Assalamualaikum! Terima kasih kepada anda yang selalu berkunjung ke blog ini yang tidak serapa. Ok! Kali ini aku nak berkongsi sedikit info tentang Buffered Earning atau dipanggil kempen CPM.(panjang giler tajuk. Ahaks)
1. Pendapatan yang anda perolehi bergantung kepada jumlah purata pengunjung unik yang anda terima dalam minggu suatu kempen itu dibina.
2. Anda kemudian akan diatur ke “Tahap Kategori Blogger“ berdasarkan jumlah purata pengunjung unik anda.
3. Bagi setiap kempen, anda akan dibayar kadar yang tetap untuk setiap unit iklan. Jumlahnya bergantung kepada Tahap Kategori Blogger anda. Lebih tinggi tahap anda (atau lebih banyak bilangan pengunjung unik) maka lebih tinggi jumlah pendapatan yang anda dapat.
4. Segala maklumat mengenai Tahap Kategori Blogger dan jumlah pendapatan anda dapat dilihat melalui halaman Pendapatan CMS anda. Maklumat ini akan dikemaskini dalam tempoh 3 hari bekerja setelah suatu kempen iklan itu tamat.
Jadi,apa yang hendak aku terangkan disini ialah buffered earning ini ialah melalui kiraan pengunjung bukan melalui pageviews.
Macam mana Nuffnang bagi Iklan CPM ini. (Buffered Earning)
Sumber dari Nuffnang.
Kempen CPM
1. Pengiklan kami akan memilih senarai blog yang mereka ingin paparkan iklan mereka kerana kadar bayaran lebih tinggi berbanding bayaran bagi kempen CPC. Keputusan mereka mungkin bergantung kepada beberapa faktor seperti demografi pembaca blog, lokasi-lokasi unit iklan di dalam blog, status keahlian blogger Nuffnang dan kewujudan unit iklan di dalam blog. Jika anda terpilih, anda akan menerima e-mel notifikasi mengenai kempen iklan atau boleh dijumpa dalam halaman Pendapatan, di bawah bahagian Pendapatan Terumpuk.
2. Oleh kerana pihak pengiklan mementingkan sasaran penonton untuk melihat kempen iklan mereka, hanya blog yang mempunyai pembaca blog yang sesuai akan dipilih. Jika pembaca blog anda jatuh di dalam kategori yang berkaitan, anda pasti akan dipilih masuk ke dalam senarai mereka.
3. Lokasi unit iklan adalah penting dalam industri pengiklanan. Pihak pengiklan kami telah membelanjakan wang yang banyak untuk mereka dan membeli ruangan iklan. Mereka mahu mesej iklan mereka disampaikan dengan sebaik mungkin kepada sasaran penonton. Oleh itu, mereka mahukan ruangan iklan yang berada di lokasi yang optimum dan sesuai. Sila pastikan unit iklan anda berada di lokasi yang sepatutnya dan pihak pengiklan semestinya berpuas hati dengan faktor ini. Unit skyscraper sepatutnya menjadi elemen pertama di dalam bahagian sidebar dan bukan di bahagian lain.
4. Unit leaderboard juga mempunyai peraturan yang sama di mana ia perlu menjadi elemen pertama yang dilihat pengunjung blog anda semasa memasuki blog anda dan bagi unit Large Rectangle, ia perlu diletakkan di bawah petikan blog pertama anda. Sekiranya unit iklan dalam blog anda tidak berada dalam sususan ini, ia akan memberi mempengaruhi keputusan pihak pengiklan untuk memilih blog anda dan mereka mungkin memilih blog lain yang mempunyai lokasi unit iklan yang lebih bagus.
5. Kewujudan unit iklan memainkan peranan penting bagi pihak blogger untuk dipilih ke dalam kempen. Semua pihak pengiklan kami membahagikan bajet mereka ke dalam 3 unit iklan kami (Leaderboard, Skyscraper dan Large Rectangle) apabila mereka berurusan dengan kami. Jumlah bajet yang diberi adalah terhad dan tidak dapat diberikan kepada jumlah blog yang banyak bagi setiap jenis unit. Jika blog anda mempunyai kesemua 3 jenis unit iklan, ini dapat meningkatkan peluang anda untuk dipilih.
5. Status keahlian juga memainkan peranan dalam pengiklanan kempen kerana pihak pengiklan kami mengutamakan blog Glitterati untuk iklan mereka kerana ia merupakan sebahagian daripada program ganjaran terhadap blogger setia kami. Ahli biasa akan tetap dipilih untuk kempen iklan tetapi dalam bilangan yang lebih rendah berbanding ahli Glitterati.
Ha..Itulah serba sedikit info yang hendak aku bagitahu korang nie. Mungkin ada yang masih belum tahu mungkin ada yang masih kabur. Tetapi kalau ada kemusykilan. Boleh bertanya kepada pihak Nuffnang. Terima kasih.
4 comments:
terima kasih...info yg sangat berguna....esok pukul 10.05am (auto-publish entri)jenguk ke blog saya...entri khas untuk kamu, kerana kamu dh tolong saya faham pasal nuffnang...TQVM bro..!!
mush new entri
thanks for the info bro.. kena berusaha lebih kalau nak dapat earning yang lumayan...
tq atas info ni..dah lama aku cari mcm mana buffered earning dikira
wah
penerangan yang lengkap
suka aku baca
thanks 4 da info
P/S : Belia Benci Kuliah Minggu Pertama!
Catat Ulasan
Awak komen je dengan ikhlas. Tak paksa pun. Amir pun tak pasti dapat ke tidak balas komen tu. Sibuk gilak-gilak bah! Ko guano gu? Bereh??