Macam Mana Hendak Hasilkan Entri Yang Berkualiti?

Entri? Atau karya penulisan kita. Macam mana nak jadikan ia berkualiti ye? Hurm.. Ada sesiapa yang boleh ajar aku? Teringin jugak nak jadikan entri aku nie benar-benar berkualiti..Nanti tak da lah kata-kata segelintir manusia macam ini nanti..

"Alaa..blog ko boring ar..." kata kawanku...

"Alaa..blog carca marba takkan maju laa...."

"Cets..menyesal aku datang blog nie...kalau taip ayat separah dua..aku pun boleh laa.."

Fuh! Itu belum pedas lagi..Nak yang lagi pedas? Tok sah la..Wat sakit telinga je..,kan? Telinga?



Hurm..Kalaulah kau dapat hasilkan entri yang berkualiti..Berjuta-juta kot manusia singgah di blog aku.. Wah! Besar impian ko..

Nanti bila blog aku dah terkenal..Mesti diorang cakap camnie...

"Wah! Best giler blog nie..Kelakar..."

"Fulamak! Terbaik bro..."

"Wow! menarik blog nie..saya followw.." -ayat tak leh blah!

Fulaaammaak! Hidung aku pun boleh kembang macam nie..Blogger mana tak suka dipuji..Sekali dipuji..Buat kenduri kesyukuran..Kekekek!!

Agak-agak la..Macam mana nak jadikan entri kita nie berkualiti dan menarik minat orang untuk membacanya?

"Oh Encik Amir,apa pula pendapat anda?"

Pada pendapat saya,(skema nie bro!). Saya rasakan..Untuk menghasilkan entri yang berkualiti serta hebat. Kita mesti ada ilmu. Ilm? Ya,ilmu tentang apa yang hendak kita sampaikan.. Takkan la lu cikgu Sains pi ngajar Sejarah.. Mana boleh.. Betul tak?

'Awat korang nie slow tahap siput ar?" Hehe. Macam nie..Kalau kita ada kepakaran dalam sesuatu perkara tue,baik kita bincang pasal tue. Contohnya di blog,kita pandai pasal IT. Jadi,buar ar citer pasal IT. Jangan pula citer Cik Siti..Tapi kan..Kalau yang dah terer bab mengumpat kat blog..teruskan saja... tapi jangan cari saham di neraka sudah...



Tapi kan..Kena usaha laa.. Satu lagi,blog yang kelakar pun best gak..Macam blog ZackZukhairi nie..Bukan Zack Entry ye. (Sila klik kalau nak baca entri ZE).. Cerita Zack memang best nak mampus.. Best giler..Kalau orang gila baca pun bertambah gila lah..

Hurm..Kalau aku buat kisah kelakar,agak-agak la..Korang nak gelak tak? "Kah! Kah! Kah!"..Cam tak ikhlas je.. Lepas nie aku nak buat lawak lah..Aku nak korang gelak... Kalau tak elak..aku sumbat mulut korang dengan pizza! (takut tak?)

Ok lah..aku nak pi bertapa sat..Aku nak cari ilham buat entri yang baik punya. Aku nak kalah Zack Zuhairi nie..(Ada chan tak?).

Angan-angan je lebih.. Hurm.. "Gunung Himalaya sesuai tak? Nak bertapa sat..."



Nota: Apa pula pendapat korang? Macam mana ye nak hasilkan entri yang berkualiti tahap best giler kasi orang gelak tak henti-henti? Tapi tengok blog la kan?

11 comments:

Unknown berkata...

entahla amir..kena ikut bakat semulajadi kot..kalau orang tu ada bakat menulis,entry dia sepatah dua kata pun orang akan suka...

Nur Mudrikah berkata...

zackzukhairi tu mmg toksah nk challenge..memg dye gifted la..
papehal all da best..

suhaisweet berkata...

Terhegeh2 dtg kat sini..org lain suma dah lawat awak..kita jer yg lembab..anyway traffic dh up..jgn susah hati ;D

Sharinginfoz berkata...

memang tak senang kan nak bagi yang berkualiti

Hidup seorang blogger

QERY HASAN berkata...

"Wah! Best giler blog nie..Kelakar..."

"Fulamak! Terbaik bro..."

"Wow! menarik blog nie..saya followw.."

dah puji daaa...hehee

Mrs. Q! berkata...

pd ai kan amir..
just be yourself
setiap org ada keistimewaannya kan?

Amir Izzat berkata...

@nabilah abd rahmanhurm..betul gak kan.susah nak jadi orang len nie..jadi diri sendiri je la..kan kak?

Amir Izzat berkata...

@Nur Mudrikahhaha...saja je...kih3... mmg susah..

Unknown berkata...

haha..fulamak! blog u gempak!!! hik3 :D

aqish basir berkata...

amir izzat,qis suke baca belog awak.best!

Unknown berkata...

sumbat dgn pizza sedap jugak.. kenyang banyak la.. haha

Catat Ulasan

Awak komen je dengan ikhlas. Tak paksa pun. Amir pun tak pasti dapat ke tidak balas komen tu. Sibuk gilak-gilak bah! Ko guano gu? Bereh??