilan


Mengembirakan jenazah yang berada di alam barzah. Orang-orang yang telah pergi sebelum kita pasti tersenyum.


Kesepuluh.


Dapat mencetuskan kegembiraan pada kedua belah pihak,tiada amalan yang lebih baik melainkan dapat mengembirakan hati orang-orang beriman.

Banyak kepentingannya. 
Cara Nak Menyertai Segmen Tingkatkan Ukhwah Sesama Blogger

Bagaimana nak sertai segmen ini? Baiklah. Apa yang perlu korang lakukan ialah

Buat satu entri berkenaan segmen tingkatkan ukwah. Korang letak lah tajuk apa apa pun. Bebas. Asalkan di dalam entri itu korang memperkenalkan diri korang supaya kita dapat berkenalan antara satu sama lain. Korang berceritalah apa-apa saja di dalam entri itu. Nama penuh..hobi..dan apa yang korang rasa patut.

Dalam entri tue,korang letak gambar nie..



Kemudian,korang ajak lah rakan-rakan korang untuk menyertai segmen ini. Biar semua orang tahu..Tag 2 atau 3 orang. Suka hati.Asalkan gembira..kan? Kemudian,bila korang dah siap buat entri tue.. Korang letak url link korang kat entri nie..Dalam ruangan komen ye. Nanti Amir akan tengok dan Amir akan buat sesuatu.. Korang nantikan saja..



 Harapan dan permintaan  

Harapan Amir atau niat Amir sebenarnya adalah untuk mengeratkan lagi silaturrahim antara kita. Blogger yang kebanyak beragama Islam. Amir harap segmen ini akan mengutuhkan lagi hubungan sesama umat Islam.. kan? Setuju tak dengan segmen ini?

Permintaan Amir pula..Satu je Amir minta dengan korang. Tolong doakan Amir jadi anak yang soleh,pelajar yang cemerlang,lulus SPM tahun hadapan dengan cemerlang dan jayanya dan semoga Amir dapat melanjutkan pelajaran di luar negara. Niat di hati nak jadi Chef.

Amir juga akan mendoakan korang..Sahabat-sahabat Amir nie.. Sahabat Amir? Ha,koranglah. Sentiasa dilimpahi rahmat.. Semoga murah rezeki hendaklah..Dan panjang umur. Kalau panjang umur,bolehlah kita bertemu di luar kan? Baiklah..Setakat ini sahajalah kata-kata dari Amir.. Semoga usaha yang Amir lakukan ini dipermudahkan oleh Allah Taala. W'salam.

13 comments:

Unknown berkata...

amir,akak dah buat entry ttg segmen ni..try la tgk...

http://duniasukaduka.blogspot.com/2010/08/mempereratkan-ukhuwwah-antara-kita-di.html

Tanpa Nama berkata...

Menyahut seruan anda :)

http://www.belogmj.com/2010/08/segmen-tingkatkan-ukhuwwah.html

bARdbOO berkata...

salam..sy pon dah jawab yer..
http://bard87.blogspot.com/2010/08/mari-tingkatkan-ukhwah.html

Kie-yu berkata...

dari R4T:

http://rumah4tingkat.blogspot.com/2010/08/tingkatkan-ukhwah-sesama-blogger.html

Unknown berkata...

amir, camne nak tag? baru blaja ni..huhu

PuanPepel berkata...

cikgu dah wat :)

http://lightofdaprincess.blogspot.com/2010/08/segmen-tingkatkan-ukhwah-bersama-cikgu.html

d berkata...

emmm, bgs nye amir... nnt sye buat k~!!

Mr.J berkata...

cun.. salam kenal bro.

hans berkata...

insyaallah kalau ada masa

P/S : Header Baru H.P.B Blog. Thanks Blogger Dark Half!

HDEISR berkata...

http://hadispot.blogspot.com/2010/08/segmen-tingkatkan-ukhwah-sesama-blogger.html siap !

Zida berkata...

wahh macam menarik. nak join lahh nanti :)

WanitaMustanir berkata...

saya pun macam nak join jugak nanti..

ada close date ke, amir?

nazeta berkata...

Salam Amir,

Usaha yang bagus, InsyaAllah akan diusahakan.. keep up the good work.

Catat Ulasan

Awak komen je dengan ikhlas. Tak paksa pun. Amir pun tak pasti dapat ke tidak balas komen tu. Sibuk gilak-gilak bah! Ko guano gu? Bereh??