Yang Penting Trafik...Komen pun penting tapi...

Trafik? Trafik? Trafik...Dulu ada orang cakap...Orang yang yang kejar trafik nie tak ikhlas berblogging. Ye ke? Entah..Siapa cakap? Ada la suara sumbang...Yang pasti,tanggapan negatif untuk orang yang kejar trafik..Dulu..Sekarang tidak lagi..

Bagi aku.. Trafik itu penting..Tidak kira lah datang dari mana sekalipun. Memang penting. Pasal apa? Pasal Nuffnang lah. Iya lah abang adik kakak oii.. Apabila Nuffnang dah bagi buffered earning. Mestilah aku kena cari trafik. Macam mana? Ha..aku buat entri yang melekat pada SEO. Ada caranya..Dan sememangnya terbukti. Macam mana terbukti? Sebab bila aku tak update.. Trafik aku stabil sahaja.

Kalau nak kata trafik aku tinggi tidaklah.. Alhamdulillah..adala 200 orang sehari. Cukuplah kan.. Alaa..kalau dapat 1 juta sehari pun diri kita tidak puas. Dapat 1 juta..Hendak 2 juta.. Dapat 2 juta..hendak 3 juta orang.. Begitulah seterusnya.. Yang penting kita bersyukur dengan apa yang kita dapat.

Oh ya! Bagi aku trafik blog memang penting. Bagi korang pula macam mana? Penting ke tidak..? Aku nak kasi tahu korang nie..Banyak caranya nak tarik trafik datang blog kita.. Senang dah mudah. Ikut la cara Ben Ashaari. Beliau menggunakan facebook untuk mempromosikan blog. Kalau aku ikut cara nie..InsyaAllah naiklah sikit trafik tapi memerlukan masa.. Bagaimana nak guna facebook nie? Tanyalah En Ben.. Buat apa tanya aku? Hehe.

Caranya:

1. Blogwalking.
2. Teknik SEo
3. Facebook.
4. Gengblogger.com

Dan............banyak lagi. Banyak cara. Yang penting usaha. kan? kan? Seperti yang aku cakap tadi, aku selalu guna teknik SEO. Sebab apa? Sebab aku tak popular.. Kalau aku update entri pasal diri aku..Makan minum aku.. Tak dak orang nak baca.. Jadi, aku buatlah kajian sikit..kan?kan? Lagipun, gaya penulisan aku nie tidaklah mantap.. Mana ada orang nak baca..

Jadi,aku guna teknik SEO. Apa SEO tue? Cuba cari kat google.. (otai selalu cakap..) Orait? Oh ya! Korang guna apa ea untuk tarik trafik.. Kongsi ar sikit... Hehe.


Sememangnya trafik lah yang penting bagi aku selain komen. Komen pun penting jugak tapi tengok ar blog aku..Blog picisan.. Tak fofular..tak ramai yang kenal..Jadi tak ramai yang komen.. Yang komen pun yang baik hati. Jadi,aku tidaklah selalu berharap pada komen.


Apabila tidak berharap dengan komen sangat..(tapi nak jugak komen). Aku akan update entri setiap setengah jam. Kalau entri pendek.. Yang penting blog aku selalu update. Bagi yang memang dah kenal aku sejak dulu lagi..Diorang tahu lah yang aku nie rajin update tetapi aku sebenarnya dah kurangkan sikit sebab ada yang tersinggung sampai sekarang..


Sampai sekarang woo.. Merajuk kot blogger itu. Haha! Asam garam bah. Banyak kali dah isu nie diperbahaskan.. Komen atau trafik? Sejak dulu lagi lah..kan?kan? Tak percaya tanya blogger otai. Asyik otai je.. Haha!


Korang tahu tak kenapa trafik ini penting bagi aku? Sebab ia membahagiakan aku.. haha.. Pelik bukan? Contohnya.. Dekat analitik Nuffnang itu tertera satu orang yang masuk blog aku.


Aku pasti gembira..sebab ada orang baca blog aku... (aku dah ulang ke ayat nie?). Trafik penting kerana duit. Duit? Iya la kan...aku sebenarnya tak pentingkan sangat duit tetapi hidup ini memerlukan duit..kan?kan?


Jadi, sekarang misi aku nak stabilkan trafik..boleh ke? Entah la labu...


Nota: Entri budak sekolah...Gaya penulisan pun tidak matang.. Biasalah kan..Kepala pening nih...Entri nie sesaja ya...Jangan ada yang mengamuk pulak... 


"Tajuk je gempak tapi isi? Hampeh.." 

Psstt...blogwalking memenatkan sahaja.. kalau berbaloi teruskan saja. Jangan ar terasa dengan ayat ini sebab apa aku cakap blogwalking memenatkan? Ada la..susah nak cakap..memang susah..Korang akan tahu bila sudah lama berblogging.. (Aku baru je berblogging..Sombong kan???)

5 comments:

Affan Ruslan berkata...

trafik blog aku pun takde lah mantap. kena bljr lagi

miya berkata...

hmm... baru td BA gtau bw xpenting. tp kalau sy x bw sy Xsampai sini.. kan? kan?

entri baru sy:
lagi 2,002 janin ditemui di Thailand
jangan promote entry korang kat comment box aku!!

Anep™ berkata...

isi pon oke ape..huh!...

1)(Fakta/Auta) Anda Percaya Atau Tidak, Terpulanglah !

2)(Tutorial) Cara Mudah Print Screen Penuh Pada Web / Blog

3)5 Coklat Yang Termahal Di Dunia

eqbalzack berkata...

terima kasih...info yg amat baik buat semua blogger...

ardinihumaira berkata...

bagi dni, bw penting sebab kalau tak bw, ta meriah... lainlah orang femes.. tak bw tak apa sebab orang memang nak tengok apa dia tulis :) orang tak pemes cam dni memang kena bw je la... SEO pun tak jadi gempak tanpa bw... tah bila dni nak merasa femes cam cik epa ni... hehe

Catat Ulasan

Awak komen je dengan ikhlas. Tak paksa pun. Amir pun tak pasti dapat ke tidak balas komen tu. Sibuk gilak-gilak bah! Ko guano gu? Bereh??