"Hihs! Tak habis-habis dengan Amir Izzat nie..Asyik update je..rimas aku.Dah penuh dashboard aku. Kalau hebat,tak apa jugak. Ini tidak,entri tak dak kualiti!"
" Apa kena budak nie? Gila update ke?"
"Wow! Memang rajin update ea?"-perli.
Mungkin itu sebahagian kata-kata sesetengah orang atau pembaca di blog Amir nie kan? Ada kan? Ngaku je la. Ahaks. Memang ada. Tidak mustahil? Mungkin ramai yang meluat bila aku asyik update. Dah la entri tidak berkualiti kan? Macam hampeh je entri. Ayat dua tiga baris. Isi? Macam hampeh gak.. kan? kan?
Tapi kan..Dah memang kegemaranku update kerap kali. Nak buat macam mana? Dan satu lagi..korang perasan tak setiap entri aku ini mesti berbahasa Malaysia sepenuhnya. Kadang-kadang..dan kerap kali juga laa. Kenapa? Kerana ia membuatkan aku lebih mahi Berbahasa Malaysia. Mahir berbahasa Melayu. Practices make perfect,orang putih kata.
Memang terbukti apabila keluar keputusan kertas Bahasa Malaysia apabila aku mendapat markah sebanyak 78 peratus. Ku kira paling tinggi dalam tingkatan 4. Mungkin. Apa kaitan blog dengan kertas BM ku? Ha..ini la yang hendak aku khabarkan.
Saat aku menulis karangan. Contohnya karangan syarahan,pasti aku akan membuatnya seperti aku menulis blog.Ikut format yang betul lah. Dari gaya komunikasi itu aku berbicara seperti aku berbicara dengan korang. Memang membantu aku. Menjadikan karangan aku itu seperti real. Bukannya kepura-puraan.
Selain itu,aku suka update blog. Memang hati tidak tertahan apabila blog tak update. Mula-mula aku ceritakan diriku. Kemudian sedikit info dan entri santai sedikit.
Mungkin ada yang rimas.. Ekeleh..Aku update 3 entri sehari pun dah kira okay. Yang penting isi yang hendak disampaikan sampai ke otak korang. Janji korang faham.
Ingat!!Dalam dunia blog ini ada bermacam-macam jenis blog.
1. Ada blog personal.
2.Info.
3. Santai.
4. Serius.
5. Tidak kurang juga yang garang.
Macam-macamlah. Sebenarnya hendak kasi maklum balas sedikit pasal satu post nie "entri: kualiti atau kuantiti?" Setiap orang ada gayanya..Yang penting hati gembira....kan? kan??
Oh ya! Melalui blog juga aku dapat melepaskan tekanan yang ada pada diriku. Melalui blog juga aku hendak kongsikan ceritaku. Melalui blog aku kenal dah jenis manusia kat Malaysia nie.
Akhir kata,ampun maaf kalau yang memang dah terasa sejak dulu lagi. Yang memang dah rimas. Yang memang..memang kocik hati.
Tips!
1. Jangan terlalu ikut tips blogger yang merapu entah papa suruh kita ikut cara penulisan dia.. Tak syok ar. Buat gaya sendiri cukup ar.
2. SPRM tak nilai pun kualiti entri janji masuk dalam hati.
3. Jangan mudah terasa kalau jadi blogger.
4. Setiap teguran mesti dibaca dengan hati terbuka.
Jom baca entri Ben Ashaari pulak!
Nota: Berkualiti ke tidak entri ini?
Pss...: Kadang-kadang aku malas nak update bila perkara begini berlaku.
Psst...aku bukan blogger sebenarnya..
Berita: Terima kasih kepada blogger yang mendoakan aku tadi. Alhamdulillah..Sesungguhnya Allah Maha Mendengar dan Maha Penyayang..
Berita: Terima kasih kepada blogger yang mendoakan aku tadi. Alhamdulillah..Sesungguhnya Allah Maha Mendengar dan Maha Penyayang..
8 comments:
Okay apa kerap update blog. Daripada tak update langsung. Markah BM aku pon naik jugak lepas berblogging ni. So makin kerap update , makin tinggi la markah kot? hahaha
@Afizzwah! ye ke? haha..nmpka gayanya kena update hari2 lah...hahaha.. ak rasa lebih teruk ada la..tp membantu juga la..kan? kan? hehe
Assalamualaikum ya sahabat yg ku sayangi, kah3..markah bm aq bley thn gak yg lain ceroi, haha.
Ok la update ko slalu blog..xde gngu sape pn..truskan..huhu
btul, dlmm dunia maya ni ada macam2 jnis blogger..ikut blogger la nk bt camne kt blog.."Yang penting hati gembira....kan? kan?? " hehe..tpi kita kna hormat persepsi org..ngee
btw, ko bkan blogger? pembebel jalanan..? hehe..
wah!!!!
ala dorang dengki la tuh
kalaw xnak bace x payah la bace..
kan kan kan
tak sangka baru tingkatan empat.. n3 awak bagus.. memang kerap mengarang membantu dlm pencapaian B Melayu..
betul2...setuju sgt2....kalau xnk baca sila cari X...
bgus dik!! teruskan usaha...=) akak sokong..=)
wah bagus2.. keep it up dik.. next time mesti leh dapat 100%.. amin..
p/s: best ka berblog ni.. membuka minda sungguh..
Momoy pun ntah berapa kali jugak update entry. Kadang2 biler baca semula ayat macam x sedap. biarpun 1 word jer...hehehe...
tapi...Momoy peduli aper kata2 org sbb blog itu Momoy yang punyer...ngee...
peace no war =)
Catat Ulasan
Awak komen je dengan ikhlas. Tak paksa pun. Amir pun tak pasti dapat ke tidak balas komen tu. Sibuk gilak-gilak bah! Ko guano gu? Bereh??