Sinopsis| Pelakon| Korban Kasih Marlisa TV3

Korban Kasih Marlisa, Jumaat, 19 November, 1.30petang

Sinopsis Korban Kasih Marlisa

Marlisa adalah ribuan wanita moden yang telah berjaya mencipta kejayaan tersendiri di dalam kerjayanya. Atas kredibiliti yang dimilikinya itulah ayahnya Datuk Ibrahim tidak teragak-agak menyerahkan tanggungjawab sebagai Pengurus Besar di Excellent Holdings Sdn Bhd yang menguruskan syarikat pembinaan. Atas kesibukan itulah Marlisa masih belum berkahwin. Adam adalah seorang anak kampung yang mengkagumi kegigihan Marlisa dan berani mendekati Marlisa untuk belajar sesuatu yang boleh meningkatkan prestasinya. Semakin hari hubungan mereka semakin rapat. Malangnya, perhubungan tidak mendapat sokongan dan kurang disenangi oleh keluarga Adam, terutama, ibunya yang bercadang untuk menjodohkan Adam dengan gadis pilihannya. Dapatkah Marlisa mengecapi kebahagiaan bersama Adam, akhirnya?

Pelakon : Umie Aida , Awal Ashaari, Tiz Zaqyah , Fadilah Mansur, Datuk Rahim Razali, Aida Khaleda

***

Alahai..Sudah lepas la drama nie.. Semasa ditayangkan, aku ada tengok sekejap. Selepas itu aku hilang entah kemana. Mungkin disebabkan banyak sangat iklan tv3. Aku beralih arah. Kemudian , masuk ke bilik tertidur kot. Lupa  pulak nak tengok Drama nie balik.

Macam mana dengan korang yang tengok drama nie? Menarik tak? Ada pengajaran tak? Kan drama ini disiarkan sempena Aidiladha. Mestilah ada pengajaran tersendiri.. Hurm...

Apa kata korang yang layan cerita ini?

3 comments:

Nur Mudrikah berkata...

cerita ni ditayangkan semula semperna aidiladha aritu an..

Shaofie berkata...

cerita ni dah penah kuar tv kan?
bila ade tiz zaqyah, sape yang tak nak tgk oii. cantik siot dier tuh. heheh

hans berkata...

macam best plak
nanti try layan lah

P/S : Kenangan Di Hostel : Bila Tiba Waktu Hari Minggu

Catat Ulasan

Awak komen je dengan ikhlas. Tak paksa pun. Amir pun tak pasti dapat ke tidak balas komen tu. Sibuk gilak-gilak bah! Ko guano gu? Bereh??