Buah Dada Besar Itu Untuk Tatapan Saya Ke?


Nasi Lemak 20 sen ada.

Nasi Lemak 30 sen ada.
Nasi Lemak 50 sen pun ada.

Aik. Apa yang tetiba cakap pasal Nasi Lemak pulak nie? Pasti korang hairan. Ala..Nasi Lemak itu istilah bagi "ehem2.." Ala..yang nama BUAH... Pastu terdapat dekat DADA. Tahu kan? Ops! Kepada cikgu saya, bapak saya,mak saya,Pak Usu,Mak Lang,Pakcik,Makcik...Izinkan saya melucah pada malam ini demi kepentingan bersama.

****

Cuba bayangkan..Ketika kita sedang berjalan-jalan di pasaraya. Di tempat awam,di mana-mana sahaja. Kita pasti akan terserempak dengan pelbagai jenis manusia.

Ada yang berseluar pendek. Tidak kira lelaki ke perempuan.
Ada yang bertudung dan tidak.
Ada yang seksi dan seksa.
Ada yang sopan santun.
Ada yang menyejukkan mata.
Ada lagi yang menghairahkan mata memandang.

Mengghairahkan? Yup,alaa...yang pakai baju ketat-ketat itu. Seksi apa. Sehingga menampakkan bentuk badan pemakai.

Kalaulah aku nie berani..

" Kak.. Itu apa ha? Nasi Lemak RM1 ea?" tanya ikut gaya Farid Kamil dalam Filem Cuti-Cuti Cinta.

Hish. Kalau lah aku tanya sedemikian. Mahu kena lempang aku. Tak mahu den..

Tetapi itulah kenyataan. Semakin ramai remaja remaja pada masa kini yang berfesyen tidak kena tempat. Apabila ramai yang melakukannya..pasti perkara ini menjadi kebiasaan. Orang pun malas dah nak tegur. Tidak kita lelaki atau perempuan.

Kalau aku..

"Kak. Maafkan saya kak.. Saya ternampak lurah buah dada akak la.." mungkin aku akan berkata begini kalau aku luruh bendul.

Ops! Ini hanyalah gurauan. Kalau bercakap dari sudut agama.

"Kak.. Kita sebagai muslimah tidak boleh mendedahkan aurat. Haram disini agama. Berfesyen pun mestilah kena pada gayanya.." ceramah ku mungkin. Kita? Aku lelaki la.

Mungkin kakak itu akan jawap..

" Eh budak nie..Ang tue budak lagi. Baru setahun jagung. Sekolah pun belum lepas lagi. Ada hati nak tegur aku..Dah! Dah! Blah sana.." mungkin itu jawapannya. Dah kira sopan dah nie. Nak yang lebih pedas?

" Eh! Kau nie sapa nak tegur aku? Sukati aku ar.. Buah dada aku..Bukan buah dada kau.. Dengki ke aku punya "nasi lemak" RM2? 

****
Susah..susah..susah nak tegur. Tengok Drama Melayu..Nampak gak lurah buah dada.Pi kuar jalan-jalan ..Nampak jugak..erti kata lain. BUAH DADA kini menjadi fenomena yakni boleh dilihat di mana sahaja anda berada. 

Maaf kalau tersalah.. Entri ini bukan entri agama..Nasihat ke apa ke..Tetapi musykil. BUAH DADA itu sebenarnya untuk siapa? Untuk tatapan saya ka? ( pertanyaan untuk yang berpakaian ketat..)

Nota: Saya sebenarnya segan bila tengok Drama Melayu yang ada 'adegan lucah'..serta segan berjalan-jalan dengan keluarga di luar. Nanti apa kata mak saya apabila tiba-tiba ada perempuan seksi melintas di tepi saya dan mata saya tertengok perempuan itu. Mesti mak saya tanya...

" Amir...apa yang kau pandang tue ha? :

"Erk...tak da papa mak..."

Anda sendiri tahu .......

Terima kasih daun keladi. Esok saya bebel lagi. Saya pasti ada yang berkecil hati kerana saya pernah menegur macam ini..Jangan kerna teguranku..kau pergi jauh dariku.

21 comments:

Azman Roslan berkata...

diorang bangga dengan 'aset' yang besar tu kut.. heheh..

Mr.J berkata...

suka tgk benda2 macamtu.. untuk inspirasi... hahaha

Unknown berkata...

ntah la nk kata..dlu de jugak pkai bju ketat2..ta pkir ape p0wn..tp ble 0wg tgk marah pulak..haha!! dlu2 bodoh..skrg pndai ckit..pkai bju blouse bsar2.. :)

Wan berkata...

amir ,wah murah nya.. nampaknya begitulah sbb tu makin hari makin banyak kes rogol, org yg berpakaian begitu x menghormati hak org lain pikir diri sendiri, sengaja buat org lain bernafsu lepas tu kalau dia x jadi mangsa org lain yg x bersalah yg akan kena ish2 ish

wanie m'nJ berkata...

@ betul tu.diorang bangga.usahkan yg lelaki je tgk malu,saya yg perempuan ni pon malu..haisyooo..umat di akhir zaman...

Unknown berkata...

tah la..xperlu rasanya tunjuk tu semua~

Amir Izzat berkata...

@Azman Roslanhurm..mungkin juga bang..mungkin nak show siapa punya lg hebat... wallahualam.

Amir Izzat berkata...

@Mr. J pengeRinduwah! Mr J...inspirasi setiap masa ke? hahah

Amir Izzat berkata...

@syuEalamak! jgnlah kata camtue kak Syue.. xpa..yg lepas dah lepas..yg skunk kita pertingkatkan..

:))

Amir Izzat berkata...

@wan muhamaditula..bila dah jd bnda buruk.. org lain dipersalahkan..ssh nk ckp.. hurm.. amir xkesah diorang pakai ketat2...tp di kwsana umum..berpada lah...

xkan la amir nak kena jln tutup mata..aduhai.

Unknown berkata...

xtau la bapak sapa..yg penting bukan bapak yong.hahhaa

ISZA berkata...

salam amir,
akak pernah tegur..
berlari2 budak tu nak betulkan bajunya..
:)

Akulah Aqilah Itu berkata...

sape ni? Ish2.. Pengajaran untuk saya hari ni. Thanks. =)

doyah berkata...

ahahah, kelaka la yg mak tanya tuh ;p

Unknown berkata...

xpe...tgur mnegur tu bgus..:)

nerves berkata...

<<teringin nak buat bungee jumping kat lurah2 yang tinggi!!

Nur Areefah berkata...

entry ni tak lucah pun.yang duk jual nasi lemak tu la lucah..
*tak jumpa button share la plak..nak share nak share.thanks

Norain Ishak berkata...

bukan nak cakap apa lah, bukan nak kata aku lesbos ke apa, but, ini pendapat aku and some of kawan2 perempuan aku,

kalau perempuan seksi pun, sesama perempuan rasa nak tengok bentuk badan pompuan seksi eventho kami adalah straight, apatah lagi lelaki normal kat luar sana.

jadi, muslimah sekalian, tolonglah tutup aurat dan jgn pakai ketat2!

jenanese berkata...

jawapan standard perempuan sekarang:

"ala..yang penting hati. yang bertudung litup pun ada je yang buat maksiat. lagipon saya belum bersedia nak pakai tudung. apa guna pakai kalo tak ikhlas. kan?"

hehe..jgn marah ye rakan2 perempuan.

Unknown berkata...

hoh, nasi goreng kampung takde? nasi lemak nasi lemak plak.. euwwwwww

opss terasa ai.. T_T"

DiyanaDaniel berkata...

Memang pelik bila tengok diaorang sebok sangat nak tayang2 buah tu..bila kena ganguan seksual..g report pulak..hurrrr...

Catat Ulasan

Awak komen je dengan ikhlas. Tak paksa pun. Amir pun tak pasti dapat ke tidak balas komen tu. Sibuk gilak-gilak bah! Ko guano gu? Bereh??