Aku tak sangka aku dah berblogging hampir 10 bulan

Cepaatnya masa berlalu. Baru sahaja terasa berumur 16 tahun. baru sahaja terasa aku berada di awal bulan 1. Tapi kini...Sukar untuk percaya aku sudah berada dalam bulan 10. Memang tak sangka..Cepat kan masa berlalu..

Ingat lagi dulu pada mula-mula aku berblogging.. Tak silap aku pada bulan 2. Masa itu aku berada dalam keadaan terumbang ambing. Apa itu blog? Untuk apa aku berblog? Blog nie best ke? Bermacam-macam lah soalan yang timbul.. Sebenarnya aku tak tahu yang aku pernah buat blog. Memang tak tahu.

Masa tue.. Ada seorang kawan aku nie Eyza. Dia ada blog. Cun blog dia. Siap ada lagu. "Wow! Menarik gak blog dia.." Selepas itu,aku tanya ar dia macam mana nak buat blog. Memang susah bagi aku pada permulaaanya.Namun alhamdulillah..Aku dah kenal apa itu HTML dan sebagainya. Aku dah pandai edit blog. Belajar dan belajar.Dulu aku pernah buat blog pada tahun 2008 dan tak siap.  Masa itu memang susah nak buat template. Then,aku kembali belajar di Kelantan. Selepas belajar semula di Kuching,aku kembali meneruskan kembali...

Saban hari..aku menaip dan terus menaip.. Sudah berjam-jam masa dihabiskan.. Namun semua itu berbaloi dengan Nuffnang.  Aku rasa duit Nuff tue bawak keluarga aku enam orang makan KFC cukup kot. Hehe.InsyaAllah..Aku akan guna duit itu sepatutnya.. hajatnya nak beli DSLR. Haha..Berangan je lebih.

Kini..9.11.2010 aku masih berblog. Kadang-kadang terasa lama berblogging..Kadang-kadang terasa sekejap.. Aku dah tahu tentang asam garam blogging ini serba sedikit namun aku bukanlah otai. (oit,kalau otai mesti popular ke?)

Aku masih perlu belajar dalam dunia blogging. Hobi berblogging ini akan diteruskan hinggalah aku puas. Hehe.

3 comments:

tengkorakemas berkata...

teruskan blogging hehe memang tak boleh berhenti belajar, setiap hari ada saja ilmu baru tentang blogging, ada saja blogger2 baru yg dtg dgn idea2 baru :)

tehr berkata...

teruskan,
moga terus maju dan meriah

ardinihumaira berkata...

teruskan sampai ke akhirnya!;D

Catat Ulasan

Awak komen je dengan ikhlas. Tak paksa pun. Amir pun tak pasti dapat ke tidak balas komen tu. Sibuk gilak-gilak bah! Ko guano gu? Bereh??