Aku Tak Sanggup Dah Format Laptop!!

"Alamak! Apsal laptop aku tak keluar paparan skrin nie? Hish...takkan ar kena virus lagi.."

Aku pun restart la balik... Then.on balik..

"Hish..tak jadi gak...."

Restart dua tiga kali tak keluar skrin jugak.

Hati memang dah parah... Sudah 3 kali aku format laptop. Bayangkan sekali format RM50. Tiga kali dah Rm150. Kalau format yang ini,mana aku nak cari duit.

Hati memang risau.. Lantas,aku pun off kan laptop aku.. Ambil DVD "The Others Guys " and "R.E.D". Turun bawah..Start motor ke rumah kawan..

Dalam perjalanan....

" Macam mana nie..Kalau bagitahu ayah. Kompem marah..."

Kepala otak aku ligak berputar.. Mencari jalan penyelesaian. Kalau nak format,habis la semua fail aku. Yang paling penting software Adobe Photoshop CS5 itu. Kalau format,tak siap la header Kak MZHany dan Kak Sue. Oh Kak..Nanti Amir bagi header itu ya. Slow-slow. Nak buat cantik sikit... Hehe.

Aku memang dah putus asa. Semua barang kerja aku akan hilang la.. Parah.. Pusing kepala aku memikirkannya.

Aku tak pasti apa masalahnya laptop ACER Aspire 4715Z aku nie.. Asyik hang je. Pening aku. Aku berhajat lah. Nanti aku nak beli laptop baru. Kecil punyer..Aku dah tengok.. Harga RM1300+. DELL punya.Ok tak DELL?

Maybe tahun depan aku akan beli. InsyaAllah. Laptop yang baru ini khas untuk blogging. Laptop yang sedia ada untuk aku mendesign. Kan senang. Tapi kan..kalau beli laptop DELL nie..Tak dapat lah aku beli kamera DSLR. Aku dah target. Tetapi aku fikir balik.. Bagus aku beli laptop dulu. Senang untuk membuat kerja aku dan teruskan minat aku.

Apa minat aku? Minat aku hendak menjadi seorang Photographer dan designer. Tetapi lihatlah yang mana aku lebih cenderung. Minat dah ada..Cuma bakat itu perlu diasas. Hajat di hati hendak sambung minat aku ini di Universiti nanti.  Ambil Teknologi Multimedia ke.. Doakan aku berjaya.

Tapi hairan bukan. Sekarang ini aku dalam kursus Katering. Tetapi bila hendak sambung di Universiti kelak aku nak ambil bidang lain. Argh! Aku dalam dilema. Mana agaknya yang lebih bagus? Jadi seorang Chef atau seorang Designer atau seorang Photographer? Dilema..Dilema..

Haa...Dah jadi cerita lain pulak aku nie. Itu la..kalau aku kena format laptop aku nie.. Hidup aku sepeti baru bermula lah. Aku kena cari software baru. Kena cari barang baru. Susah..susah..

Tetapi alhamdulillah. Selepas aku pulang berjumpa kawan. On kan laptop. Pergi  mandi sekejap.  Lepas itu,aku tengok laptop aku dah okay. Alhamdulillah.

Dan sekarang..aku pun online lah. Ahaks..... Hendak mendesign header lak.Semalam sedang mengkaji. Hari ini sedang menghasilkan.

Nota: Siapa dapat hidup tanpa laptop ? 

8 comments:

Unknown berkata...

huhu..lega hati no laptop da elok..

Mr.J berkata...

ghehe.. aku pc aku tak kuar skrin2 dah dekat 2bulan xantar kedai repair.. ni pun pijam laptop bapa hehe.

Wan berkata...

Salam amir, mana header amir? x cun la gtu, amir nak bli laptop kew? nak tip2 beli laptop x? hehehe amir nak beli kena la pilih yg puas hati

Adha berkata...

huhh..acer..masalah..biase la tuh..acer aq pun sama gak perangai dy..hehe..

ardinihumaira berkata...

ada orang cakap acer = alat cepat rosak. huu.. dni guna acer gak..

tengkorakemas berkata...

nasib baik dah ok..awat tak nak beli compaq?

hm..ko dah tgk 3 idiots kan?ko tau kan apa Rancho cakap pada kwn dia Farhan..dia kan minat photografi.. :D

tehr berkata...

laptop tu panas sangat ke apa, amir?

shapoji berkata...

nak gitau sket...jgan terlalu mudah format laptop utk yg first time....laptop jadi "manja"....once u start format, its happen cleavagely....gud luck k...

Catat Ulasan

Awak komen je dengan ikhlas. Tak paksa pun. Amir pun tak pasti dapat ke tidak balas komen tu. Sibuk gilak-gilak bah! Ko guano gu? Bereh??