Jangan Anggap Aku Budak Kecil

Assalamualaikum!

Aku tak tahu dah nak bagitahu macam mana. Aku pun sedang kekurangan idea. Idea tidak sampai ke otak lagi. Otak pun kekurangan oksigen. Barang sesiapa yang ingin melakukan CPR,boleh sahaja. Terhad untuk perempuan sahaja. Lelaki diharamkan melakukan CPR kepada saya. Ahaks. Erk?

"CPR itu apa ?" mungkin itu soalan kamu.

CPR itu daripada pemahaman saya ialah bercium dari mulut ke mulut untuk memberikan oksiden bukan untuk menikmatinya. Haha! Aku pun tak tahu lah der..

Baiklah.. Meh sini telingat tue. Ops! Meh sini..Dekatkan mata kamu ke skrin. Aku nak membebel sikit kepada kamu.

Tahukah kamu bahawa aku ini berumur 16 tahun? Sudah besar bukan? Sudah boleh berfikir dengan logik akalnya kan? Tetapi kan..kenapa ada yang masih menganggap aku ini budak kecil? Di alam maya lah. Hairan aku.

Aku nak kasi tahu bahawa aku sebenarnya lebih suka kamu menganggap aku seperti orang dewasa. Biarlah aku memanggil kamu Abang,Kakak,Pakcik dan Makcik tetapi berilah peluang untuk aku menulis seperti orang dewasa. Faham tak?

Maksud aku.. segala pendapat aku dan luahan hatiku di blog ini dipandang serius sikit. Itu sahajalah. Aku tahu mungkin ada yang menganggap aku ini blogger budak-budak. Ya,aku budak budak tetapi kadangkala hidup perlu serius.

Apa guna asyik main-main sahaja?

Apa yang aku inginkan ialah anggaplah aku sebahagian darimu. Umur tidak membataskan pemikiran. Jangan nilai seseorang melalui umurnya tetapi nilailah melalui tintanya.


Walaupun tintanya tidak sehebat kamu tetapi hormatlah. Kerna kehormatan itu penting. Tidak ku minta lebih darimu cuma sedikit rasa hormatmu buat diriku ini. Terima kasih

5 comments:

A.I berkata...

aik2??
knp amir??

for me yg kenal jarak jauh, ko mcm dewasa jek.
malah lagik hebat dr akk psl nuff and way ko make up belog nih..

alaa, pedulik kata orang. janji ko tau batas diri....
pk2 kan org smp biler pon kita takkan besar! cewahhh.

Unknown berkata...

salam..

biar la ape org nak kata.. yg penting kita tau siapa kita.. kan amir..
x salah kalo berpandangan seperti org dewasa.. sbb kdg2 org dewasa ni yg mcm kanak2.. haha
org yg pandang kita mcm bdk2 tu yg bdk2 sebenarnya.. x leh terima pendapat bdk2 sbb pendapat tu btol kalo berkenaan ttg dia.. ego la tu..

anyway.. morning..
-sue-

Syazwana berkata...

adik jangan la serius sangat..
hehehehe
xD

tengkorakemas berkata...

Umur bukanlah segalanya..yg penting sejauh mana umur yg ada diisi dgn kematangan...

aku hormat sama kau..teruskan berblog :)

tehr berkata...

usah sedih atau gelabah, amir
kritikan atau kutukan kadang2 lebih bermakna dari pujian
jadikan segalanya sebagai panduan untuk menjadi lebih sempurna
insyaallah

Catat Ulasan

Awak komen je dengan ikhlas. Tak paksa pun. Amir pun tak pasti dapat ke tidak balas komen tu. Sibuk gilak-gilak bah! Ko guano gu? Bereh??