Aku Bukan Sebar Fitnah.. Nama Guan Eng Memang Disebut Dalam Khutbah Jumaat|Pengakuan Khatib

Assalamualaikum wbt. Baiklah..Terus sahaja kepada cerita. Tidak mahu bagi mukaddimah seperti baiasa. Berhubung entri saya yang "Nama Guan Eng Disebut Dalam Khutbah Jumaat". Ketika saya menaip itu dan mengecam pengurusan masjid yang tidak perihatin,mungkin ada segelintir berpendapat bahawa ia adalah fitnah atau agenda politik.. Jadi,saya  risaulah jika apa yang saya taip itu menjadi fitnah..tetapi..

Baru sekejap tadi..Saya berkunjung ke blog sahabat blogger yang lebih mesra dipanggil Kak Nuriz berhubung kes ini. Memang benarlah bahawa nama Guan Eng disebut dalam khutbah jumaat..Bukan sekali tetapi banyak kali. Adakah ia masih menjadi fitnah apabila khatib sendiri yang mengaku? Moga-moga terlepas dosa saya. Kalau anda tidak percaya,anda boleh berkunjung ke sini(sila klik) untuk baca berkenaan pengakuan khatib.


Antara petikan doa tersebut; "Ya Allah Ya Tuhanku, Kau Selamatkanlah Pemimpin Kami Yang Amat Berhormat Lim Guan Eng dan rakan kepimpinan kerajaan negeri Pulau Pinang."

Jadi,apa yang ingin saya tegaskan disini..Bahawa saya tidak menyebar fitnah..Namun,terima kasih atas teguran Captain berkenaan hal ini. Bagi sesiapa yang suka membuat fitnah atau untuk blogger yang selalu menulis berdasarkan media. Sila baca entri ini. Akhir kata dari saya,berhati-hatilah menulis.... Sekian. w'salam.

5 comments:

Mr.J berkata...

hu.. aku tak berani blog pasal politik , kaum dan agama... hehe.. :P .

Qib berkata...

mesti U--O ni,. ye kan>

nuriz berkata...

sis pun dapat dari info akhbar2 baru nak tulis, sebelum dpt kesahihannya

Unknown berkata...

oke2..sudah paham~

ataicha berkata...

nak taip.. takut keluar amarah..
cuma bagi sesetengah pihak tu, sila la ambik pengajaran..

perkara2 gini mungkin mengundang rusuhan kaum nanti.. atleast hormat la agama yang suci.. masjid bukan tempat korang berpolitik k..

Catat Ulasan

Awak komen je dengan ikhlas. Tak paksa pun. Amir pun tak pasti dapat ke tidak balas komen tu. Sibuk gilak-gilak bah! Ko guano gu? Bereh??