KUALA LUMPUR 30 Sept — Kira-kira 800,000 peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang mempunyai baki bagi pinjaman selepas 1 Jun 2008 dan masih membayar caj pentadbiran tiga peratus akan ditawarkan pembiayaan pendidikan berlandaskan syariah berkonsepkan Ujrah (pembayaran) satu peratus.
Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata tawaran itu tidak termasuk peminjam yang tamat tempoh jadual bayaran balik sebelum 1 Jun 2008, dan peminjam yang dikenakan tindakan saman.
Beliau membuat penjelasan itu selepas beberapa peminjam PTPTN dilaporkan merungut apabila ada antara mereka yang masih menanggung kos pentadbiran tiga peratus walaupun kerajaan mengumumkan penurunan kos itu kepada satu peratus, kira-kira dua tahun lepas.
"Seramai 300,000 pelajar yang mempunyai lebih dari satu pinjaman pula akan ditawarkan dengan pembiayaan ini secara berperingkat-peringkat,” katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas Majlis Penganugerahan Pelepasan Pelajar Kelas Pertama Peminjam PTPTN dan Majlis Bersama Media di sini hari ini.
Katanya, walaupun pengurangan caj itu diumumkan pada 2008, namun masih ada yang membayar caj tiga peratus akibat kekangan sistem sedia ada yang memerlukan penambahbaikan serta semakan terperinci setiap akaun yang perlu dibuat bagi mengelak kesilapan.
Khaled berkata pengurusan data yang membabitkan hampir 1.4 juta pinjaman yang layak menikmati pengurangan caj tersebut sebelum ini tertangguh selama hampir dua tahun, dan beliau menjangka semua urusan itu akan diselesai pada pertengahan tahun depan. — Bernama
******
Caj pentadbiran PTPTN sudah diturunkan kepada satu peratus. Apa tunggu lagi kawan? Bayarlah! Selepas ini,harap tiada rungutan seperti sebelum ini. Hutang tetap hutang.
8 comments:
dni lom habis bayo lagi ptptn hehe
err..tak bayar lagi ptptn..
Pendapat anda?
First time makan laksa johor
hutang wajib dibayar
yang aku tak pasti, adakah kerajaan wajib sediakan peluang pekerjaan untuk rakyat
...betul tak pasti
aku berhutang ptptn dan masih belajar. hohoho
tak bayo lagi tak tau leee....
memang sangat bagus, kalau kurangkan kepada 0% lagi bagus
alhamdulillah ringan sket beban aku
Nasib baik aku tak berhutang dan berharap tidak akan berhutang..
New Entry ProfHariz
Siapa Maher Zain?
Catat Ulasan
Awak komen je dengan ikhlas. Tak paksa pun. Amir pun tak pasti dapat ke tidak balas komen tu. Sibuk gilak-gilak bah! Ko guano gu? Bereh??