Sinopsis Seribu Kali Cinta| Slot Akasia TV3




Nizam (Kamal Adli), seorang jejakan yang tidak pernah serius dalam percintaan. Dia mempunyai ramai teman wanita tetapi masih belum dapat menentukan mana satu calon isterinya. Atas desakan orang tua yang mahukan dia berkahwin dengan Huda (Marsha), Nizam telah membawa diri ke Pulau Aman. Di sana, dia telah jatuh hati dengan Miasara (Intan Ladyana) seorang gadis yan peramah dan mesra melayan kanak-kanak.

Nizam diuji dengan pelbagai dugaan kerana Miasara mengalami sindrom Amnesia. Apa yang dilakukan pada hari ini, akan dilupakan pada keesokkan harinya. Justeru, Nizam hanyalah seorang yang tidak dikenali bagi Miasara apabila menjelang pagi esok. Mungkin itu adalah balasan bagi Nizam yang selalu mempermainkan perasaan cinta pada masa lalu. 

Nizam bertekad untuk mencintai Miasara dengan sepenuh hati walaupun dia perlu melafazkan seribu kali cinta kepada gadia idamannya. Bagi membantu memulihkan ingatan Miasara, Nizam merakamkan aktiviti bersama Miasara. Miasara terharu dengan kesabaran Nizam namun keadaan Miasara tetap tidak berubah. 

Ayah Nizam, Hisyam mendesak Nizam supaya pulang ke Kuala Lumpur bagi menguruskan syarikat. Baginya Nizam masih belum matang dan serius dalam hidup. Ibubapa Miasara juga tidak yakin dengan hubungan Nizam dan Miasara lalu menasihati Nizam supaya melupakan hasratnya untuk berkahwin dengan Miasara. Namun. Nizam tidak sanggup meninggalkan Miasara dan dia yakin dengan naluri hatinya serta menyayangi Miasara.

Apakah Nizam sanggup memikul tanggungjawab sebagai seorang suami yang perlu melayani kerenah isteri yang akan melupakan dirinya setiap pagi?? Setiap hari Nizam perlu mengulangi perbuatannya bagi memenangi hati Miasara. Dia amat mengharapkan dapat melihat senyuman manis dan teguran Miasara pada setiap pagi dan bukannya takut, binggung dan kalam kabut.

***

Berdasarkan sinopsisnya nampak menarik. Bagaimana pula dengan anda?

9 comments:

iidyll iceness berkata...

errr...akk rasakn dik akk pnh tgk cite ala2 camni....
xsilap akk cite mandarin..
pelakon hero yg org cina gelap2 cam muka melayu...pe nm tah..

Abd Rahim berkata...

Salam...dari sinopsis cerita nie mcm ok jer...tapi kena tggulah dulu start drama nie baru kita nilaikan..

Nas berkata...

amboi....1000x cinta..hebat tol..
heheheh...sori la aku jrg tgok tv..
kalau balik umah nanti pon aku xtgok tv drama mlayu sgt..ayah xkasi :P

ardinihumaira berkata...

teringin nak tengok cite ni.. :)

Mila berkata...

Erm, mcam dah tengok jalan citer ni tapi versi Drew Barrymore ngan Adam Sandler.. (50 First Date)

Salam ziarah dari http://abahmila.blogspot.com

shahrilhakime berkata...

errrr....awok layan chinta chanduri jeee

Ain Zulaikha berkata...

macam best je bila baca sinopsis dia.. tapi umah kolej ni tak de tv.. hampeh..

Rohani Hashim berkata...

eh ni mcm citer mat sleh tu alaa lopa la tajuk...301st date eh, ye ker...ala lopa tajuk lopa tajuk....

x o x o berkata...

macam filem 50 first dates kan?
;)

Catat Ulasan

Awak komen je dengan ikhlas. Tak paksa pun. Amir pun tak pasti dapat ke tidak balas komen tu. Sibuk gilak-gilak bah! Ko guano gu? Bereh??