Harga HyppTV hanya RM6 Sebulan

Berita baik untuk anda. Telekom Malaysia Berhad (TM) baru je umum kadar harga untuk saluran premium dan kandungan Video atas Permintaan (VOD) yang disediakan melalui HyppTV, perkhidmatan televisyen berbayar terbaru di Malaysia pada harga dari RM6 hingga RM48. Sebenarnya,aku pun baru tahu pasal perkara ini.



Berkuat kuasa 1 November kadar itu bermula dari RM6 untuk saluran premium dan RM8 untuk VOD merangkumi semua jenis kandungan, termasuk Hollywood, tempatan, Asia dan Bollywood. Siri TV terkenal Hollywood pula akan dicaj RM48 setiap tajuk (untuk set siri penuh) setiap musim dan boleh ditonton untuk sebulan.


Sekarang nie HyppTV dinikmati lebih daripada 16,000 pelanggan kediaman menerusi perkhidmatan Jalur Lebar Berkelajuan Tinggi (HSBB) UniFi iaitu pakej VIP5, VIP10 dan VIP20. Yang menariknya,TM akan menawarkan perkhidmatan VOD termasuk filem blokbuster dan siri tempatan.


Selain saluran TV nie, mereka juga menawarkan perkhidmatan VOD yang membekalkan kandungan yang berjumlah lebih daripada 1000 jam, termasuk filem blokbuster hit, siri terkemuka Hollywood serta filem dan siri tempatan. Perkhidmatan ini hanya ditawarkan menerusi HyppTV dan ia membolehkan anda memilih dan menonton program pada bila-bila masa saja

Ketika pelancaran rasminya pada Mac 2010, pelanggan UniFi menikmati 22 saluran dan tajuk VOD berjumlah 400 jam secara percuma sepanjang tempoh promosi berakhir 30 Oktober 2010.

UniFi kini ditawarkan menerusi tiga pakej kediaman iaitu VIP5 pada RM149 sebulan, VIP10 (RM199) dan VIP20 (RM249).

Murah sahaja bukan? Nak tahu apa itu HyppTV? Jom ke sini.

Nota: Ada sesiapa yang pernah cuba? Masih tidak tahu fungsi HyppTV laa..
Enhanced by Zemanta

2 comments:

wan muhamad berkata...

wahhh..wan pun x thu sgt pasal hypptv nie..hari tu ada la tgok2 tpi tgok jela hehehe

Ade Aku Kesah? berkata...

anda bercerita tentang HyppTV tapi gambar yg dipaparkan adalah Hypp.TV

Ada perbezaan antara HyppTV dan Hypp.TV

HyppTV disalurkan menerusi Unifi dan ditonton menerusi TV.

Hypp.TV disalurkan menerusi Streamyx dan hanya boleh ditonton menerisi PC/Notebook.

Catat Ulasan

Awak komen je dengan ikhlas. Tak paksa pun. Amir pun tak pasti dapat ke tidak balas komen tu. Sibuk gilak-gilak bah! Ko guano gu? Bereh??