Aku Gian Benda Ni Beb!

Saat aku keseorangan di dalam bilik. Aku rasa kebosanan yang teramat sangat menusuk-menusuk lobang hidungku sehingga sampai ke otakku lalu mengalir ke saluran darahku lalu bertukarlah aku menjadi suuperrrrrrrrr power!! (minumlah kopi super power untuk cergas malam).



Tak boleh tahan dah..aku dah gian. Sekali terjebak. Akan selamanya terjebak. Sebelum ini tak pernah pula gian macam nie. Semakin hari semakin menjadi. Kalau ada duit sikit je, aku akan pergi ke kedai beli benda ni. Kalau tak beli dalam masa seminggu, aku kena beli jugak. Tak kiralah guna duit apa pun janji halal. Sebab itu duit sekolah sentiasa habis akan benda alah ni.

Mana boleh tahan beb. Kalau sudah gian, apa pun kita akan lakukan. Aku rasa korang pun mesti akan memandang jelek terhadap aku selepas membacanya. Hendak buat mana, sekali terjebak..ok lagi. Bila sudah dua kali aku beli benda ni. Berkali kali terjebak..Gian beb!

Hurm..aku tahu korang akan pandang hina aku sebab aku gian akan benda ni... Huhu..

Sukahati korang lah hendak menilai aku kerana siapalah aku ini hanya insan yang lemah. Benda ni selalunya lanun yang jual. Aku amik yang pirate punya. Manalah ada duit hendak beli yang original. Mahal...dengan duit RM5 itulah aku teruskan jua. Kadang-kadang terfikir juga hendak berhenti membeli DVD cetak rompak ini namun apakan daya, pergi ke wayang mak kata "Tak Boleh!". Jadi, aku ambil inisiatif dengan membelinya dengan lanun cetak rompak atau pun dengan muaturun saja.


 Sekarang ini memang ketagih habis la. Baru sahaja habis muaturun filem Hantu Kak Limah,Magika, Means Girls dan macam-macam lagi. Hendak kira DVD kat rumah? Berlambak. Kalau aku jual, ada yang nak beli tak? Hehehehe!

Kalau pengedar DVD original sanggup jual murah. Dah lama dah aku beli...kan? kan?
sumber gambar: google.

17 comments:

Fariehan Ibrahim berkata...

LOL! bkn ko saje yg gian, rmai ag mmg gian. haha! xD
lame aku xlyn muvie. nice2!

muhammad iqbal hakimi bin tahir berkata...

haha..ingat ape la td mir..bahaya kena bendung ni =P

sabihah berkata...

hai..gegege..sy bru aje pas tgk cte hantu kak limah 2 td..
tgk yg ddload jgk..neway i got sumtim to ask u..

aemynadira berkata...

haha..suspen.. :P

Amir Izzat berkata...

@FariehanIbrahim [LBC].huh? ye ke? hahaha! Bagus lah. Ada gak geng seperti amir.. hehe

Amir Izzat berkata...

@iqbalhakimi.laa..ko ingat ak gian benda lain ke? Haha! Benda ni la.. itu la. Ada duit sikit..beli dvd.sekarang ni main download je sejak jumpa website tu..hehe..

Amir Izzat berkata...

@sabihah. hai..best kan? gelak sampai putus urat kentut.. haha.

hurm, nak tanya apa? sila lah bertanya.

Amir Izzat berkata...

@Aemy Shamy..hehe. sekali skala bah...

p/s: terima kasih semua yg sudi komen mengomen di sini.

sabihah berkata...

@Amir Izzat
mmg pom..erm nk nie..cmne nk buat header 2??nk edit cmne??confuse lah dgn tutorial yg ade..hope u can teach me..

Amir Izzat berkata...

@sabihah.hurm, macam mana? aduh. ok. awk buat header tu ikut tutorial mana. guna software ataupun online??? sy kena tahu. Lagipun, nak buat header ni ikut kreativiti kita lah. hehe..

dan..part mana yg confius tu?

wanie m'nJ berkata...

beli je yg cetak rompak pny.murah pun murah.plus,bleh masuk je kat laptop..jimat kos!!hahaha

akubiomed berkata...

Hati-hati sediakan link untuk download tak pasal kena saman nanti

tengkorakemas berkata...

sudah 2minggu 3 hari tak beli dvd..ko agak bagaimana aku rasa?...+_+

Amir Izzat berkata...

@wanie m'nJ.hehe.. itu la yang selalu dilakukan. sekarang sudah jimat duit dengan mendownload je. hehe

Amir Izzat berkata...

@akubiomed. terima kasih bang. sudah buang..hehe. takut gak kena saman.

Amir Izzat berkata...

@tengkorakemas. aku dapat rasa ko ketagih giler..betul tak? haha...memang rasa ketagih kalau tak tengok movie ni..kan? kan??

terseksa x? hahaha

Blog Tuan Hamba berkata...

aslkm. boleh berkenalan di Face book ke? Saya "hasan ibrahim"

Catat Ulasan

Awak komen je dengan ikhlas. Tak paksa pun. Amir pun tak pasti dapat ke tidak balas komen tu. Sibuk gilak-gilak bah! Ko guano gu? Bereh??