Poster Jom Senyum Macam Saya | Amir Izzat Artwork


Assalamualaikum. Terima kasih kepada korang yang sudi datang ke blog Amirull yang yang tidak seberapa ini.

Baiklah. Korang dapat lihat tak poster di atas? Macam mana? Boleh tahan la kan. Itu la hasil kerja aku ketika bosan. Baru sahaja buat tadi. Biasalah kan. Bila sudah bosan, apa sahaja akan keluar. Yang penting, kebosanan aku membuahkan idea.

Mengapa aku boleh terlintas untuk membuat poster ini? Sebenarnya sebab Tengkorak Emas la nie. Erk? 

"Bang TE,bertenang.... Baca dulu.." Hehe.

Sebenarnya Tengkorak Emas ada komen.. Dia kata tangan dia gatal hendak buat poster. Jadi, tangan aku pun gatallah. Fikir punya fikir. Ha! Semalam aku ada pergi makan di Chilli Pepper. Sangat sedap. Ada la seorang makcik tue.. Dia duduk di sebelah meja aku. Semasa hendak balik, aku senyum ar kat makcik tue.. Kira taraf nenek jugak la.. Aku pun senyum.... Tetapi..Korang tahu apa yang nenek itu buat? Dia tak balas senyuman aku... Fulamak! Rasa malu pun ada... Haha

Betul..aku memang malu habis. Ya lah kan. Kita senyum kat orang itu tapi dia tiada tindak balas. Hairan..
Aku rasa nenek tue fikir aku nak mengorat dia lah...Aiseymen...Tak ada masa kau nak mengorak orang..Kang kena parang datuknya..Mati aku..Alamak!

Oh ya! Berkenaan poster di atas. Aku menyeru kalian semua senyumlah dengan sesiapa sahaja. Bukannya susah pun. Cuma senyum. Susah ke? Ada nampak aku punya muka? Senyum memanjang tetapi di sebalik senyuman itu penuh kedukaan. Mengapa? Entah la labu..

Poster di atas ada makna tersirat..

1. Latar belakangkan awan.
2. Tangan berbentuk bendera Malaysia.
3. Setiap warna dan tulisan.
4. Budak itu..

Ha,budak itu. Ada maknya. Namanya Siti Nur Qistina Arifah. Cantik tak? Adik aku ar tue. Hehe. Sekarang sudah setahun lebih. Hehe.. Alamak..tersasul la pulak.

Akhir kata, senyumlah kita..Bukan kena bayar.. Bukan mati pun..Orang lagiiiiiiiiiiiiii la suka. kan? kan? Baiklah...kita jumpa lagi di lain hari dengan rekaan terbaru aku... W'salam.

2 comments:

SC berkata...

ok..lepas ni senyum..

Syazwana berkata...

kreatif!!
cantik..
suke suke
smile ^^

Catat Ulasan

Awak komen je dengan ikhlas. Tak paksa pun. Amir pun tak pasti dapat ke tidak balas komen tu. Sibuk gilak-gilak bah! Ko guano gu? Bereh??