Segmen Tingkatkan Ukhwah Bersama Blogger..Kie-Yu

Assalamualaikum w.b.t

Segmen tingkatkan ukhwah bersama blogger diteruskan lagi selepas memperkenalkan seorang blogger yang mesra dengan panggilan Kak Nabilah(klik la!)

Pada kali ini,kita akan berkenalan atau dengan erti kata lain..kita akan beramas mesra pula dengan seorang blogger yang cukup..cukup baik ..iaitu Kie-yu. Kie-yu? Peliknya nama. Datang dari mana? Japan? Korea? Ha,itu la yang korang tak tahu. 



Jadi,dengan segmen ini. Korang boleh la beramas mesra sebanyak mana yang korang nak. Kekeke! Jom kita kenal Kie-Yu. Kie-yu..empunya blog Rumah 4 Tingkat.

********************
Siapa Kie-yu?

Nama yang aku cipta khas untuk nama pena blog kesayangan. Tidak berniat nak menggunakan identiti sebenar dek kerana 1001 sebab. Ada 2 blogger nakal yang sudah tahu asal-usul nama ini melalui ruang chat Geng Blogger. Selalu juga mereka lepak di sini dan tinggalkan jejak. Bermula dari situ aku, dia dan dia semakin akrab. Inilah yang dikatakan membina ukhwah hanya kerana nama. Hee. 








Kenapa Rumah 4 Tingkat?



Soalan FAQ bila menjerit di ruang potpet-potpet. Ada yang kata kelakar dan ada juga yang kata ia unik. Terima kasih daun keladi. Lama juga aku dok fikir nama apa yang sesuai. Akhirnya kerana sentimental value yang ada pada tempat berteduh, aku jadikan idea utama. Bersama harapan bila satu hari nanti aku sudah tidak berada di sini, aku akan sentiasa ingat asal-usul dan susah payah yang dilalui suatu ketika dulu.



Dunia realiti.



Seorang budak perempuan wanita yang berumur. Angka 22 tahun agak berumur kan? Hee. Aku selalu disalah erti sebagai dude, bro, saudara dan lain-lain. Mungkin nama yang digunakan agak asing lalu terbitlah monolog dalaman "budak ni lelaki ke prempuan?".





Ada geng fesbuk tanya aku ni masih belajar atau sudah berkerja. Aku rasa macam belum jawab soalan dia. Jawapannya berbunyi - aku seorang pekerja. Masih belum menemui kerjaya impian. Ada sesiapa nak offer aku jadi pembantu peribadi? Resume sudah lama siap ni.





Secara ringkasnya aku boleh dikatakan sebagai survivor, mereng, kepoh, degil bla..bla..bla.. Nak tau lagi mendalam meh kita ketemu. --> tak reti macam mana nak describe diri sendiri dalam tulisan.

********************

Fuh! Taktala aku membaca entri ini. Agak terkejut sikit. Kenapa? Sebab...aku tak sangka yang Kie-yu adalah perempuan! Perempuan? Yup! Selama ini,kalau berbual dengan Kie-yu. 

Mesti aku guna ayat nie "Terima kasih bro.."," Bro,mintak tolong boleh...?"  Hahaha! Bila difikirkan balik,nak tergelak pun ada.. Tak sangka yang Kie-yu nie perempuan.. Tua lagi tue.. Tua? Alamak! Maaf..22 tahun.. Kira tua ar dari aku.. Umur aku? Hang cari la sendirik! Kih3..



Sebenarnya..Aku tak ingat bila aku kenal Kie-yu nie.. Tak silap aku.. dah berbulan lamanya kot. Apa yang aku nak katakan disini..Kie-yu memang baik. Kalau aku mintak tolong,kompem dia akan tolong.. (der..gua konpius..nak panggil kak Kie-yu ke Bro Kie-yu  nie?)

Betul wa cakap sama lu..Jadi,kalau korang rasa nak beramas mesra gitu-gitu.. Boleh la kenal dengan Kie-yu. Blognya juga ternyata menarik! Rumah 4 Tingkat.. Memang best! (ayat bodek ke nie? Tak lah!)

Jom ke blog Kie-yu..Aku nak korang kenal dia! Ini paksaan! Waah!! Tak da lah.. Kenal dengan ikhlas kan lebih bagus..Mengeratkan silaturrahim kerana..ada 10 kepentingan mengeratkan silaturrahim.

Pembebel Jalanan: Pssst...Kie-yu dah kahwin laa..kot. Hehe

2 comments:

Sharinginfoz berkata...

memang bagi segmen ni

hans berkata...

dulu aku ingat kie-yu tu laki
tapi bulan lepas dah tahu dia pompuan
hehehehe

P/S : Aku Dah Kata Lisa Surihans Dengan Aku Memang Ditakdirkan Bersama Di Sini..Hahahaha!

Catat Ulasan

Awak komen je dengan ikhlas. Tak paksa pun. Amir pun tak pasti dapat ke tidak balas komen tu. Sibuk gilak-gilak bah! Ko guano gu? Bereh??