Review Novel:Dunia Ini Sederhana Kecil

Pada minggu yang lepas,saya berkesempatan meminjam satu novel dari adik saya. Memandangan novel ini sudah lama saya nantikan..Apa tunggu lagi? Baca terus laah.Lagipun,adik saya nie amat suka sangat membaca novel. Kalau setiap minggu,ada saja novel baru dibawa pulang ke rumah.. Jadi,abangnya pun turut tumpang sekaki la..Jadi,pembaca novel yang setia.. Sekarang nie,sudah ketagih membaca novel la pula..



Baiklah.. Pada petang tadi,saya sempat memhabiskan satu novel yang bertajuk Dunia Ini Sederhana Kecil oleh Bahruddin Baki.

Sinopsis
Perhentian bas bukannya apa-apa. Tempat persinggahan sebelum masing-masing menuju ke lokasi berbeza. Di perhentian bas itu, mereka bertemu. Lelaki muka berminyak. Lelaki gempal yang bermain gitar. Perempuan manis berlesung pipit. Perempuan pemalu bercermin mata. Perempuan garang yang memakai sepit rambut beruang berwarna merah jambu. Kucing yang tidak diketahui siapa tuannya. Pakcik penggemar burung. Tanpa dirancang, terjadi cerita menarik antara mereka. 
"Aku cakap dengan kopi di dalam gelas aku. Orang bukan tidak sayang, cuma orang tidak nampak dan lupa."

Komen Saya


Pada permulaan cerita ini..Agak membosankan juga ditambah pula dengan otak yang tengah memikirkan makanan. Ya lah kan..Puasa..Hehe..Sabar-sabar.. Mula-mula baca kisah Syamir di stesen bas tue.. Berbicara dengan seorang perempuan yang bernama Tasha.. Perihal cinta dan bas. Saya suka watak Syamir..Banyak kelentong.. Tapi ayat kaww-kaww...Selepas peristiwa di stesen bas,tiba-tiba je masuk ke cerita Formula D. "Eh! Sedap-sedap aku layan jiwang..masuk cerita penyiasatan?"


Ha,bila dah masuk pasal penyiasatan tue..Saya jadi blurr. Sebab kurang minat. Skip sekejap..Baca sepintas lalu je..Lama kelamaan,pabila baca novel nie.. Wah! Makin best laa..hati pun berdebar-debar nak tahu.. Masa nak pi solat terawih pun sempat lagi baca. Ya lah kan..Cerita menarik..hati makin nak tahu..


Tapi betul lah tajuk cerita nie.. Dunia Ini Sederhana Kecil. Sebab apa? Sebab semua kejadian yang berlaku di dalam cerita ini ada kaitan.. Bermula dari Syamir..sehinggalah nenek gigi hitam.. Nak tahu siapa nenek gigi hitam nie? Ha,bacalah novel nie nanti..

Akhir kata,novel nie memang best.. Cuma..pengakhiran nya je tidak memuaskan..sebab saya nak baca lagi!! Saya rasa cerita nie macam tak habis je..Ingatkan ada sambungan lagi..Rupanya tak ada..Aduhai..Walaubagaimanapum,tak rugi korang baca novel nie..Khususnya untuk penggangur dan pelajar.. Pelajarilah teladan kisah ini....Novel Dia semuanya menarik!



Kata Mereka


Kata perempuan berlesung pipit;


"Cinta itu umpama menunggu bas. Kita perlu memilih bas yang tepat pada masa yang sesuai. Sekiranya tidak,kita tidak akan selesa meneruskan perjalanan kita. Sebab itu,saya masih menggunakan kereta"


Kata Ridzuan pula;


"Aku cakap dengan kopi dalam kelas aku. Orang bukan sayang, cuma orang tidak nampak dan lupa."
Kata ibu:


"Hidup manusia ini seperti roda. Kadangkala di atas kadangkala di bawah . Tidak penting kamu berada di atas ataupun di bawah, yang penting kamu sebenarnya bergolek di mana?  Sama ada jalanna itu berlumpur, berduri, ataupun kamu bergolek di padang-padang rumput yang indah."


Dah Baca Ke Belum?


Ha! Korang dah baca novel Dunia Ini Sederhana Kecil? Kalau belum,dapatkan di mana-mana kedai buku. Janag terlepas. Kalau dah baca,apa komen anda? Oh ya! Jom ke blog penulis novel ini.. Bahruddin Bekri..(klik la!!)

8 comments:

wanie m'nJ berkata...

saya da lama beli buku ni..
till now,x habeh baca lgi..
pasal mcm buhsan je..haha
jarang baca buku ni,tu pon utk hilangkan rasa buhsan..

Amir Izzat berkata...

@wanie m'nJoowh..memang ar..mula-mula bosan..tapi bila dah baca.. syok pulak..try ar baca..hehe

tengkorakemas berkata...

ohh..penulis lelaki berkasut merah..terbitan PTS kan?memang syok buku2 penulis dorg

tak baca lagila bro, penyiasatan ke?best gak ni, nak cari nanti hehe

hans berkata...

nampak macam menarik
nak kena cari lah
eh,pengarang nih yg tulis diari mat despatch tu ker?

P/S : Header Baru H.P.B Blog

mizzura berkata...

haha..rajin laki baca novel eh...chaiyok!

En iLHAM berkata...

wah
minat bace novel ke??
boleh masuk geng lah kite
hehe

husnaradzi berkata...

dah baca !
yup mula mula mmg bosan .ambil agak lama nak bca .
then bila dah paham .
sumpah best dan lawak gilaaaa ! haha
lawak dia mmg x jangka .hehex
suma mbe yg baca pon ckap lawak .
kicap cap basikal sulaiman. . apa apa je lahh .heheh

Mireya berkata...

hello :)
I amek ur sinopsis and petikan karakter tu for my blog. I've linked it to ur blog.

Neway, I LOVE THIS BOOK!

Catat Ulasan

Awak komen je dengan ikhlas. Tak paksa pun. Amir pun tak pasti dapat ke tidak balas komen tu. Sibuk gilak-gilak bah! Ko guano gu? Bereh??