Nikon D3000? Tidak Sesuai Untuk Aku..


DSLR oh DSLR.. Nikon..Canon..Sony... Lama dah aku mengidam..Tengah kumpul duit la nie nak beli engkau wahai Nikon D7000. Kalau tak dapat,aku sambar Canon 550D sahaja lah. Oh ya! Pagi tadi di sekolah. Kawan aku,Ikmal. Ada bawak Nikon D3000. Apa tunggu lagi.. Bagai pucuk dicita ulam mendatang lah.

"Mal..Cantik DSLR..Sapa punya?" tanya aku.

"Kamera nie kelas kami orang punya..Kumpul duit bah beli benda nie..Aku punya Canon 500D." jawap Akmal.

"Cantik ah..DSLR jenis apa nie?" Aku tanya sebab tak tahu dia punya brand..

"Nikon D3000..."

"Ok..bak sini sat.." pintaku..

Apa tunggu lagi.. Snap la.. Mula-mula aku tengok dia punya menu. Okay la. Cari dia punya function kat internet. Boleh la untuk beginner.. 

Pendapat aku selepas memegang kamera nie... Aku rasa tak sesuai la.

1. Kecil.
2. Alang-alang harga RM 3 ribu bagus aku ambil D90
3. Tak menepati citarasa.

Haha.. Nikon D3000 nie kecil la bagi aku..Tak ngam langsung dengan tangan aku. Gambar? Baik punya..Boleh la.. Cuma itu la.. Ada orang kata,carilah yang sesuai ngan tangan. Baru syok ambil..kan..kan..  Harga RM3 ribu.. Boleh tahan beb.. Tapi tak mahulah..Aku nak amil yang Mid Level. Tak mau ambil entry level. Aku takut bila guna entry level..cepat bosan pastu kena la upgrade..kena la cari duit lagi.

Bercakap pasal duit..or bajet.. Kalau tak da bajet yang cukup..Jangan duk mimpi la..Tapi sekarang nie aku sedang mencari duit.. Ya,aku sedang kumpul duit nak beli DSLR nie..Jenama Nikon kot pilihanku.. Body dia tahan lasak. Gambar pun cantik! Canon pun boleh gak.. Tak apa lah..asalkan DSLR yang boleh membantu cita cita aku.. Apa cita-cota aku? Ada laa..Mana boleh bagitau...

Baiklah...Akhir kata,misi mencari duit untuk DSLR kini bermula...Oh ya! Siapa dah ada pengalaman guna Nikon or Nikon D3000 nie? Apa komen anda??

Nota: Gambar yang aku amik duk ngan kawan..Huhu

5 comments:

cikgu isza berkata...

akak beli canon ixus jer amir.. setakat gambar keluar tu lepas dah..

wan muhamad berkata...

Sama la kita amir sama2 tengah kumpul nak beli kamera DSLR,

myra amyrah berkata...

nikon d3000 harge 1ribu-2ribulebeh je kowt . ta sampai 3000 pun lah , hhe

singAsong berkata...

Bro, tak sampai 3 ribu la... bawah 2000rm jer.. pada pandangan saya, ikut bajet sendiri.. kalau nak yang ok, sabar kumpul duit dan sekali tu, beli yang paling top...

tapi, ia macam hp juga... jatuh harga...

Atif Hafiz berkata...

untuk basic sy syorkan beli D3100..puas gak.:)..tp alang2 kumpul duit tu...beli yg pro terus...puas ati..hehe

Catat Ulasan

Awak komen je dengan ikhlas. Tak paksa pun. Amir pun tak pasti dapat ke tidak balas komen tu. Sibuk gilak-gilak bah! Ko guano gu? Bereh??