Alamak! Esok Aku Ada Ujian Laaa...| Tak Tahu Nak Buat Apa Laa...

Alamak! Esok aku ada ujian laa.... Nerves giler nie..Mana tak nerves.. Dalam kepala hotak aku nie..Satu ayat pun tak ingat..Ingat tue ingat tapi tak banyak..Aduhai..Macam mana nie? Pagi buta lagi dah nak start...ujian apa yang mula dulu ek?

Alamak! Jadual ujian mana nie? MasyAllah..aku lupa ambil daaa.. Sebab cikgu ar..tak kasi photostat jadual ujian. Dia suruh saling.. Aku nie dah la jenis pemalas.. Susah sikit bab nyalin menyalin nie.... Huhu.

Aduhai..Agak-agak la.Aku boleh buat tak esok? Agak-agak? 

"Kepala hotak ko Amir! Jadual pun tak dak..Ko nak baca apa?"

Baca apa? Argh! Aku hentam sajalah.. Seingatku..BM dulu kot.. Kot je laa..

Huhu... "Memang parah dah kau nie Amir..sepatah haram pun kau tak tahu.."

Relaks ar.. Baru ujian nie..Biasa ar.. Hero relaks dulu kan? Hehe...

Sumpah aku cakap kat sini..Aku tak tahu apa yang akan keluar esok..Soalan apa..Subjek apa.. Hish! Bukak facebook tadi..ku sangka kawanku ada online..Rupanya tak ada.. "Keeemmaak..."(kawan aku selalu guna ayat nie..)

Habis tue? Nak buat apa? Beradu saja laah.,kan? Ha,kalau korang la kan..Time korang tengah blur..gelabah nak exam..Korang buat apa? Aku cool je..Kih3... Hidup kena ceria walaupun pahit yang kena telan..

Rasanya la kan..Aku nak layan lagu Maher Zain la lepas nie..Open Your Eyes best jugak.. Biar tenang dulu jiwa..kasi minda kosong dulu..:Lepas itu,ambil buku..Buat ulangkaji sikit.. Kes last minute dah nie..

Study last minute? Ada kebaikan dan ada kekurangannya,kan? Bagi aku,banyak kurang ar..Semuanya mesti buat pada masa ini. 

"Ha..itu la kau Amir..time cikgu ngajar kau main..Sekarang nie? Padan muka!"

Kesian aku..Time cikgu ngajar wat dek je..Bila dah hampir ujian.. Tak tahu apa-apa...

Okay lah..Dah parah bebenor aku nie..Kena buat ulang kaji secepat mungkin sebelum mata ai mengantuk..Ai memang mudah mengantuk bila baa buku nie..So ,ai nak menelaah sekojap..Tata..titu..(gua rasa gedih beb. Ahaks!). W'salam....
jom baca lagi

Dapatkan Pantun Ayat Hari Raya Aidifitri Sekarang!!

Jom dapatkan pantun hari raya yang kaw-kaw punyer! Boleh kasi kat awek,mak mertua dan sesiapa saja yang anda berkenan! Yang pasti,pantun ini best!


Pantun Jangan Lupa Duit Raya

Pulau Pandan jauh ke tengah
Gunung Daik bercabang tiga
Makan sudah bersalam pon sudah
Duit raya takkan dah lupa..

Pantun Versi Perak: Gulai Tempoyak Ikan Mayong



Gulai tempoyak ikan mayong
Deroyan busok tebok tupai
Pandu hemat ingat kampong
Asal teman selamat sampai

Pantun Sms Ku Kirimkan Sebagai Ganti




Jambangan indah lagi berseri,
menjadi hiasan di aidil fitri,
sms ku kirimkan pengganti diri,
tanda ingatan tak lupa dihati….

Cincin Disarung Hati Berdebar

Cincin disarung hati berdebar
Jarinan lembut wajah terhias
Ramadan disambut penuh sabar
Aidilfitri disambut dengan meriah
Macam mana? Menarik bukan? Hehe. Ini baru sikit je. Jom ke sini.(klik la!).Ada banyak lagi pantun hari raya..Untuk Sms je laa.. dan macam-macam lah ada. 
jom baca lagi

Klip Video Berjudul F*** Rasicm Malaysia Hanya Untuk Tarik Perhatian? | BODOH!



Wee Meng Chee atau dikenali sebagai Namewee berkata, dia menggunakan kata-kata kesat dan lucah dalam pembikinan klip video kontroversinya untuk menarik perhatian ramai.Menurut pemuda yang berusia 27 tahun dan berasal dari daerah ini itu, klip video yang berjudul, Namewee F*** Racism Malaysia Nah!!!, dibuat sedemikian bagi mengajak orang ramai supaya tidak rasis.
Namewee oh Namewee. Dia kata guna F*** hanya untuk tarik perhatian orang tengok video dia? Bodoh! Kenapa saya kata Namewee bodoh? Kerana tidak menggunakan akal sebaik mungkin. Tetapi akal diletakkan di lutut. Kalau dia benar-benar menentang rasis,sudah tentu dia tidak akan menggunakan kata-kata kesat. Ya kan? Ini tidak,videonya penuh dengan kata-kata kesat.

"Lagu ini antirasis, kata-kata itu akan tarik perhatian, ia bukan publisiti, saya orang Malaysia, saya antirasis...1Malaysia!'' katanya


Klip video terbaru itu dipercayai bertujuan mengutuk seorang pengetua sekolah menengah di Kulaijaya yang dilaporkan mengeluarkan perkataan berbaur perkauman semasa perhimpunan sekolahnya pada 12 Ogos lalu.

Namewee dalam klip video itu antara lain mencerca guru berkenaan serta menyebut Kementerian Pelajaran Malaysia sebagai kurang ajar.

Selain itu Namewee yang turut mempersendakan ibadat puasa dalam klip video di laman web Youtube, berulang kali menunjuk isyarat lucah serta mencarut. Korang ada tengok video dia? Dia pun ada hina orang Islam. "Siapa suruh semua orang puasa?" Lihatlah ayatnya...

Namewee juga menyebut video klip tersebut dibuat bagi mempertahankan perlembagaan sebenar dan mengutuk sesiapa yang tidak menghormati usaha Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam membina negara 1Malaysia.
Penipu! Penipu! Kalau hendak mempertahan konsep 1Malaysia bukan begini Namewee. Kau hanya mencari publisiti. Nak popular lah kononnya. Tak berakal langsung. Kalau lah kerajaan tidak mengambil tindakan, mungkin pada masa hadapan kelak Namewee ini akan buat lagi perkara yang BODOH!

Sudah laa.. Dalam video itu ar.. Lu cakap bahasa Melayu pun tidak betul.

Nota: Korang tahu tak ada pages MELAYU BABI di facebook? MasyaAllah.
jom baca lagi

Pegawai Imigresen Yang Terima Rasuah Memang Nak Gadai Maruah Negara! | Kenakan ISA Sahaja!

Assalamualaikum w.b.t. Terima kasih kepada anda yang sudi menjengah blog saya dah membaca penulisan saya. InsyAllah,saya pasti akan menyediakan artikel atau entri yang akan membuka minda anda. Menulis kerana Allah.

Baiklah. Berhubung kes pegawai imigesen yang menerima rasuah ini. Hal ini amat membimbangkan selagi. Daripada apa yang saya baca dalam akhbar tempoh hari. Ada pegawai imigresen yang menerima rasuah sehingga RM2 000 ribu sebulan. (kalau salah sila berbetulkan.). Kalau orang putih dengar mesti diorang kata "What the hell!!". Kalau orang kita kata "Gilo babi nok mampus!" . Apa kata anda? " MasyaAllah....teruk!"

Memang teruk pegawai penguat kuasa ini. Kerana duit maruah negara tergadai. Sudah la banyak warga asing berlambak di Malaysia.Apabila berjalan-jalan dengan keluarga di bandar,mesti terjumpa warga asing ini yang kebanyakkan datang dari Indonesia. Kalau yang datang itu baik,tak apa. Ini tidak,membuat kerosakan sahaja!

Jadi,saranan saya berhubung perkara ini. Sila kenakan ISA kepada pegawai penguat kuasa ini. Biar mereka sedar betapa beratnya kesalahan meraka. Saya tidak mahu pisang berbuah dua kali. Kerajaan serta semua pihak harus pandang perkara ini.Hanya kenakan tindakan ISA saja! Kalau tidak,pihak atasan mesti memilih kasih. 

Hukuman yang berat harus dikenakan. Tidak cukup saja melakukan 'pembersihan'. Sila rujuk berita ini. (sila klik)

Kasihan rakyat kita yang semakin hari semakin takut untuk keluar rumah. Sudah berlambak rakyat asing di negara kita. Jangan pula bila suatu hari kelak,rakyat asing lebih banyak dari rakyat tempatan.

Apa pula pendapat anda? Apakah cara yang terbaik untuk mengelakkan hal ini daripada terus berlaku?
jom baca lagi

Nilai Bidaan RM 1 Juta Untuk Nombor Plat Kenderaan Gagasan 1Malaysia(G1M1)

Kelab Eksplorasi Tujuh Benua (KE7B) mengalu-alukan syarikat korporat atau orang ramai membida nombor plat kenderaan Gagasan 1Malaysia 1 (G1M 1) yang dibuka dengan harga permulaan bernilai RM1 juta, bermula sekarang hingga 25 September ini.

Mombor plat G1M 2 hingga G1M 10 akan dibuka pada harga antara RM75,000 hingga RM250,000 manakala nombor G1M lain boleh dimiliki dengan harga RM1,500 hingga RM25,000.

Selain itu,nombor plat eksklusif G1M hanya terdapat 2,000 nombor saja iaitu dari G1M 1 hingga G1M 2,000

Hanya mereka yang pertama menempah nombor berkenaan akan memiliki nombor terbabit.

Sebarang pembelian nombor plat itu boleh dibuat dengan menghubungi talian 012-6475472 (Hassan) atau 012-2585159 (Khairil Hafidz) atau Mediabiz Kreatif di talian 03-77296879.

Selamat membeli. G1M1? Amat menarik sekali.
jom baca lagi

Logo,Iklan,Tema,Lagu Serta Lirik Lagu Sempena Sambutan Hari Kemerdekaan Ke 53 Tahun 2010

Setiap 31 Ogos kita akan sambut Hari Kemerdekaan. Pada tahun ini,tahun 2010..kita akan menyambut Hari Kemerdekaan yang Ke 53. Sudah 53 tahun kita merdeka.. Alhamdulillah..Malaysia masih aman damai walaupun badai menimpa.

Sambutan Hari Kemerdekaan pada tahun ini kurasakan begitu suram sekali. Entah mengapa kemeriahannya tiada. Walaubagaimanapun,aku cuba mengenal erti kemerdekaan itu.

Baiklah..Gambar berikut ialah logo  Hari Kemerdekaan ke 53.


Temanya pula ialah 1Malaysia Menjana Transformasi..Harap-harap memang menjana transformasi la.. Kepada yang lebih baik,kan?

Oh ya! Jom layan video Iklan Merdeka Petronas nie. Tentu menghiburkan anda.




Macam mana? Boleh tahan kan? Apa yang anda faham tentang video diatas ye? Hurm... Baiklah...

Lagu rasmi Hari Kemerderkaan ke 53 pula ialah 1Malaysia




Lirik Lagu 1 Malaysia



Berdiri teguh di bumi nyata
Untuk Semangat Satu Malaysia
Sepakat Rakyat Didahulukan

Pencapaian Diutamakan
Perpaduan Merapat-rapat
Toleransi kaum amalan bersama
Kejayaan kita bangunkan Satu Malaysia

Dalam capai satu tujuan
Tanggungjawab kita semua
Jadi teras bangsa mulia
Kita bina Satu Malaysia

Korus
Satu Malaysia jadi pegangan
Rukun negara teras panduan
Satu Malaysia benteng negara
Rakyat Malaysia taat setia

Ulang Korus 2x
Satu Malaysia untuk semua

Pencipta Lagu : Nik Nizam
Penulis Lirik : Lokgha 

Semoga kita menghayati erti kemerdekaan yang sebenar.. Selamat menyambut hari merdeka dari saya...
jom baca lagi

Merdeka! Merdeka! Merdeka! Malaya Telah Merdeka!!! Malaya Telah Merdeka!

Tepat jam 12.00 pagi..Maka,masukkan kita pada tarikh 31 Ogos 2010. Pada tarikh ini telah diumumkan tarikh kemerdekaan bagi Malaya!!!!!! Malaysia...



Jom laung MERDEKA bersama saya!

Merdeka!

Merdeka!

Merdeka!

Merdeka!

Merdeka!

Merdeka!



Fuh! Lega..Harap-harap kita memang mengenal erti KEMERDEKAAN SEBENAR...

Bukan sekadar dibibir..Tapi dijiwa!!! Hargailah jasa mereka yang telah berjuang untuk kita...Hargailah negara kita,Malaysiaku yang tercinta....

Hargailah Malaysia..sebuah negara yang aman damai..Jangan dibiarkan ia hilang akibat sengketa yang lama...


Merdeka! Laungan yang penuh bersemangat..Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan ke 53. Malaysia Boleh!
jom baca lagi

Berbuka Puasa Di Luar| Area Kuching Je..

Selamat berbuka puasa kepada anda semua!! Dengan ini saya mengumunkan bahawa selamat berbuka bagi zon Kuching..

Pada petang tadi,emak ku ada memberitahu bahawa ayahku mengajak kami sekeluarga berbuka puasa di luar. Aku belumn  pasti lagi dimana tempatnya..Yang pastinya di Kuching..Kalau tak silap aku..Mungkin di area Satok atau Batu 7. Mungkin.

Nak tahu tak perasaan aku?

"Wa banyak gembira ini ari..dapat makan kat luar tue beb!!"

Gembira? Yup! Sebenarnya,jarang sekali ayah kau nak bawa sekeluarga makan diluar. Nak kata jarang tak suka,kadang-kadang kot. (sama maksud ke?).

Aku dah bayangkan..Makanan apa yang hendak aku pesan. Kalau makan di Chiilli Paper..Aku nak pesan stick. Ahaks..Nak pesan ABC..Dah lama aku mengidam..Bukan Aiz Batu Campur(ABC). Air Batu Cendol. Erk? Ada ke?

Ahaks.. Entah! Tak apa..Nanti..aku bawak kamera..Aku tangkap gambar banyak-banyak..Aku upload untuk korang.(nak kasi jeles).Kekeke! Nanti ar korang tengok..Hehe...

Hish! Tak sabar nie..Oklah beb! Aku pi mandi dulu..Kasi bersih badan..Baru segar nak melantak makanan! Erk? Orait...Selamat berbuka...
jom baca lagi

Biarlah Aku Dengan Cara Aku

Sudah malas ku turuti gayamu..Biarlah aku dengan gayaku..Biarlah aku dengan kata-kataku.. Walaupun ia tidak sehebat kata-katamu..Namun,ia terluah hasil nukilanku..

Biarlah aku berpaksi pada diri sendiri. Tiada guna aku ikut segala gayamu..segala madahmu..Cukup! Cukup lah aku terseksa...Aku yakin..Aku akan berusaha untuk lebih maju..Biarpun dengan cara tersendiri.

Memang silapku..Terikut akan gayamu..Terikut akan jejakmu..Tapi masa belum terlambat..Andai dapat..ku undurkan putaran dunia..Ingin ku gubah segalanya....

Tak apa! Aku pasti..pasti dengan tindakan ku ini..selama tinggal kamu..Selamat tinggal keegoaan! Aku pasti bangkit dengan cara tersendiri.. Biarlah apa orang nak kata..biarlah mereka dengan kata-kata mereka...

Nota: Terima kasih! Lega rasanya...
jom baca lagi

Macam Mana Hendak Hasilkan Entri Yang Berkualiti?

Entri? Atau karya penulisan kita. Macam mana nak jadikan ia berkualiti ye? Hurm.. Ada sesiapa yang boleh ajar aku? Teringin jugak nak jadikan entri aku nie benar-benar berkualiti..Nanti tak da lah kata-kata segelintir manusia macam ini nanti..

"Alaa..blog ko boring ar..." kata kawanku...

"Alaa..blog carca marba takkan maju laa...."

"Cets..menyesal aku datang blog nie...kalau taip ayat separah dua..aku pun boleh laa.."

Fuh! Itu belum pedas lagi..Nak yang lagi pedas? Tok sah la..Wat sakit telinga je..,kan? Telinga?



Hurm..Kalaulah kau dapat hasilkan entri yang berkualiti..Berjuta-juta kot manusia singgah di blog aku.. Wah! Besar impian ko..

Nanti bila blog aku dah terkenal..Mesti diorang cakap camnie...

"Wah! Best giler blog nie..Kelakar..."

"Fulamak! Terbaik bro..."

"Wow! menarik blog nie..saya followw.." -ayat tak leh blah!

Fulaaammaak! Hidung aku pun boleh kembang macam nie..Blogger mana tak suka dipuji..Sekali dipuji..Buat kenduri kesyukuran..Kekekek!!

Agak-agak la..Macam mana nak jadikan entri kita nie berkualiti dan menarik minat orang untuk membacanya?

"Oh Encik Amir,apa pula pendapat anda?"

Pada pendapat saya,(skema nie bro!). Saya rasakan..Untuk menghasilkan entri yang berkualiti serta hebat. Kita mesti ada ilmu. Ilm? Ya,ilmu tentang apa yang hendak kita sampaikan.. Takkan la lu cikgu Sains pi ngajar Sejarah.. Mana boleh.. Betul tak?

'Awat korang nie slow tahap siput ar?" Hehe. Macam nie..Kalau kita ada kepakaran dalam sesuatu perkara tue,baik kita bincang pasal tue. Contohnya di blog,kita pandai pasal IT. Jadi,buar ar citer pasal IT. Jangan pula citer Cik Siti..Tapi kan..Kalau yang dah terer bab mengumpat kat blog..teruskan saja... tapi jangan cari saham di neraka sudah...



Tapi kan..Kena usaha laa.. Satu lagi,blog yang kelakar pun best gak..Macam blog ZackZukhairi nie..Bukan Zack Entry ye. (Sila klik kalau nak baca entri ZE).. Cerita Zack memang best nak mampus.. Best giler..Kalau orang gila baca pun bertambah gila lah..

Hurm..Kalau aku buat kisah kelakar,agak-agak la..Korang nak gelak tak? "Kah! Kah! Kah!"..Cam tak ikhlas je.. Lepas nie aku nak buat lawak lah..Aku nak korang gelak... Kalau tak elak..aku sumbat mulut korang dengan pizza! (takut tak?)

Ok lah..aku nak pi bertapa sat..Aku nak cari ilham buat entri yang baik punya. Aku nak kalah Zack Zuhairi nie..(Ada chan tak?).

Angan-angan je lebih.. Hurm.. "Gunung Himalaya sesuai tak? Nak bertapa sat..."



Nota: Apa pula pendapat korang? Macam mana ye nak hasilkan entri yang berkualiti tahap best giler kasi orang gelak tak henti-henti? Tapi tengok blog la kan?
jom baca lagi

Pages Facebook Melayu Babi| Ini Sudah Melampau!

sumber dari sini.


Apa yang hendak ku katakan lagi? Marah? Berdendam? Kutuk balik? Buat pages sedemikian rupa? Semua itu tindakan yang tidak berakal. Namun,apa yang ku minta ialah. Pergi ke pages ini(sila klik) dan klik pada "report page" pada pages berkenaan dan pilih "racist & hate" untuk menutup page ini.

Siapalah kita hendak menutup mulut orang? Mulut tempayan boleh ditutup,mulut manusia? Susah...Satu demi satu penghinaan yang dilakukan oleh bukan Melayu terhadap orang Melayu. Ops! Hal ini bukan bermakna aku terlalu taksub dengan Melayu. Tak taksub langsung. Mengapa? Kerana andai Allah memilih bangsa yang layak untuk memasuki syurgaNya,nescaya bangsa Arablah yang paling layak,betul tak?. Aku sertakan juga video Namewee pasal rasis nie..




Namun begitu,aku tidak dapat menerima penghinaan ini. Sudah keterlaluan. Wahai pemimpin Malaysia!! Bangkitlah... bangkit membawa hal ini ke medan pengadilan..Ambil tahu lah hal rakyat..Jangan pentingkan diri sendiri.. Jangan asyik berbicara soal politik sahaja tapi hasilnya? Tiada!


Bagaimana pula perasaan anda? Kalau tak ada apa-apa perasaan,baik keluar dari Malaysia laa!!! Aku akan berjuang demi agama,bangsa dan negara!
jom baca lagi

Segmen Tingkatkan Ukhwah Bersama Cikgu Miera

Assalamualaikum w.b.t

Segmen tingkatkan ukhwah bersama blogger diteruskan lagi. Sebelum ini saya sudah memperkenalkan Kie-yu. Macam mana? Korang sudah beramas mesra dengan Kie-yu atau belum? Kalau belum,cepat-cepatlah..Nanti Kie-yu lari..Hehe.

Baiklah..Tanpa membuang masa korang.. Marilah kita berkenalan dengan Cikgu Miera..

Sebenarnya saya pun baru sahaja mengenali Cikgu Miera ini. Selama ini tidak kenal pun.. Nak kata saya kenal sangat dengan Cikgu Miera,tidaklah juga tapi boleh la. Tak apa..Saya akan beramas mesra dengan Cikgu Miera selepas ini.(jaga-jaga cikgu!) Harap-harap korang jangan salah faham.Kekeke!

Ketika saya mula membaca entri yang ditulis oleh Cikgu Miera ini.. Entri perkenalan ini.(klik la!).. Saya tersenyum sendirian. Mengapa? Sebab saya tidak sangka yang Cikgu Miera ini begitu mesra.. Mesra alam gitu-gitu. Happy semacam je. Hehe.

Cikgu Miera atau nama sebenarnya ialah Nurul Amira binti Ahmad sebenarnya seorang cikgu. Alamak! Dah nama Cikgu Miera. Mestilah seorang cikgu. Dilahirkan pada 4 Disember 1986..Mengajar pula di salah sebuah sekolah di Pulau Langkawi..

Itulah serba sedikit pengenalan dari saya kepada anda berkenaan Cikgu Miera. Jadi,kalau korang hendak berkenalna dengan lebih lanjut..Jom la kita terjah blog Cikgu Miera ini!! Jom...kita tingkatkan ukhwah..
jom baca lagi