Dunia Sains Dan Teknologi Subjek Terbaru Murid Tahun Satu 2011|Info

Pada tahun hadapan,mata pelajaran baru, Dunia Sains dan Teknologi akan diperkenalkan bagi murid Tahun Satu untuk menggantikan subjek Sains di bawah Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR).  Bunyinya menarik.

Sedikit info tentang subjek Dunia Sains Dan Teknologi:

1. Mata pelajaran baru itu akan memberi pendedahan kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) secara praktikal atau `hands-on’

2. Murid Tahun Satu akan mempelajari asas sains hayat, sains fizikal dan sains bahan yang diberi penilaian berasaskan sekolah melalui kaedah pemerhatian secara berterusan serta pelbagai pendekatan meliputi secara bertulis dan projek ditentukan guru. 

3. Pada dua minggu pertama, murid akan mempelajari Microsoft Word, diikuti Microsoft Power Point pada minggu ketiga dan keempat, manakala minggu kelima dan keenam pula didedahkan kepada Painting.

4. Penguasaan kemahiran ICT ini tidak akan dinilai sebagai subjek peperiksaan, sebaliknya didedahkan kepada murid Tahun Satu sebagai menyuntik nilai tambah dari segi kreativiti dan inovasi.

5. Sains hayat akan mendedahkan murid Tahun Satu kepada pembelajaran objek hidup seperti manusia, haiwan dan tumbuh-tumbuhan, manakala sains fizikal berkaitan semua jenis deria, dan sains bahan pula membabitkan teknologi serta kehidupan lestari yang merangkumi cipta bahan dan reka bentuk. 

6. Pengajaran subjek Dunia Sains dan Teknologi untuk murid Tahun Satu ini membabitkan dua waktu seminggu di mana mereka akan banyak terdedah kepada proses pembelajaran menyeronokkan menerusi kaedah inkuiri, iaitu secara dapatan dan penemuan menarik.

****

Bunyi tampak menarik dan memang menarik kerana mendedahkan murid tentang ICT dengan lebih banyak. Jangan pula jadikan murid-murid ini bahan kajian. Dan jangan pula subjek ini seperti hangat-hangat tahi ayam seperti subjek Alam & Manusia ketika dahulu? Apa yang perlu dilakukan. Buatlah kajian terperinci. Buat kajian habis-habisan adakah subjek ini benar-benar memberi manfaat?

Tetapi, lagi bagus adakan subjek yang meningkatkan akhlak mereka. Lagi baik dan bagus. Akhlak terpuji orang pun suka.

Berikut pula adalah komen/respon mereka tentang subjek Dunia Sians Dan Teknologi.

"saya hanya nak menyuarakan pendpt...dewasa ini, kta mlihat ank2 kni bukannya buta IT mahupun sains tapi...akhlak..mengapa tidak pelajaran akhlak itu sndiri diketengahkan baik dari segi teori mahupun praktikal...kerna brmulanya ketmudan mnusia itu sndri drpda ketinggian akhlak...tidak dnafikn tknologi dan sains pnting..tpi pling kurang pun biarla ianya diselaraskan mlalui pendekatan akhlak yang baik dan brmanfaat.hrp dberi prhatian.tq"-uwaisy

"syabas dan tahniah sy ucapkan kpd KPM kerana cuba memperkenalkan subjek baru kepada pelajar tahun satu,namun begitu ia perlu dikaji kembali sejauh mana keberkesanan jangka masa panjang kelak? perlu juga dilihat dari segi kemudahan? adakah cukup utk semua sekolah di bandar mahupun di pedalaman, adakah guru yg dilatih itu, mempunyai kemahiran yg cukup??? kesimpulannya wajar dikaji dgn teperinci. terima itu hanya pandangan saya." Reduan Daud.


4 comments:

wan muhamad berkata...

lepas nie semakin maju la budak2 sekolah kan..jangan pula budak-budak sekolah nie salah guna kemudahan yang dipelajari sudah..

ProfHariz berkata...

Satu pendekatan yang baik :)

Tanpa Nama berkata...

bosan baik main x bork

Tanpa Nama berkata...

cukup ke masa nk mengajar dst dua waktu seminggu?? saya sendiri tk cukup waktu nk mengajar.tpaksa minta waktu dari guru BM.

Catat Ulasan

Awak komen je dengan ikhlas. Tak paksa pun. Amir pun tak pasti dapat ke tidak balas komen tu. Sibuk gilak-gilak bah! Ko guano gu? Bereh??