Mencari Identiti Blogger Yang Hilang

Aqnaim punya gambar.

Assalamualaikum! Entri marah nie..entri marah. Terasa tak bahang aku tengah marah nie? Ahaks.  Sebenarnya tidak lah marah. Ok! Aku sebenarnya kena tag lah. Pasal MEMCARI IDENTITI BLOGGER YANG HILANG. 

Korang tahu tak kenapa tag kali ini menarik? Sebab ada tiga blogger yang tag aku. Gila bapak lembu beranak anak sebelas. Betul wa cakap u.. Sal? Lu tak caya? Nie ha wa kasi tau.

3 blogger yang tag aku ialah


1. Afiz. Tuan tanah blog Memori Seorang Muda. Hendak tahu pasal Afiz? Jom serbu dia ramai-ramai. Klik Memori Seorang Muda. Seorang yang friendly..sebaya aku.



2. Tengkorak Emas. Siapa tidak kenal Tengkorak Emas? Baik kau cakap! Kalau tidak ,aku korek lubang hidungmu. Ahaks. Tengkorak Emas pula orang kedua yang tag aku. Seorang blogger yang tersangat baik hati.


3. Aq Naim. Selepas TE,dia pula yang tag. Alamak! Aq Naim...blogger sebaya aku yang ku kenal sejak zaman berzaman.. Jom Serbu!!!

****

Nah! 3 orang tag sekaligus. Gila lah kalau aku kena buat 2 entri. Naya aku. Haha. Walaupun jiwa malas hendak menulis malam ini kerna esok aku ada exam. Tapi ku kuatkan nafsu batinku.. Ops! Ku kuatkan tanganku untuk menulis..Demi kawan bah.


"Once you have been tag , you are supposed to write a note with 25 random things , facts , or goal about you . In the end , choose 25 people to be tagged. You have to tag the person who tags you. If I tag you , its because I want to know you more."

*****

Baiklah. Meh aku nak cerita pasal diri aku nie. 25 perkara ye? Jangan korang terus blah lak. Baca dulu. Mana tahu kita boleh jadi suami isteri selepas berkenalan dengan daku. Haha!

Jom layan...

1. Nama sebenarku Muhammad Nor Amirull Izzat.  Amirull bermakna pemimpin. Izzat bermakna Mulia. Terpuji Cahaya Pemimpin Mulia. Pandai mak bapak aku pilih nama. Tetapi yang paling lemahnya,nama aku panjang giler. Rasa malas sahaja hendak menulis nama penuhku pada kertas OMR,surat atau dimana mana sahaja.

2. Berumur 16 tahun. Lahir pada 6 Januari 1994. Kalau mak aku tak tahan 6 hari,mesti aku dah tingkatan 5 sekarang nie. Hehe!

3. Anak sulung. Ya,aku anak sulung. Tanggungjawap yang sangat besar sekali.

4. Anak lelaki tunggal. Semua adik beradik aku perempuan. Siapa nak masuk meminang boleh la. Silakan. Masukkan RM1 juta deposit dulu. Ops! Aku bukan mata duitan. Tapi semua benda memerlukan duit. (mesti korang cakap. "Gila apa! Ini jual adik namanya..")

5. Bersekolah di  Sekolah Menengah Vokasional Kuching. Aliran Katering.

6. Aku ambil Katering tetapi aku lebih sukakan berkenaan komputer,designer dan photographer.

7. Aku sedang mengumpul duit hendak beli DSLR. Sekarang baru ada 100 henget dalam bank. Duit Nuffnang lak cukup beli hp satu. Aduhai...

8. Aku seorang panas baran. Kalau korang tumbok aku sekali. Aku tumbok balik 100 kali. Ada bran? Ahaks.

9. Jiwang. Nak kata jiwang tidak lah..Tapi boleh la.. Tak percaya jugak? Susah ar nak cakap.

10. Aku suka makan budu. Jangan tanya kenapa. Haha.

11. Aku suka makan makanan yang pedas. Biar berair mata asalkan perutku kenyang.

12. Tak suka perempuan gedik atau 'geleya'. Memang aku tak suka. Mula-mula kita just kawan tapi dia lak lebih-lebih. Pernah kena.. Aduhai..

13. Aku rasa aku ada resdung lah. Mewarisi dari ibuku kot.

14. Oh ya! Aku berasal dari Kelantan tetapi tinggal di Sarawak.

15. Aku susah nak mesra alam dengan orang kecuali alam itu memang dah mesra. Hehe!

16. Kuat makan. Mungkin kot sebab bila aku lapar. Aku akan makan biarpun jam menunjukkan jam 2 pagi. Betul wa cakap lu..

17. Ketagih membeli DVD cetak rompak tetapi video baik punya. Ya,aku kalau ada filem baru. Aku akan beli. Malas nak pi wayang. Mak tak kasi.

18. Anak yang soleh. Soleh ke? Haha. Siapa nak pinang aku? Sila dail 014..576.. yang belakang carik sendirik. Hehe.

19. Aku suka edit blog. Buar header untuk ku. Nanti aku kongsikan kesemua headerku sejak dari dulu.

20. Aku tak suka orang yang mudah tacing. Aku sendiri tak tacing. Yang ang nak tacing itu apa pasal bai?

21. Aku sebenarnya tengah cari calon isteri. Ada sapa nak?

22.  Tinggi lak 167 cm. Tinggi lagi Afiz.. Gila lah...

23. Aku suka bawak motor slow. Lebih kurang 110 km/j. Siapa JPJ kat sini? Bang..jangan saman saya. Highway saya main..Long punya.. Hehe.

24. Aku sebenarnya dah tak dak idea.

25. Habis dah.. (tiru naim). Haha.

Baiklah..Itulah dia serba sedikit pasal aku. Haha.. Amacam? Terharu tak baca ? Kalau tak terharu,hantuk kepala kat dinding sat. Kasi kuar air mata. haha!

*****

Masa untuk mengtag.

Sekarang nie aku nak tag.

Abang Dkosong Lapan (ak tak tahu nama sebenar)
Abang Blogger 20 Sen. Unik tak namanya?

Dan koranglah yang lurus bendul pi baca entri nie. Apsal la korang baca. Ahaks. 

9 comments:

Unknown berkata...

huhu..trharunya aq baca..haha

Afizz berkata...

Aku baik friendly ke? Haha! Thanks :)
Kau pon panas baran? Sama la kita... haha!
Mau tinggi , amik makanan ngan minuman berkalsium tinggi banyak-banyak...haha ;)

Amir Izzat berkata...

@AnWaRnAiMhaha...apa da..terharu ke? kompem ko hantuk pala kat dinding..hahaha...

Amir Izzat berkata...

@Afizzkira friendly ar tue...hehe.. mmg panas baran.. haha...bahaya ..

hurm..ye ke amik minuman berkalsium tinggi? ada peluang lg ke? mcm xda peluang dah nak tinggi..hahah

tengkorakemas berkata...

laa kurg 1 cm je dari aku tinggi ko..kita ada peluang lagi ke nak tinggi kalahkan Afizz tu?XD

hehehe DVD...kalau ada yg kualiti low ko tolong sound sikit k haha

kalau 1 hari bulan confirm satu dunia sambut birthday ko hehe

ardinihumaira berkata...

InsyaAllah dni akan jawab secepat yang mungkin tau.. bookmark dulu ;D

Adha berkata...

"Kalau mak aku tak tahan 6 hari,mesti aku dah tingkatan 5 sekarang nie. Hehe!"...betol la tu bro..kalu x kompem kita dah sebaya haha..lagi satu ko tinggi sikit dari aq..sikit jek hehe..

tehr berkata...

apasal la aku baca sampai habis
his!
hahaha

Wan berkata...

alamak dah kena tag plak haha ok2 wan akan menjawab dengan penuh dedikasi ahahaha ,amir suka mkn budu kita sama, byk yg sama adik bradik kew hehehe

Catat Ulasan

Awak komen je dengan ikhlas. Tak paksa pun. Amir pun tak pasti dapat ke tidak balas komen tu. Sibuk gilak-gilak bah! Ko guano gu? Bereh??