Siapa Baru Jadi Blogger? Jom Sertai Suai Kenal Blogger Dari Ben Ashaari

Blogger...apa itu blogger? Aku pun hairan. Yang pasti korang juga seorang blogger seperti aku. Aku? Aku sebenarnya bukan blogger tetapi pembebel jalanan.. Membebel di alam maya. Membebel sampai insaf. (mukaddimah penuh skema!)

Ha,awak blogger baru ke? Awak yang tengah baca nie.. Ya la..Awak. Apsal tengok kiri kanan belakang depan pulak. Ops! Jangan pandang belakang. Nanti kang.....Hehehe!

Nie ha..Aku nak bagitahu kamu yang blogger baru. Ben Ashaari ada buat sesi suai kenal blogger baru.  Elok bebenor lah tue untuk memperkenalkan blogger baru.

Setakat nie dah 25 lebih dah blogger baru yang join. Kamu dah join belum? Jom ler... Macam mana nak join?

Ok. Pi ke sini. Boleh la berkenalan dengan blogger-blogger lain.. Dunia blogger memang indah tahu..Seindah malam pertama..(maaf abang Tehr. Kena tegur kan). Hehe. Seindah apa ek? Seindah wajah awekku... Hehe.

Best tahu berblogging nie. Kepada blogger baru,korang boleh juga tinggalkan link kat sini. Saja je nak berkenalan. Bukannya susah. I terjah u..u terjah i. Kita sama-sama sergah. Erk?

Dalam dunia blogging nie.. Kita kena bekerjasama. Barulah kita akan maju..kan? kan? Sekarang dunia bloggig@blogger(konpius penggunaan bahasa ini) dah aman..Dulu..........tak aman. Betul wa cakap lu. Ada saja krisis antara blogger. Sekarang dah senyap. Sebab apa? Masa tue tak fikir panjang......

Jadi,kepada blogger baru. Anda kena tabah dalam menceburi bidang ini. Bnayak pahit maung perlu ditepuhi. Nanti bila kamu dah lama dalam bidang ini. Kamu akan tahu.... Ha... Pasti kamu akan rasa keseronokannya dan kepedihannya. 

Kalau kena komen dengan Anon..Buat dek je. Kalau rasa nak marah,silakan. Hehe! Slow-slow belajar. Berblogging nie tak sia-sia..Boleh dapat duit dari Nuffnang tauu... Sambil menyelam sambil minum air..kan?

Berakit-rakit ke hulu,berenang renang ke tepian. Bersakit-sakit dahulu. Bersenang senang kemudian.

Nota: Hendak berada di atas perlu bermula dari bawah.


4 comments:

Wan Gerrard berkata...

Gerrard blogger baru..salam perkenalan~^_^v

tehr berkata...

salam, amir
kamu dah tidur?
part tegur menegur ni sebenarnya memang baik
ia akan menambah kepintaran kita
yang tak baik hanya part mengutuk je [tapi kalau kita pandai ambil point, boleh jadi berguna juga]

...dah ngantuk ni, amir

Emilia Emira berkata...

ak bkn blogger..ak pembebel jalanan..cool gler..haha

Syazwana berkata...

amir oh amir oh amir
nak tanye la..
boley ke x??
x boley??
nak tanye gak xD

ehem ehem
macam mane ek nak buat..
kalau orang komen kat blog kite
then bawah komen dorang tuh terus ade link untuk kite reply komen dorang tuh
then bila kita komen dia jadik @nama blogger tuh siap link ke blog die lagi
err panjang nye..

XD

Catat Ulasan

Awak komen je dengan ikhlas. Tak paksa pun. Amir pun tak pasti dapat ke tidak balas komen tu. Sibuk gilak-gilak bah! Ko guano gu? Bereh??