Aku Bersara Dari Dunia Blogger

Bismillahirahmanirrahim..

Assalamualaikum.

Aku,Amirull Izzat selaku pemilik blog "Aku Pembebel Jalanan" dengan ini mengumunkan pada saat ini aku akan bersara dari dunia blogging.

Tiada sebab yang munasabah cuma aku harus berpijak di bumi yang nyata. Lagipun, aku disini bagai melukut di tepi gantang.

Andai ada masa terluang, aku akan kembali menulis seperti biasa andai ada yang sudi membaca tintaku.

Fokus pada masa kini adalah pada kehidupan yang sebenarnya.

Selain itu juga, barangsesiapa yang ingin menempah header blog yang simple sahaja dari aku boleh lah menghubungi  nombor telefon bimbitku. Harga RM10 ke bawah. Kira dah murah habis. Kalau hendak murah lagi,boleh dirunding. Orang cakap, barang murah tak bagus tapi kalau nak bagus. Harga lain cerita. Ops! Kalau nak tempah header blog tengok keadaan dulu lah ye. Hehe. Aku tipu je nie. Tak jadi arh..Nak bersara dah nie. Tak larat dah.

Email : amirullizzat[at]gmail[dot[com]
Carilah aku di fb. Sekian.

SMS dahulu baru buat panggilan.

Sekian terima kasih. Selamat tinggal. Assalamualaikum


Nota: Ada orang menangis tak? Aku nak 'pergi' dah nie....


Ucapan terakhir:


Doakan aku diberi hidayah oleh Allah dan semoga aku menjadi anak yang soleh dan semoga aku sentiasa menjadi anak yang kenang akan jasa ibubapa dan yang pastinya doakan aku sejahtera dunia akhirat dan termasuk di kalangan orang yang beriman dan bertaqwa.


InsyaAllah aku akan doakan korang juga.Amiin.
P/s: Doa orang jauh lebih afdal.
jom baca lagi

Dapat Kerja Sebagai Pelayan Kedai Nasi Kerabu.

Assalamualaikum.

Alhamdulillah pada petang tadi. Aku pergi ke kedai Nasi Kerabu berdekatan dengan waterfront Kuching. Pada mulanya aku agak takut hendak ke kedai itu. Maklumlah, aku sebenarnya tidak pandai berbicara. Walaubagaimanapun, aku beranikan diri berjumpa dengan Pak Cih Hanapi. Tauke kedai Nasi Kerabu itu. Jom ikuti perbualan aku.

"Assalamualaikum pakcik.." sambil menghulurkan tangan.

" Kito sebenarnya nok cari kerjo. Pahtu dengar pokcik ada kerja. Boleh dok kito kerja sini?"

" Hurm..bereh..takdok masalah. Nak start arini pun boleh..."

"Arini? Rasonya tak leh kot ..Esok la mudoh..deh.."

Aku pun bersalaman pulang.

Syukur. Aku dapat kerja kat situ pakai aku tampung diri aku ini. Almaklumlah, aku bukannya keluarga yang senang jadi kalau hendak dapatkan sesuatu aku kena usaha sendiri. Manakan dapat sagu kalau tidak dipecahkan ruyung. kan? kan?

Jadi, doakan aku kerja dengan baik lah esok hari . Memandangkan esok adalah hari pertama aku bekerja sebagai pelayan. Harap-harap boleh la ikut. Tetapi tidak menjadi masalah bagiku kerana aku sebenarnya pelajar Katering dan sememangnya aku diajar menjadi pelayan restoren. Tapi..nie kedai makan? Argh..Lantak je labu.

Baiklah.. Tiada apa lagi yang hendak ku katakan. Jumpa lagi esok hari. Assalamualaikum.

Amirull: Syabas Dato Lee Chong Wee.. Janji dah berusaha.kan?kan?
jom baca lagi

Sinopsis| Pelakon| Korban Kasih Marlisa TV3

Korban Kasih Marlisa, Jumaat, 19 November, 1.30petang

Sinopsis Korban Kasih Marlisa

Marlisa adalah ribuan wanita moden yang telah berjaya mencipta kejayaan tersendiri di dalam kerjayanya. Atas kredibiliti yang dimilikinya itulah ayahnya Datuk Ibrahim tidak teragak-agak menyerahkan tanggungjawab sebagai Pengurus Besar di Excellent Holdings Sdn Bhd yang menguruskan syarikat pembinaan. Atas kesibukan itulah Marlisa masih belum berkahwin. Adam adalah seorang anak kampung yang mengkagumi kegigihan Marlisa dan berani mendekati Marlisa untuk belajar sesuatu yang boleh meningkatkan prestasinya. Semakin hari hubungan mereka semakin rapat. Malangnya, perhubungan tidak mendapat sokongan dan kurang disenangi oleh keluarga Adam, terutama, ibunya yang bercadang untuk menjodohkan Adam dengan gadis pilihannya. Dapatkah Marlisa mengecapi kebahagiaan bersama Adam, akhirnya?

Pelakon : Umie Aida , Awal Ashaari, Tiz Zaqyah , Fadilah Mansur, Datuk Rahim Razali, Aida Khaleda

***

Alahai..Sudah lepas la drama nie.. Semasa ditayangkan, aku ada tengok sekejap. Selepas itu aku hilang entah kemana. Mungkin disebabkan banyak sangat iklan tv3. Aku beralih arah. Kemudian , masuk ke bilik tertidur kot. Lupa  pulak nak tengok Drama nie balik.

Macam mana dengan korang yang tengok drama nie? Menarik tak? Ada pengajaran tak? Kan drama ini disiarkan sempena Aidiladha. Mestilah ada pengajaran tersendiri.. Hurm...

Apa kata korang yang layan cerita ini?
jom baca lagi

Kamera DSLR Punya Pasal..Aku Sanggup Kerja





Hurm... Otak aku sedang berfikir. Patut ke aku pergi minta kerja esok hari? Kerja di Kedai Nasi Kerabu. Gaji? RM15. Boleh tahan.. RM15 x 30 = RM450. Dalam masa sebulan sahaja aku dapat RM450. Boleh la tue.. Tambah sedikit dengan duit yang ada di dalam bank dan simpanan.. Hampir seribu ringgit. Ok la tue..

Tapi kan..berbaloi ke aku kerja? Aku kerja sebab nak beli kamera DSLR nie ar.. Aku nak kumpul RM3 ribu dahulu. Aku beli DSLR yang basic punya. Tak pun aku sambar D7000 atau D90.  Kalau gitu, aku kira dalam masa tiga tahun aku dapat la kumpul RM3 ribu.. Ok la tue. Tahun depan SPM. Mana boleh kerja tahun depan..Perlu fokus pada pelajaran. Kalau tak, gagal SPM aku.. Sekarang nie pun sudah goyah..Aduhai..

Aku nak DSLR bukan apa..Aku orang susah..aku sedar..Jadi,kalau aku kerja aku boleh la beli DSLR nie dan apabila dah dapat keputusan SPM aku boleh sambung dekat U ambil kurus pasal Photograpy. Ada kan? Tak pun..Aku ambil kursus grafik. Antara dua itu lah.

Kerja jadi pelayan nanti..Aku rasa tidak lah memenatkan. Dari pukul 3 petang hingga 11 malam. InsyaAllah, kalau tiada aral melintang, esok aku pergi jumpa Pak Cik Hanapi tuan empunya kedai tu mintak kerja. Jadi, tak perlu lah aku bergantung pada mak bapak aku nanti..Duit itu aku simpan khas untuk DSLR. Belajar perlahan-lahan. Hurm..Kalau anak orang kaya, terus mintak apa sahaja..Semua dapat..kan?

Tapi aku? Argh..aku masih berpijak di bumi yang nyata..Bersyukurlah Amirul..Tapi usaha tangga kejayaan. Kalau aku kumpul sikit-sikit lama lama nanti aku boleh beli... Yeah! Aku yakin! Esok aku mintak kerja....Doakan aku..semoga dipermudahkan lagi urusan... :)
jom baca lagi

Yang Penting Trafik...Komen pun penting tapi...

Trafik? Trafik? Trafik...Dulu ada orang cakap...Orang yang yang kejar trafik nie tak ikhlas berblogging. Ye ke? Entah..Siapa cakap? Ada la suara sumbang...Yang pasti,tanggapan negatif untuk orang yang kejar trafik..Dulu..Sekarang tidak lagi..

Bagi aku.. Trafik itu penting..Tidak kira lah datang dari mana sekalipun. Memang penting. Pasal apa? Pasal Nuffnang lah. Iya lah abang adik kakak oii.. Apabila Nuffnang dah bagi buffered earning. Mestilah aku kena cari trafik. Macam mana? Ha..aku buat entri yang melekat pada SEO. Ada caranya..Dan sememangnya terbukti. Macam mana terbukti? Sebab bila aku tak update.. Trafik aku stabil sahaja.

Kalau nak kata trafik aku tinggi tidaklah.. Alhamdulillah..adala 200 orang sehari. Cukuplah kan.. Alaa..kalau dapat 1 juta sehari pun diri kita tidak puas. Dapat 1 juta..Hendak 2 juta.. Dapat 2 juta..hendak 3 juta orang.. Begitulah seterusnya.. Yang penting kita bersyukur dengan apa yang kita dapat.

Oh ya! Bagi aku trafik blog memang penting. Bagi korang pula macam mana? Penting ke tidak..? Aku nak kasi tahu korang nie..Banyak caranya nak tarik trafik datang blog kita.. Senang dah mudah. Ikut la cara Ben Ashaari. Beliau menggunakan facebook untuk mempromosikan blog. Kalau aku ikut cara nie..InsyaAllah naiklah sikit trafik tapi memerlukan masa.. Bagaimana nak guna facebook nie? Tanyalah En Ben.. Buat apa tanya aku? Hehe.

Caranya:

1. Blogwalking.
2. Teknik SEo
3. Facebook.
4. Gengblogger.com

Dan............banyak lagi. Banyak cara. Yang penting usaha. kan? kan? Seperti yang aku cakap tadi, aku selalu guna teknik SEO. Sebab apa? Sebab aku tak popular.. Kalau aku update entri pasal diri aku..Makan minum aku.. Tak dak orang nak baca.. Jadi, aku buatlah kajian sikit..kan?kan? Lagipun, gaya penulisan aku nie tidaklah mantap.. Mana ada orang nak baca..

Jadi,aku guna teknik SEO. Apa SEO tue? Cuba cari kat google.. (otai selalu cakap..) Orait? Oh ya! Korang guna apa ea untuk tarik trafik.. Kongsi ar sikit... Hehe.


Sememangnya trafik lah yang penting bagi aku selain komen. Komen pun penting jugak tapi tengok ar blog aku..Blog picisan.. Tak fofular..tak ramai yang kenal..Jadi tak ramai yang komen.. Yang komen pun yang baik hati. Jadi,aku tidaklah selalu berharap pada komen.


Apabila tidak berharap dengan komen sangat..(tapi nak jugak komen). Aku akan update entri setiap setengah jam. Kalau entri pendek.. Yang penting blog aku selalu update. Bagi yang memang dah kenal aku sejak dulu lagi..Diorang tahu lah yang aku nie rajin update tetapi aku sebenarnya dah kurangkan sikit sebab ada yang tersinggung sampai sekarang..


Sampai sekarang woo.. Merajuk kot blogger itu. Haha! Asam garam bah. Banyak kali dah isu nie diperbahaskan.. Komen atau trafik? Sejak dulu lagi lah..kan?kan? Tak percaya tanya blogger otai. Asyik otai je.. Haha!


Korang tahu tak kenapa trafik ini penting bagi aku? Sebab ia membahagiakan aku.. haha.. Pelik bukan? Contohnya.. Dekat analitik Nuffnang itu tertera satu orang yang masuk blog aku.


Aku pasti gembira..sebab ada orang baca blog aku... (aku dah ulang ke ayat nie?). Trafik penting kerana duit. Duit? Iya la kan...aku sebenarnya tak pentingkan sangat duit tetapi hidup ini memerlukan duit..kan?kan?


Jadi, sekarang misi aku nak stabilkan trafik..boleh ke? Entah la labu...


Nota: Entri budak sekolah...Gaya penulisan pun tidak matang.. Biasalah kan..Kepala pening nih...Entri nie sesaja ya...Jangan ada yang mengamuk pulak... 


"Tajuk je gempak tapi isi? Hampeh.." 

Psstt...blogwalking memenatkan sahaja.. kalau berbaloi teruskan saja. Jangan ar terasa dengan ayat ini sebab apa aku cakap blogwalking memenatkan? Ada la..susah nak cakap..memang susah..Korang akan tahu bila sudah lama berblogging.. (Aku baru je berblogging..Sombong kan???)
jom baca lagi

Poster Jom Senyum Macam Saya | Amir Izzat Artwork


Assalamualaikum. Terima kasih kepada korang yang sudi datang ke blog Amirull yang yang tidak seberapa ini.

Baiklah. Korang dapat lihat tak poster di atas? Macam mana? Boleh tahan la kan. Itu la hasil kerja aku ketika bosan. Baru sahaja buat tadi. Biasalah kan. Bila sudah bosan, apa sahaja akan keluar. Yang penting, kebosanan aku membuahkan idea.

Mengapa aku boleh terlintas untuk membuat poster ini? Sebenarnya sebab Tengkorak Emas la nie. Erk? 

"Bang TE,bertenang.... Baca dulu.." Hehe.

Sebenarnya Tengkorak Emas ada komen.. Dia kata tangan dia gatal hendak buat poster. Jadi, tangan aku pun gatallah. Fikir punya fikir. Ha! Semalam aku ada pergi makan di Chilli Pepper. Sangat sedap. Ada la seorang makcik tue.. Dia duduk di sebelah meja aku. Semasa hendak balik, aku senyum ar kat makcik tue.. Kira taraf nenek jugak la.. Aku pun senyum.... Tetapi..Korang tahu apa yang nenek itu buat? Dia tak balas senyuman aku... Fulamak! Rasa malu pun ada... Haha

Betul..aku memang malu habis. Ya lah kan. Kita senyum kat orang itu tapi dia tiada tindak balas. Hairan..
Aku rasa nenek tue fikir aku nak mengorat dia lah...Aiseymen...Tak ada masa kau nak mengorak orang..Kang kena parang datuknya..Mati aku..Alamak!

Oh ya! Berkenaan poster di atas. Aku menyeru kalian semua senyumlah dengan sesiapa sahaja. Bukannya susah pun. Cuma senyum. Susah ke? Ada nampak aku punya muka? Senyum memanjang tetapi di sebalik senyuman itu penuh kedukaan. Mengapa? Entah la labu..

Poster di atas ada makna tersirat..

1. Latar belakangkan awan.
2. Tangan berbentuk bendera Malaysia.
3. Setiap warna dan tulisan.
4. Budak itu..

Ha,budak itu. Ada maknya. Namanya Siti Nur Qistina Arifah. Cantik tak? Adik aku ar tue. Hehe. Sekarang sudah setahun lebih. Hehe.. Alamak..tersasul la pulak.

Akhir kata, senyumlah kita..Bukan kena bayar.. Bukan mati pun..Orang lagiiiiiiiiiiiiii la suka. kan? kan? Baiklah...kita jumpa lagi di lain hari dengan rekaan terbaru aku... W'salam.
jom baca lagi

Jom Like Page "Aku Pembebel Jalanan"} Tak Kena Bayar Pun..


Assalamualaikum kawan-kawan. Apa khabar korang? Lama tak jumpa korang wahai blogger. Hari ini Amir sangat bosan gila lah. Kalau orang KL cakap "gua bosan gilerr beb..." Ye ke? Entah la labu..

Nie haa.. Amir nak bagitahu korang Amir dah ada page. Korang klik je gambar di atas dan selepas itu korang akan melayari terus ke page Amir. Jangan risau.. Tidak dikenakan bayaran langsung. Tekan sahaja bah. 

Itu sahajalah kata-kata Amir. Akses internet dari rumah kawna nie..Mana boleh update panjang-panjang. Alamak! Kalau update pendek-pendek nanti ada yang marah. Erk? Siapa yang marah? Ada la blogger tue...Update ayat pendek pun marah.. Update panjang berjelar pun marah... Entah la..Segar ke tidak?? Orait.. w'salam. 

Oh ya! Selamat hari raya... Berapa banyak dah lembu tumbang bang?
jom baca lagi

Header Made From Hati.. Cik Payeen!

Header 1
Header 2
Header 3
Header 4 
Jeng! Jeng! Jeng! Cik Payeen oh Cik Payeen..Nah! Sila lah ambil header buatanku yang tidak seberapa ini...Tak cantik tapi  boleh la kalau nak letak dalam blog tue..Hehe.

Pasal panda tue..Amir keliru habis laa.. Haha.. Mungkin itu kot.. Cubalah pilih yang mana satu terbaik dan tercantik..Itu pilihan cik Payeen namun ini lah yang termampu Amir buat..Hehe..

Oh ya! Gambar cik Payeen yang besar tue..tak clear sangat..Jadi,Amir cuba try yang satu lagi. Buat dua-dua lah senang so cik Payeen tahu mana lagi cun. Setakat ini sajalah. Terima kasih kerana berani menerima header dari Amir. Haha.


Oh ya! Jom terjah cik Payeen yang cun nie..Hehe

Psst...: Siapa yang suruh Amir buat header untuknya? Murah sahaja. RM10 ke bawah. Amacam?
jom baca lagi

Header Teratak Hatiku... | Aku Cuba...

Header 1
header 2
header 3
header 4
header 5
Assalamualaikum!  Apa khabar korang? Lama tak jumpa ye? Nie ha...bila dah bosan..Aku cuba untuk penuhi kehendak sahabatku ini..Kak Fatiehah.. Haritue kan aku da cakap nak buat header. So,inilah yang jadinya..Aku cuba sedaya upaya aku.. 

Oh kak..Gambar pokok tak dak la..Ada tapi tak cantik..Nanti Amir tunjukkan macam mana rupa bila ada pokok itu. Hehe! Maaf. Ha,inilah hasilnya.Pilih la mana satu yang berkenaan.

Oh ya ! Siapa kak Fatiehah nie..Jom ke blog beliau.... Teratak Hatiku..
jom baca lagi

Gambar Nabil Raja Lawak Bercium Dengan Qasha Tidak Benar| Itu Fitnah Semata-Mata!

Jeng..jeng..berita hangat nie..Hangat lagi ke? Hangat la kot..hangat hangat tahi ayam..Nie ha nak cakap..Pernah dengar tak cerita nie?? Alaa..yang korang duk kutuk Nabil Raja Lawak nie budak jahat la..Budak tak kenang budi lah... Budak tak ingat hukum agama la..Bila dah femes jadi gini la..Bla..bla..bla..Macam macam la korang kutuk...(aik..terasa ke??)..Kutuk belakang boleh la.. Kalau doakan tak pe gak..Nie kutuk je lebih..Opss! Aku lak yang terasa.


Gambar nie kan? Tak pe..tak pe..Korang tuduh gak dia.. Baiklah..Korang pi baca kat blog Mr J.. Ini linknya.. (klik)

Ok..Lepas korang baca kat blog Mr J..Korang datang sini..dan komen..Itu la..duk sangat percaya benda macam nie..Hey kawan..benda yang disiarkan sesetengah media bukan boleh caya.. Ada sesetengah blogger itu pulak..Percaya terus.. Aduhai...Fitnah kan? kan???

Jadi,kalau la dapat cerita macam gini..toksah la nak update sebab nak trafik..saham akhirat pun dapat..Aku sebenarnya tak tahu gambar Nabil raja lawka nie betul ke tidak..sebab itu la aku tak mahu 'campur tangan'.  Nanti aku yang sebar fitnah..

Oh ya..siapa yang dah kutuk Nabil...pi mintak maaf..Ada bran? Saham akhirat dapat gak..pi mana? Neraka kot..Wallahualam..Neraka dan syurga itu milik Allah..aku tak mahu kata apaaa...Layaaaaaaaaaaaaaan.
jom baca lagi

Nikon D3000? Tidak Sesuai Untuk Aku..


DSLR oh DSLR.. Nikon..Canon..Sony... Lama dah aku mengidam..Tengah kumpul duit la nie nak beli engkau wahai Nikon D7000. Kalau tak dapat,aku sambar Canon 550D sahaja lah. Oh ya! Pagi tadi di sekolah. Kawan aku,Ikmal. Ada bawak Nikon D3000. Apa tunggu lagi.. Bagai pucuk dicita ulam mendatang lah.

"Mal..Cantik DSLR..Sapa punya?" tanya aku.

"Kamera nie kelas kami orang punya..Kumpul duit bah beli benda nie..Aku punya Canon 500D." jawap Akmal.

"Cantik ah..DSLR jenis apa nie?" Aku tanya sebab tak tahu dia punya brand..

"Nikon D3000..."

"Ok..bak sini sat.." pintaku..

Apa tunggu lagi.. Snap la.. Mula-mula aku tengok dia punya menu. Okay la. Cari dia punya function kat internet. Boleh la untuk beginner.. 

Pendapat aku selepas memegang kamera nie... Aku rasa tak sesuai la.

1. Kecil.
2. Alang-alang harga RM 3 ribu bagus aku ambil D90
3. Tak menepati citarasa.

Haha.. Nikon D3000 nie kecil la bagi aku..Tak ngam langsung dengan tangan aku. Gambar? Baik punya..Boleh la.. Cuma itu la.. Ada orang kata,carilah yang sesuai ngan tangan. Baru syok ambil..kan..kan..  Harga RM3 ribu.. Boleh tahan beb.. Tapi tak mahulah..Aku nak amil yang Mid Level. Tak mau ambil entry level. Aku takut bila guna entry level..cepat bosan pastu kena la upgrade..kena la cari duit lagi.

Bercakap pasal duit..or bajet.. Kalau tak da bajet yang cukup..Jangan duk mimpi la..Tapi sekarang nie aku sedang mencari duit.. Ya,aku sedang kumpul duit nak beli DSLR nie..Jenama Nikon kot pilihanku.. Body dia tahan lasak. Gambar pun cantik! Canon pun boleh gak.. Tak apa lah..asalkan DSLR yang boleh membantu cita cita aku.. Apa cita-cota aku? Ada laa..Mana boleh bagitau...

Baiklah...Akhir kata,misi mencari duit untuk DSLR kini bermula...Oh ya! Siapa dah ada pengalaman guna Nikon or Nikon D3000 nie? Apa komen anda??

Nota: Gambar yang aku amik duk ngan kawan..Huhu
jom baca lagi

Sinopsis|Pelakon| Cerekarama Karma Salina TV3

Raya haji dah nak dekat...Memang dekat dah..Bila ea? 17 November? Esok? Lusa laa.. Cepatnya masa berlalu..Rasanya baru je dengar pengumuman raya haji. Hari raya Aidiladha nie tak la semeriah hari raya Aidilfitri tetapi  tarikh 10 Zulhijjah merupakan hari yang cukup istimewa dan penuh makna bagi kita semua..kan..kan? 

Sempena Aidiladha nie..TV3 akan siarkan cerekarama Karma Salina pada 20 November. 10 malam. Jangan pula tengok.. Tapi sebelum tue..Jom layan sinopsisnya dulu. Mana la tahu tak syok..Kalau syok boleh la layan nanti. Hehe.

Rakyat Malaysia tidak berpuas hati dengan hukuman yang dijatuhkan kepada Salina termasuklah Nora Asyikin, peguam yang menerajui Biro Tata Syariah. Nora Asyikin tekad untuk memperjuangkan nasib wanita mengikut hukuman Allah. Ketika Nora mengunjungi keluarga Salina, Intan datang dan menyerahkan surat yang diberikan Salina sebelum dia dijatuhkan hukuman. Barulah mereka mengetahui Salina sebenarnya redha dengan hukuman itu lantaran rasa berdosanya terhadap ibu bapanya, cintanya yang mendalam terhadap Afkar hingga mengizinkan dirinya dianiya oleh suaminya dan menjadi pembunuh. Nora Asyikin tetap membela kematian Salina dan akhirnya masyarakat mula memahami mengapa Salina mati di tali gantung dan betapa mulianya pengorbanan Salina.

Pelakon: Adi Putra, Sofea Jane, Norish Karman, Sharifah Amani, Aaron Aziz
jom baca lagi

Masa Untuk Tidur.. Dah tak terdaya nak blogwalking...

Huhu..hari dah lewat..nak blogwalking pun dah tak terdaya.. Buat apa paksa diri kan kalau dah tak larat? Nanti memudaratkan pula..Jangan sana sini...selagi termampu ar..Kalau tak mampu, kita rehat kan?

Bak kata cikgu aku.. "tak lari gunung dikejar.." Aku pula kata. " tak lari blog dikejar.." Haa...Sekarang jam sudah menunjukkan jam 9.36 malam. Dah lewat dah nie.. Kat Kuching memang tak lewat.. Kat luar rumah sekarang tengah hujan..kalau tidur kan best..Haha. Esok perlu bangun awal, pukul 5 pagi. Melemahkan sungguh..liat benar nak bangun awal.. Namun,apakah daya..terpaksa..

Baiklah..selamat malam aku ucapkan..semoga tidur kalian lena.... Assalamualaikum!
jom baca lagi

Dulu Pink Ke Merah..Sekarang Biru..Esok????

"Eh! Blog saya aku masuk nie???"

"Hurm..gila lah budak nie..asyik tukar template je kerja.."

"Rajin...rajin..."

Mungkin itu kata korang... dulu aku pakai pink..selepas itu merah..Selepas itu warna warni..Kemudian,warna biru?  Apa kena denagn aku nie? Korang pun naik hairan..kan? Eh! Korang tak tahu ke aku bercakap pasal apa? Laa..pasal template blog lah. Dulu lain..sekarang lain. Manusia boleh berubah bah..Inikan pula template blog. Haha!

Okeyh.. Kenapa aku tukar? Mungkin itu persoalan yang mungkin korang dah fikir sejak dulu. Asyik tukar je kerja. Begini, dulu template blog aku pink sebab hatiku sedang berbunga. Selepas itu hitam,kecewa. Kemudian merah..maknanya lagi lah pasrah. Dan sekarang. BIRU? Ya biru...Why? Kerna aku suka warna.. Aku sudah cuba perbagai warna. Tetiba terlekat pada BIRU. Biru nie rasa tenang je. 

Korang yang datang pun rasa relaks je..kan?



Sambil makan pun korang boleh dengar bebelan aku ni. Ahaks. Ops! Apa motif gambar diatas? Saja. Awat? Tak hensem..

"Yer..aku tahu siapa aku..siapala yang sudi hendakkan aku.." ayat frust seorang jejaka apabila ditolak aweks. Tolak means tak terima. Okeyh?

Nie ha..pasal template..Dah boring..tukar ar..sekali sekala cuci mata. 

"Sekali kata kau kata? Aku tengok baru je kau tukar warna merah.." soal kamu

Laa...hari tue lain..hari nie lain. Haha..Jangan marah.. Esok lusa warna lain pulak... Oh ya! Ada perasaan tak header aku? Ada makna tersirat tau..Aku dalam dilema nie.. Demi masa depanku...

Nak jadi chef ke? Photograher ke? Designer ke? atau pembebel jalanan? Konpius... 

Apa kata korang pula? Asyik aku je yang membebel kat sini. Okay ke menyampah? Dua ayat..Pilih satu. Orait? Kritikan itu lebih baik dari pujian. Semakin dipuji semakin naik  minyak. :)

Okaylah.. Oh ya! Ayeem Ayam ada buat kontest la..Nampak menarik.



jom baca lagi

Wallpaper Bokeh Is Bulat| Design by Amir Izzat Artwork 2010

Bokeh is bulat.
Bokeh 1

Software: Adobe Photoshop CS5

Masa: 2 jam lebih.
Title: Bokeh is bulat/digital bokeh.
Belajar dari sini.

Ulasan:

Assalamualaikum! Haha. Kena beri salam dulu. Tadi,sedang melayan kebosanan. Aku pun bukak lah photoshop dan terus ikut tutorial yang aku cari semalam. Pada mulanya memang susah,agak susah nak buat bokeh tue. Tiga kali aku buat tau..Lepas tue..barulah jadi. Cuba punya cuba jadilah Bokeh 1 diatas.

Tapi aku tak puas hati lagi.. Aku pun cuba adjust lagi. Dan jadilah Bokeh is Bulat yanglagi cun. Buat Wallpaper desktop cun tau..Aku dah cuba. Tak percaya? Cubalah.

Baiklah. Sebenarnya tidak rumit nak buat wallpaper Digital bokeh itu cuma yang memeningkan kepala adalah prosesnya sahaja. Lagi-lagi kalau tidak mengenal tools yang ada pada photoshop. Alhamdulillah..Setelah bertungkus lumus hampir dua jam. Maka,siaplah design aku yang entah keberapa hasil khayalan yang melebihi tahapnya. haha.

Komen korang:

Apa pula korang nak cakap? Sila kutuk habis-habisan. Hehe! Komen lah sikit..Tengkorak Emas...Abang Shahrin Oppa. Komen ar.. Semoga lain kali amir boleh buat yang lebih baik..kan? kan?

Nota: Save image di atas dan jadikan wallpaper destkop korang. Kompem gempak! Oh ya! Aku perasan follower aku naik mendadak. Mengapa ya? Apa yang sudah terjadi semalam?? Oh blogger..terima kasih laaa... jom makan design amir..amir belanja..hehe
jom baca lagi

Laaa...Ada Blogger Yang Terasa Ke?

Bismillahirahmanirahim..

Maaf! Maaf! Maaf! Andai ada yang termakan hati dengan kata-kataku pada entri lepas. Aku menyusun jari. Betul la kata orang kan..Bila kita bercakap tak ingat batas dah..Tak ingat dah hukum agama. Tak ingat dah perasaan orang lain. Hish! Aku nie terlalu emosi. Maaf ya wahai blogger sekalian. Janganlah terasa dengan daku. Anggaplah ia ujian bagi daku dan ujian bagi dirimu. Semoga kita tidaklah bermasam muka dan berkecil hati.

Tak dak niat pun nak melukai dengan komenku itu.. Tak dak niat cuma pandangan. Kadang-kadang pandangan itu tercampur dengan emosi. Biar la kita..Manusia biasa yang lemah dan tak lepas dari kesilapan. Asyik-asyik tersilap. Andai tersalah langkah,malu seumur hidup. Biasa la kan masyarakat kita. Kalau ambil tahu tepi kain orang kadang-kadang terlalu melampau.

Yang baik tak dikenang..Yang buruk sampai mati pun asyik ingat,kan? Jadi...maafkan aku.. Pujian itu kadang-kadang berbisa. Kritikan itulah yang menjadi pendorong. 

Oh ya! Berkenaan header free.. Sudah ada seorang yang telah membuat entri iaitu Cik Fatiehah. Sebenarnya Amir mencari seorang lagi yang sudi dan berani mengambil risiko suruh Amir buat header blognya. Hehe! Amacam? Sila terjah sini untuk tahu lebih lanjut.
jom baca lagi

Macam Mana Nak Buat Sidebar Berkaler..??

Assalamualaikum! Nie ha.. Cik Siti Wardah pinta tolong aku ajar dia cara nak buat sidebar jadi macam aku punya. Entah apa namanya. Berkaler kot namanya.. haha!

Meh Amir ajar.. Amir ajar ikut blog Cik Siti Wardah je la.. 


1. Pergi ke Design dan tekan Edit HTML.

2. Tekan Ctrl+ F. Cari kod h2 {

Selepas itu akan muncul macam ini.

/* Headings
----------------------------------------------- */
h2 {
margin: 0 0 1em 0;
font: normal bold 14px Verdana, Geneva, sans-serif;;
color: #ff00ff;
text-transform: uppercase;
}


3. Letak kod background:  #F52887;  dibawah text-transform: uppercase;

4. Tekan preview terlebih dahulu dan tekan save.

***


Itu sahajalah. Kalau tak jadi tak tahulah. Ada kemusykilan sila tanya.

jom baca lagi

Kalaulah Kerana Aku Update Kerap Kali Itu Merimaskan Dirimu| Maafkan Aku.| Entri Tidak Berkualiti Pun..

"Hihs! Tak habis-habis dengan Amir Izzat nie..Asyik update je..rimas aku.Dah penuh dashboard aku. Kalau hebat,tak apa jugak. Ini tidak,entri tak dak kualiti!"

" Apa kena budak nie? Gila update ke?"

"Wow! Memang rajin update ea?"-perli.

Mungkin itu sebahagian kata-kata sesetengah orang atau pembaca di blog Amir nie kan? Ada kan? Ngaku je la. Ahaks. Memang ada. Tidak mustahil? Mungkin ramai yang meluat bila aku asyik update. Dah la entri tidak berkualiti kan? Macam hampeh je entri. Ayat dua tiga baris. Isi? Macam hampeh gak.. kan? kan?

Tapi kan..Dah memang kegemaranku update kerap kali. Nak buat macam mana? Dan satu lagi..korang perasan tak setiap entri aku ini mesti berbahasa Malaysia sepenuhnya. Kadang-kadang..dan kerap kali juga laa. Kenapa? Kerana ia membuatkan aku lebih mahi Berbahasa Malaysia. Mahir berbahasa Melayu. Practices make perfect,orang putih kata.

Memang terbukti apabila keluar keputusan kertas Bahasa Malaysia apabila aku mendapat markah sebanyak 78 peratus. Ku kira paling tinggi dalam tingkatan 4. Mungkin. Apa kaitan blog dengan kertas BM ku? Ha..ini la yang hendak aku khabarkan. 

Saat aku menulis karangan. Contohnya karangan syarahan,pasti aku akan membuatnya seperti aku menulis blog.Ikut format yang betul lah.  Dari gaya komunikasi itu aku berbicara seperti aku berbicara dengan korang. Memang membantu aku. Menjadikan karangan aku itu seperti real. Bukannya kepura-puraan. 

Selain itu,aku suka update blog. Memang hati tidak tertahan apabila blog tak update. Mula-mula aku ceritakan diriku. Kemudian sedikit info dan entri santai sedikit.

Mungkin ada yang rimas.. Ekeleh..Aku update 3 entri sehari pun dah kira okay. Yang penting isi yang hendak disampaikan sampai ke otak korang. Janji korang faham. 

Ingat!!Dalam dunia blog ini ada bermacam-macam jenis blog. 

1. Ada blog personal.
2.Info.
3. Santai.
4. Serius.
5. Tidak kurang juga yang garang.

Macam-macamlah. Sebenarnya hendak kasi maklum balas sedikit pasal satu post nie "entri: kualiti atau kuantiti?" Setiap orang ada gayanya..Yang penting hati gembira....kan? kan?? 

Oh ya! Melalui blog juga aku dapat melepaskan tekanan yang ada pada diriku. Melalui blog juga aku hendak kongsikan ceritaku. Melalui blog aku kenal dah jenis manusia kat Malaysia nie.

Akhir kata,ampun maaf kalau yang memang dah terasa sejak dulu lagi. Yang memang dah rimas. Yang memang..memang kocik hati. 

Tips!

1. Jangan terlalu ikut tips blogger yang merapu entah papa suruh kita ikut cara penulisan dia.. Tak syok ar. Buat gaya sendiri cukup ar.
2. SPRM tak nilai pun kualiti entri janji masuk dalam hati.
3. Jangan mudah terasa kalau jadi blogger.
4. Setiap teguran mesti dibaca dengan hati terbuka.

Jom baca entri Ben Ashaari pulak!

Nota: Berkualiti ke tidak entri ini? 

Pss...: Kadang-kadang aku malas nak update bila perkara begini berlaku. 

Psst...aku bukan blogger sebenarnya..


Berita: Terima kasih kepada blogger yang mendoakan aku tadi. Alhamdulillah..Sesungguhnya Allah Maha Mendengar dan Maha Penyayang..
jom baca lagi

Ada Lagi Tak Yang Nak Header Blog???? Tak Cantik Tapi Simple..Bagi Idea Amir Buat.

Bismillahirahmanirrahim..

Nak header simple tak? Korang bagi idea. Amir akan buat. Amacam? Jadi,korang pun puas hati sebab itu idea korang tapi Amir akan buat. Macam mana Amir buat? Macam itulah rupanya. Masih belajar.. Nak lihat contoh header simple yang sudah dibuat. Sila ke sini. Amir tahu ada yang terlepas semalam.

Caranya mudah sahaja.

1. Letak header Amir. (ikut gaya Ben sat..tapi bukan tiru.)
2. Buat entry
3. Nyatakan saiz header,bagitahu header macam mana korang nak. Ada gambar apa. Tulisan warna apa,background header warna apa(kalau tidak mahu transparent). Dan nyatakan apa sahaja yang kamu nak.
4. Khas untuk follower Amir.
5. Tinggalkan link entry ini.
6. Gambar cari sendiri dan hantarkan ke amirullizzat[at]gmail[dot]com.
7. Mestilah menepati kreteria header yang telah ditetapkan oleh SPRM. Haha.

Jangan terburu-buru buat entry nanti. Amir nak header yang akan dibuat ikut fantasi korang. Ikut korang nak. Cakap sahaja apa benda yang nak ada dalam header tue. Selagi ada kudrat ini,Amir akan berusaha membuat yang terbaik.. (barang free selalu kondem,tapi ini baik punyia beb! Haha).

Servis macam Pizza Hut! Amacam? 

Hanya dua orang sahaja yang terpilih. Terbuka hingga terpilihnya dua orang itu. Kalau nak lah....(merendah diri nie takut ada yang meluat..)... 

Nota: Nak buat header nie sebab Amir tetiba rajin nak mendesign.. Hajatnya nak design T-Shirt..Tapi terbantut la pulak.. Haha. Oh ya! Kalau ada yang meluat,maaflah ye abang kakak. Amir nak bantu diorang yg tak dak header je. Maaf sesangat kalau memang-memang meluat tahap kritikal la.Maaf ye..
jom baca lagi

Berubah! Berubah! Berubah! Taubat Terus Sebelum Maut Menjemputku.

Semalaman aku termenung muhasabahkan diri. Aku berfikir.. Untuk apa aku hidup andai solatku tidak terjaga? Untuk apa aku hidup andai tutur bicaraku menyakitkan hati orang lain? Untuk apa aku hidup andai ibubapaku terluka akan perbuatanku? Untuk apa aku belajar andai niat itu bukan kerana Allah? Untuk apa aku makan dan minum andai aku hidup ini hanya untuk keseronokan? Untuk apa aku bangun dan tidur andai hidup aku bukan kerna Allah?

Banyak yang aku fikirkan.. Sedang aku terduduk di hujung katil. Aku teringat akan kesalahan aku terhadap ayahku. Saat ayah mengatakan "kau anak derhaka!". Pedih dan pilu hatiku. Aku anak derhaka? Apa guna aku menuntut ilmu di sekolah andai ibubapaku tidak redha? Apa guna aku hidup jika hidup aku tiada restu dari ibubapaku? Aku pernah dengar bahawa "keredhaan Allah terletak pada keredhaan ibubapa".  

"Argh! Aku tekad hendak bertaubat..Aku nak pohon maaf sebelum aku mati.."

Mati? Bila-bila masa akan menjemputkan. Mungkin esok? Mungkin saat ini? Dan bila-bila masa.. Tak dapat aku bayangkan andai tiba-tiba aku bangun dari tidur dan aku dapati aku dah MATI? 

"Huh? Aku kat mana nie.. Dalam kubur dah ke?? Dan..datanglah malaikat menyoalku.."

Apa aku nak jawap andai solatku pun terumbang ambing? Bekalanku pun tidak cukup untukku berbau syurga.

Aku rasa.. tiada guna hidup andai ibubapaku tidak redha,kan? Aku nak jadi anak yang soleh! Siapa tak nak jadi anak yang soleh? Lebih-lebih lagi aku anak  lelaki. Hubungan anak lelaki dan ibubapa tidak akan putus..Betul kan?

Aku risau..aku takut andai tempatku kelak adalah NERAKA! Aku ingat balik kesalahanku.. Aku tekad malam ini aku akan minta maaf. Dan bila dah mula cuti akan menghabiskan masaku di masjid. InsyAllah.

Aku nak berubah! Aku nak berubah! Tambahan pula pada bulan Zulhijjah. Elok sesangat la hendak bertaubat. Berzikir dan bertakbir.

Hidup sebagai seorang muslim begitu indah. Memang indah! Apabila mendengar kisah sahabat Nabi membuatkan semangatku bangkit untuk menyebarkan Islam. Alangkan indahnya imanku sekuat iman sahabat Nabi. Adakah sudah terlewat buatku? Aku kini di dunia akhir zaman.. Pernah ku dengar orang yang tinggal di akhir zaman ialah seburuk buruk umat. Ye ke? Wallahualam.

InsyAllah. Demi Allah dan rasulnya. Aku akan pastikan diri ini akan berubah lebih baik. Dengan itu, saya Amirull Izzat memohon jasa anda semua,rakan-rakan tolong doakan saya jadi anak yang soleh serta taat pada kedua ibubapanya  serta doakanku diberi hidayah oleh Allah dan tolong sedekahkan al-fatihah kepada aku kelak..andai maut datang menjemputku. Amiin.


Doa orang yang jauh lebih afdal. InsyaAllah... Assalamualaikum!

jom baca lagi

Dunia Sains Dan Teknologi Subjek Terbaru Murid Tahun Satu 2011|Info

Pada tahun hadapan,mata pelajaran baru, Dunia Sains dan Teknologi akan diperkenalkan bagi murid Tahun Satu untuk menggantikan subjek Sains di bawah Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR).  Bunyinya menarik.

Sedikit info tentang subjek Dunia Sains Dan Teknologi:

1. Mata pelajaran baru itu akan memberi pendedahan kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) secara praktikal atau `hands-on’

2. Murid Tahun Satu akan mempelajari asas sains hayat, sains fizikal dan sains bahan yang diberi penilaian berasaskan sekolah melalui kaedah pemerhatian secara berterusan serta pelbagai pendekatan meliputi secara bertulis dan projek ditentukan guru. 

3. Pada dua minggu pertama, murid akan mempelajari Microsoft Word, diikuti Microsoft Power Point pada minggu ketiga dan keempat, manakala minggu kelima dan keenam pula didedahkan kepada Painting.

4. Penguasaan kemahiran ICT ini tidak akan dinilai sebagai subjek peperiksaan, sebaliknya didedahkan kepada murid Tahun Satu sebagai menyuntik nilai tambah dari segi kreativiti dan inovasi.

5. Sains hayat akan mendedahkan murid Tahun Satu kepada pembelajaran objek hidup seperti manusia, haiwan dan tumbuh-tumbuhan, manakala sains fizikal berkaitan semua jenis deria, dan sains bahan pula membabitkan teknologi serta kehidupan lestari yang merangkumi cipta bahan dan reka bentuk. 

6. Pengajaran subjek Dunia Sains dan Teknologi untuk murid Tahun Satu ini membabitkan dua waktu seminggu di mana mereka akan banyak terdedah kepada proses pembelajaran menyeronokkan menerusi kaedah inkuiri, iaitu secara dapatan dan penemuan menarik.

****

Bunyi tampak menarik dan memang menarik kerana mendedahkan murid tentang ICT dengan lebih banyak. Jangan pula jadikan murid-murid ini bahan kajian. Dan jangan pula subjek ini seperti hangat-hangat tahi ayam seperti subjek Alam & Manusia ketika dahulu? Apa yang perlu dilakukan. Buatlah kajian terperinci. Buat kajian habis-habisan adakah subjek ini benar-benar memberi manfaat?

Tetapi, lagi bagus adakan subjek yang meningkatkan akhlak mereka. Lagi baik dan bagus. Akhlak terpuji orang pun suka.

Berikut pula adalah komen/respon mereka tentang subjek Dunia Sians Dan Teknologi.

"saya hanya nak menyuarakan pendpt...dewasa ini, kta mlihat ank2 kni bukannya buta IT mahupun sains tapi...akhlak..mengapa tidak pelajaran akhlak itu sndiri diketengahkan baik dari segi teori mahupun praktikal...kerna brmulanya ketmudan mnusia itu sndri drpda ketinggian akhlak...tidak dnafikn tknologi dan sains pnting..tpi pling kurang pun biarla ianya diselaraskan mlalui pendekatan akhlak yang baik dan brmanfaat.hrp dberi prhatian.tq"-uwaisy

"syabas dan tahniah sy ucapkan kpd KPM kerana cuba memperkenalkan subjek baru kepada pelajar tahun satu,namun begitu ia perlu dikaji kembali sejauh mana keberkesanan jangka masa panjang kelak? perlu juga dilihat dari segi kemudahan? adakah cukup utk semua sekolah di bandar mahupun di pedalaman, adakah guru yg dilatih itu, mempunyai kemahiran yg cukup??? kesimpulannya wajar dikaji dgn teperinci. terima itu hanya pandangan saya." Reduan Daud.


jom baca lagi