Nasi Lemak 20 sen ada.
Nasi Lemak 30 sen ada.
Nasi Lemak 50 sen pun ada.
Aik. Apa yang tetiba cakap pasal Nasi Lemak pulak nie? Pasti korang hairan. Ala..Nasi Lemak itu istilah bagi "ehem2.." Ala..yang nama BUAH... Pastu terdapat dekat DADA. Tahu kan? Ops! Kepada cikgu saya, bapak saya,mak saya,Pak Usu,Mak Lang,Pakcik,Makcik...Izinkan saya melucah pada malam ini demi kepentingan bersama.
****
Cuba bayangkan..Ketika kita sedang berjalan-jalan di pasaraya. Di tempat awam,di mana-mana sahaja. Kita pasti akan terserempak dengan pelbagai jenis manusia.
Ada yang berseluar pendek. Tidak kira lelaki ke perempuan.
Ada yang bertudung dan tidak.
Ada yang seksi dan seksa.
Ada yang sopan santun.
Ada yang menyejukkan mata.
Ada lagi yang menghairahkan mata memandang.
Mengghairahkan? Yup,alaa...yang pakai baju ketat-ketat itu. Seksi apa. Sehingga menampakkan bentuk badan pemakai.
Kalaulah aku nie berani..
" Kak.. Itu apa ha? Nasi Lemak RM1 ea?" tanya ikut gaya Farid Kamil dalam Filem Cuti-Cuti Cinta.
Hish. Kalau lah aku tanya sedemikian. Mahu kena lempang aku. Tak mahu den..
Tetapi itulah kenyataan. Semakin ramai remaja remaja pada masa kini yang berfesyen tidak kena tempat. Apabila ramai yang melakukannya..pasti perkara ini menjadi kebiasaan. Orang pun malas dah nak tegur. Tidak kita lelaki atau perempuan.
Kalau aku..
"Kak. Maafkan saya kak.. Saya ternampak lurah buah dada akak la.." mungkin aku akan berkata begini kalau aku luruh bendul.
Ops! Ini hanyalah gurauan. Kalau bercakap dari sudut agama.
"Kak.. Kita sebagai muslimah tidak boleh mendedahkan aurat. Haram disini agama. Berfesyen pun mestilah kena pada gayanya.." ceramah ku mungkin. Kita? Aku lelaki la.
Mungkin kakak itu akan jawap..
" Eh budak nie..Ang tue budak lagi. Baru setahun jagung. Sekolah pun belum lepas lagi. Ada hati nak tegur aku..Dah! Dah! Blah sana.." mungkin itu jawapannya. Dah kira sopan dah nie. Nak yang lebih pedas?
" Eh! Kau nie sapa nak tegur aku? Sukati aku ar.. Buah dada aku..Bukan buah dada kau.. Dengki ke aku punya "nasi lemak" RM2?
****
Susah..susah..susah nak tegur. Tengok Drama Melayu..Nampak gak lurah buah dada.Pi kuar jalan-jalan ..Nampak jugak..erti kata lain. BUAH DADA kini menjadi fenomena yakni boleh dilihat di mana sahaja anda berada.
Maaf kalau tersalah.. Entri ini bukan entri agama..Nasihat ke apa ke..Tetapi musykil. BUAH DADA itu sebenarnya untuk siapa? Untuk tatapan saya ka? ( pertanyaan untuk yang berpakaian ketat..)
Nota: Saya sebenarnya segan bila tengok Drama Melayu yang ada 'adegan lucah'..serta segan berjalan-jalan dengan keluarga di luar. Nanti apa kata mak saya apabila tiba-tiba ada perempuan seksi melintas di tepi saya dan mata saya tertengok perempuan itu. Mesti mak saya tanya...
" Amir...apa yang kau pandang tue ha? :
"Erk...tak da papa mak..."
Anda sendiri tahu .......
Terima kasih daun keladi. Esok saya bebel lagi. Saya pasti ada yang berkecil hati kerana saya pernah menegur macam ini..Jangan kerna teguranku..kau pergi jauh dariku.