I Dah Ubah Template Blog I.. No Pink...But Yellow.. Euuww....

Hye Guys... 

Malam tadi i rasa bosan la dengan blog i yang warna pink nie... Header pun nampak huduh semacam je. Thats why i tukar warna dan header blog i. I nak yang simple-simple. Tidak lah memeningkan kepala i yang berserabut dengan wayar-wayar nie..

U alls pernah tengok blog i warna pink? Tersangatlah gedik i nie kan.. Dah la i nie lelaki..ada ke patut blog warna pink? Macam NYAH la kan.. Euuwww! I bukan nyah ye.. I masih lelaki sejati.. Tidak percaya..Meh i tunjuk kat u alls buktinya..

Aik! U alls nak tengok ke? Ternyata u alls nie otak kuning. Ahaks. Ops! Sorry.. Hey,i nak tanya nie.. Cun tak blog i. Malas lah i nak letak gambar disini...U alls boleh tengok ngan biji mata u alss sendiri. kan?

Sila la kutuk blog i hina dina ni. I merendah diri je. Kalau i bermegah diri. Nanti ada NYAH yang tak suka. Tak mahu lah i ada musuh. Ahaks.

Apa komen u alls? Ok dah ke?  Warna yellow..Kemas kan? Header pun simple.. Tagline baru nyaaah...

"Akan ku membebel sampai termuntah..." siap la u alls dengar bebelan i. Oh ya! Background i je pink..Yang lain tidak ada unsur pink.

I malas nak guna warna pink nie..nanti ada girls cakap i tiru blog diorang. Nanti,wujudlah pulak " Kami Anti Lelaki Pinky" Naya i... Haha!

Baiklah...I dah rasa bersemangat nak membebel nie..I ada banyak benda nak bebel.. Terpulang kepada u alls je nak dengar bebebalan i nie..Kalau kasi pedas,takut ada yang marah.

Baiklah..Sudah lebih-lebih plak i nie...Gedik kan? Ok lah nyaaah... Yang penting u alls komen  my blog. Orait????

Nota: Whats wrong wif me????????????????? Argh!
jom baca lagi

Petua| Rahsia Subur Dan Gebu Maizawati | Amalan Berpantang


Anda ingin tubuh yang gedu? Subur ? Cantik dan menawan seperti Maizawati? Tetapi siapakah Maizawati ini?


Maizawati Zainal, 35, yang namanya tersohor dek kontroversi dengan bekas suaminya, Akhil Hayy, mengamalkan enam petua bagi melengkapkan impiannya menjadi wanita ‘sempurna’ di mata lelaki. 

Sebenarnya,untuk mendapatkan tubuh yang gebu ini bukannya datang bergolek. Apa yang dilakukan oleh Maizawati Zainal ini adalah dengan mengamalkan amalan berpantang.

Yah! Pasti setiap wanita ingin mendapatkan tubuh badan yang cantik. Namun,usaha tangga kejayaan. Sabar itu perlu. Jangan guna jalan yang mudah.

Lagipun,setiap wanita ada kelebihannya. Semua orang ingin tubuh yang cantik. Kenapa? Anda sendiri tahu. Sebagai daya penarik. Buat siapa? Buat suami,mungkin. Buat teman lelaki? Alamak! Itu sudah jadi kes lain.

Diingatkan disini,bersyukurlah apa yang ada. Ada sesetengah orang sanggup berhabis duit untuk mendapatkan tubuh yang yang cantik. Dan sanggup jumpa bomoh,dukun dan sebagainya.

Apa yang penting,tubuh badan yang asli lebih menarik daripada yang dibuat(selepas dibedah). Barang asli baik punya. Hehe!

Alamak! Jadi pakar wanita lah pula Amir hari ini. Tidak apa,sekadar berkongsi maklumat untuk tatapan kakak kakak,makcik makcik yang menyinggah di blog Amir ini.

Lain kali Amir akan berkongsi lagi. 

Petua Maizawati.

1. Amalkan berpantang
2. Amalkan makan makanan panas
3. Makan jamu serbuk
4. Minum air akar kayu
5. Elakkan minum ais dan minuman berkarbonat selama setahun
6. Minum madu setiap pagi dan malam

Itu lah sebahagian petuanya. Kalau anda ingin membaca laporan penuh. Sila ke sini.

jom baca lagi

Keputusan Piala Malaysia 2010| Kelantan Juara Piala Malaysia 2010!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Tiada apa yang hendak ku katakan selain kegembiraan ini!!! YEay!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! Kelantan telah mencipta sejarah apabila memenangi Piala Malaysia. Ini satu kebanggaan bagi rakyat Kelantan!

Tidak sia-sia mereka yang datang ke stadium. 

Kali ini tiada pergaduhan.

Tiada perbalahan.

Tiada bakar stadium...

Oleh penyokong Kelantan..

Yang pasti...penyokong Negeri Sembilan terduduk diam.

Sudah ku bilang pada entri lepas. Pisang tidak akan berbuah dua kali.

Syukur kehadrat ilahi..Terima kasih Allah..... Masanya akan tiba apabila Allah kehendaki..

Tidak ada kata-kata yang panjang..Hanya secebis kegembiraan.



Nota: Tidak puas hati dengan pengulas sukan sahaja!
jom baca lagi

Update Piala Malaysia: 1 Gol Untuk Negeri Sembilan

Goal!!!!!!!!!!!!!!!!!!! Nampaknya negeri sembilan telah mendapat satu gol hasil sepakan penalti yang disempurnakan oleh Shahrul Ain.... Perlawanan kali ini agak menarik!!!


Sepakan penalti diberikan kerana penjaga gol Kelantan bertindak agak kasar sedikit. Terima kasih. Nantikan update semasa.
jom baca lagi

Ternyata Kelantan Menjadi Juara Piala Malaysia| Negeri Sembilan Berputih Mata| Pisang Tidak Akan Berbuah Dua Kali

Sudah terang lagi bersuluh.

Perlawanan yang sungguh sengit. Pada babak pertama,seperti biasa. Kelantan hanya bermain secara bertahan. Lain pula dengan Negeri Sembilan. Gerakan yang dilakukan begitu pantas sekali namun masih belum mampu membolos pertahanan Kelantan.

Pada babak pertama,kedua-kedua pasukan bermain dengan berhati namun perlawanan masih tampak menarik. Cuba yang kurang menariknya ialah,pengulas sukan. Iya,pengulas sukan yang agak kurang sihat pada hemat saya.

Kesalahan yang dilakukan oleh pengulas sukan.

1. Tersalah sebut nama pemain.
2. Macam tidak ada semangat.
3. Cakap entah papa.
4. Tidak menyemarakkan lagi perlawanan. Layu..

Itulah sebahagian pendapat saya. Baiklah.

Pada babak kedua pula,Kelantan mendahului Negeri Sembilan dengan jaringan pada minit 60 yang disempurnakan oleh Akmal Rizal. Sungguh bergaya sekali. Namun,Negeri Sembilan tidak berputus asa. Mengasak dan terus mengasak. Namun,apakan daya.

Kelantan menambah satu lagi gol dan musnahlah harapan Negeri Sembilan. "Pisang tidak akan berbuah dua kali".

Setakat ini saja laporan saya. Perlawanan masih berbaki 90 minit. Terima kasih.

Nota: Harapanku Kelantan menjulang Piala Malaysia.. Gomo Kelate Gomo.
jom baca lagi

"Makcik! Ini Lisa Surihani,Bukan Liza Surihani"

Waktu: Selepas Asar
Tempat: Emart Matang Jaya (pasaraya)
Lokasi: Kedai DVD Cetak Rompak. (ahaks)

Petang tadi,selepas menolong cikgu Dayang mengupas bawang di bengkel masakan. Aku terus pulang kerana hari pun sudah lewat. Tidak bagus anak jantan pulang ke rumah lewat sangat. Kalau anak perempuan? Itu bapak dia tanggunglah...

"Hurm..kalau balik rumah bosan..bagus aku pergi ke Emart cari DVD Cuti-Cuti Cinta." getus hatiku...Nasi lemak Nora Danish 50 sen je bro.

Setibanya aku di Emart. Cari parking motorsikal dahulu..

" Alamak! Parking motorsikal kat depan Emart dah penuh ar.." Hurm..entah mengapa hari ini begitu ramai orang di Emar. Penuh parking. Lantas,aku pun mencari parking di belakang sahaja. Letak motorsikal. Tutup sius dan terus berjalan ke tempat DVD haram itu dijual.

Bila aku sampai situ,aku cari la dulu 3 Idiots. tetapi tidak ada. Cuti-cuti Cinta pun tidak ada. Dan.......(bermulalah kisahnya...) Datanglah seorang makcik nie...


"Man..cuba kau tengok CD nie..Liza ada berlakon lah.." tunjuk makcik itu kepada anaknya(mungkin) ke arah DVD Lagenda Budak Setan.

"Liza? Liza mana pulak nie... Biar betik makcik nie?" ngomel aku. Aku sangka telinga aku yang bermasalah. Tetapi..makcik tue sebut lagi..

" Lagenda Budak Setan..Liza berlakon memang best." macam ini kot dialongnya..

Huh? Memang tak salah. Thats makcik is something was goes wrong. Ahaks. Hendak saja ku katakan.

"Makcik...Nie bukan Liza Surihani tetapi Lisa Surihani... Diulangi..LISA SURIHANI..." Sambil menjerit.. Ahaks. Aku rasa makcik itu pulak yang cop aku gila. Ahaks.



Iya la kan..Liza and Lisa is two different. Tidak sama..Liza mana lah makcik nie hentam.. Ahaks...


Nota: Makcik makcik pun minat  Lisa Surihani tau.....Haha!
jom baca lagi

Rasa malas je nak berblog..Minggu depan exam..tension weyh....

Aku rasa aku nak berhenti berblog lah...Entah ngape...tak syok berblog nie.. Eh! Tak mahu berhenti berblog..cuma aku nak berhenti dari mengikut kehendak entri di pasaran...Blog aku sukati aku ar..Aku nak buat apa kan....

Jadi,di saat ini....ini sahajalah yang aku nak cakap....Ahaks

Bosannya saat ini... 

"Argh! Meme bose tahap nok mapuh doh ni.." gilo palo.

Sometimes i feel give up with my blog..Sometimes i enjoyed it..Entah la..Perasaan ini berubah-berubah..Maybe aku ini jenis yang malas menaip. That's why mood untuk berblog itu kadang-kadang ke laut. Haha.

Korang juga seorang blogger? Mesti korang pernah rasa apa yang aku rasa? Give up and frustrated. With what? Entah laaa...

Actuallt,next week i have exams...Final exams... or peperiksaan akhir tahun. Very important.  I want challenge the best student form4 in my school but.. i think thats just a dream laa.. Haha..Berangan je lebih...

Aik,apsal speaking nie? Dah la broken? Hurm..broken ka? I dont think so.. Okay kan? Just im sure with my grammar.. Haha.. And also with my pronounce.. (salah eja tak?)

Okay lah..time already gone..(erk?) So,i have to dengar lagu..Layan jiwang sekali...Hehe.. Sambil layan jiwang sambil mengenang nasib diri yang tak ada aweks. Toink2..

Argh! Susah hidup berseorangan ini.. Okay lah... farewell..... Hehe
jom baca lagi

Lagu|Video| Semangat Anak Kelantan



Bo Lawe Staro Demo "Gomo Kelate Gomo"
Bo main staro demo "Gomo Kelate Gomo"
Bo meney staro demo "Gomo Kelate Gomo"
Semangat anak Kelate
Kena bringat lah gu lawe

Semangat Tok Janggut
Dalam darah Kelate
Berani sikit tak takut
Kalu jumpa gu lawe

Bako molek hitam pun comey
Tidak debek gagah handalan
Semangat anak kelate
Kena beringat Negeri Sembilan..

Bo Lawe Staro Demo "Gomo Kelate Gomo"
Bo main staro demo "Gomo Kelate Gomo"
Bo meney staro demo "Gomo Kelate Gomo"
Semangat anak Kelate
Kena bringat lah gu lawe

Semangat Tok Janggut
Dalam darah Kelate
Berani sikit tak takut
Kalu jumpa gu lawe

Bako molek hitam pun comey
Tidak debek gagah handalan
Semangat anak kelate
Kena beringat Negeri Sembilan..

jom baca lagi

Kerana Wajah Engkau

Aku terpaku...terpesona ketika melihat wajahmu...Namun tidaklah seghairah aku melihatmu buat kali pertama..

Wajahmu persis bab Puteri Gunung Ledang. Walaupun wajah sebenar Puteri Gunung Ledang itu tidak pernah ku tatapi namun wajah engkau mungkin setanding..

Bila hati engkau berbicara,luluhnya hatiku.Mula lah,timbul perasaan sayang..kasih dan mungkin cinta. Tetapi..apabila aku tahu kau hanyalah bersandiwara di sebalik wajahmu itu..Di sebalik tulisanmu itu.. 

Sungguh pedih rasanya..Bagaikan ditusuk berkali-kali.. "Argh! Kerna wajahmu aku tergoda...."

Di sebalik rasa cintanya aku terhadapmu.. Aku mula ingin mula mengenalimu.. Tetapi alangkah malangnya nasibku bahawa engkau tidak tidak wujud di alam nyata.

"Oh kekasih. Apakah sandiwara yang engkau mainkan?"

Dirimu bagaikan mimpi..Apabila terjaga..hilanglah ia. Apabila di gamati balik..susah untuk diingati...

Cintaku padamu mungkin seperti pasir di lautan..Pabila datangnya ombak..Terus membawa cinta ini bersamanya...

Selama ini..Aku terpaut akan bicaramu...

"Ah! Sungguh indah tutur bicaramu.."

Aku terpaut bukan kerana wajah..Tetapi kerana hati..

"Ya! Kerna hati..."

Andai aku terpaut kerna wajah... Andai suatu hati nanti..Wajahmu itu bukan milikmu? Apakah yang akan terjadi terhadapku??

"Argh! Pedihnya hati...sentapnya jiwa!"

Aku rela andai tidak tidak mengenali wajahmu..Aku rela andai cintaku berpaksi kerna tintamu...Biarkanlah aku hanyut dalam gelora cinta bayanganku....


*****

Selamat tinggal pada kenangan..Selamat tinggal pada kenangan..Terima kasih...Aku ucapkan untuk percintaan ini....


jom baca lagi

Aku Ingin Berjiwang..Oh Perempuan..Adakah Dikau Akan Tergoda Dengan Ayatku Ini??

Tempat: Dalam dewan sekolah.
Aktiviti: Mendengar ceramah.
Perasaan: Bosan.
Tangan: Sedang menulis....

Ku capai kertas....

" Di saat ini aku keseorang...bertemankan bulan mengambang...Hati..semakin sayu..Jiwa...menjadi kosong.."

Selepas itu ada seorang kawanku bernama Ivienie merampas aku punya kertas dan memberikan kepada Chairiez( gadis idaman ku..)

Chairiez balas..

"Sejak dari dulu aku mencintaimu..kau tahu begitu..Namun kau berpura..Kau masih ku ingat..Kau peluk diriku.. Tidak ku cinta selain dirimu..."

Aku membalas..

"Aku tahu kau menyintaiku.. Namun kau penuh kepura puraaan..Kau..berpaling dariku..Kau sisihkan aku.. Aku mengerti cintamu hanyalah seperti pasir di pantai.."

Lantas ku memberikan kertas itu kepadanya.

"Maafkan lah aku... sekiranya aku meyisihkan mu..Bukan kerna aku tak punya rasa cinta.. Kerna..Suatu hari nanti engkau pasti akan mengerti.."


Last word...

"Terima kasih atas penantian itu.. Akan ku hargai sampai bila-bila.. Walau hanya sekejap sahaja di hatiku..Namun ku rasakan betapa indahnya...Cerita cinta kita..."


****

Tamatlah sudah cerita cinta kami..Andai lah anda seorang perempuan...Adakah dikau akan terpikat????

Argh! Mana janji manismu..mencintaiku sampai mati......

Nota: Bercinta itu indah.. Ber"bunting" itu menyeksakan...


jom baca lagi

Kartun Cute Bunny| Permulaan Adobe Illustrator.


Software: Adobe Photoshop Illustrator CS5.
Masa diambil: Setengah jam.
Belajar dari sini.

Ulasan:

Selepas mempelajarinya tadi. Aku terus membuatnya.. (Sila tekan 'sini' di atas untuk belajar tutorialnya). Memang susah hendak membuat kartun ini. Susahnya bukan apa sebab aku belum mengenali tools yang ada pada Adobe Illustrator.

Diriku bagai rusa masuk kampung..Sesat jalan beb.. Walau bagaimanapun,inilah yang termampu aku lakukan.  Nak buat dia punya mata itu susah. Yang lain senang kot..Tetapi mengambil masa yang agak lama.

Komen anda:

Apa komen anda tentang kartun yang saya buat ini? Adakah mencuit hati? Hehe! Adakah sudah boleh dibuat wallpaper? Cuba copy dan setkan sebagai destkop anda. Tentu menarik! 

Nota: Mengorak langkah menjadi designer jalanan..(kucar kacir sekarang nie..Ahaks)
jom baca lagi

Sila Komen Banner Ini.. Okay Ke Tidak? Plizz.......


Hari tue cikgu suruh buat banner.. Sebenarnya aku pun kurang jelas banner pasal apa..Pasal benda nie kot..Jadi,aku cuba buat ikut imaginasi aku.. Gambar cilok dari Google... Cuba lihat...

Yang nie kureng kot.. 
Aku rasa yang nie cantik di mataku...
Macam mana brader? Ada harapan nak memang anugerah tak? Ahaks.. Okey ke tidak? Banner nie baru je testing... Sila la beri pandangan anda..Terutamanya yang dah lama berjinak dengan Adobe Photoshop..Aku nie baru saja nak menceburi bidang design..tetapi ikut imaginasi sendiri lah.

Sebenarnya banyak lagi yang perlu dipelajari..Memang pening habis..Namun,aku akan luangkan masa untuk mempelajarinya..Hehe! Sejak kebelangan ini,jiwa aku minat betul dengan photorgraphy dan mendesign design nie... Hajat nie hati nak sambung minat ini dekat  Universiti lah...

Baiklah..Panjang pula bebelan padahal nak mintak tolong kutuk komen je.. Jangan segan-segan bagi pendapat....

Kalau rasa design ini bagus dan kemas.. Silalah buat tempahan.. RM50. Harga boleh runding lagi.. Amacam? Mesti korang jawap cekik darah...Kih3
jom baca lagi

Youtube|Video Gol Kemenangan Kelantan Yang Membawa Ke Final.

Ha,korang ada tengok perlawanan Kelantan- Kedah? Kalau tidak ada. Mari kita lihat video kemenangan Kelantan. Kedah tidak ada gol. Hehe!.
jom baca lagi

Keputusan Separuh Akhir Piala Malaysia|Kelantan Dan Negeri Sembilan Mara Ke Final

url Berita Harian.


Keputusan Separuh Akhir Piala Malaysia

Kelantan 1, Kedah 0.

Negeri Sembilan 2, Johor FC 0

****

Jadi, Kelantan dan Negeri Sembilan akan mara ke perlawanan akhir. Semoga kedua dua pasuka memberikan persembahan yang terbaik. Bagi yang kalah..Lain kali cuba lagi.

Oh ya! Tadi saya lihat di kaca tv.. Jurulatih Johor FC kelihatan agak tidak berpuas hati. Marah nampak..Katanya tidak berpuas hati dengan mutu pengadilan. Erk? Selepas ini pasti akan ada kontroversi.

Terima kasih! Terima Kasih! Terima kasih!
jom baca lagi

Oh Idea..Datanglah Cepat!

Tempat: Di sekolah berhampiran blog pentadbiran.
Waktu: Awal pagi.

"Mirull..datang sini kejap.." panggil cikgu Armanizam.

"Ada apa cikgu?" soal saya.

" Nie ha..saya nak suruh awak buat banner untuk setiap kursus... Ada kertas tak?" jawap cikgu..

Lantas aku pun mengambil sehelai kertas dan memberikan kepada cikgu. Serta merta cikgu pun melukis lakaran banner itu.

"Oh...macam nie ke cikgu? Okeyh..Saya akan buat yang terbaik...." Selepas cikgu melakar banner itu..aku pun beredar.

******

Tempat: Dalam bilik di rumah ku..
Waktu: 4 petang.

Balik rumah...letak bag ..Aku terus mencari laptop ku. On kan dahulu. Selepas itu,bukak Adobe Photoshop CS5.

Hurm...aku berhenti sejenak... 

"Aduh...macam mana nak buat nie.....no idea..." keluh ku...

Yup,aku memang tidak ada idea... Tanpa membuang masa.. Aku cuba mempelajari tutorial di google. Tetapi belum sempat mencubanya..

Banner ini aku dapat buat cuma yang menjadikan ia susah sedikit. Aku tidak pandai mengabungkan gambar. Itu yang susah..Ditambah pula dengan kelembapan laptop ku ini..menjadikan aku geram.

Tetapi tidak apa. Aku sudah ada idea cuma tidak diterjemahkan lagi dalam bentuk gambar. Nantikan saja...

Nota: Kena belajar lagi nie. Design Tengkorak Emas memang best!
jom baca lagi

Jom Kita Ramas Mesra Dengan Blogger Keyrill Eduardo Willeyhem

Hai! Bertemu lagi dengan Amir Izzat di blog Pembebel Jalanan. Terima kasih kerana sudi menyinggah atau tersesat masuk di blog ini. InsyaAllah...setiap hasil tulisan akan dimantapkan setiap hari dengan sedaya upaya supaya korang(pembaca) tidak rasa mengantuk ketika membacanya.

Baiklah.. Kali ini aku nak mempernalkan dengan korang seorang blogger yang baru. Siapa namanya? Keyrill Eduardo Willeyhem.

Korang tahu tak macam mana Keyrill ini boleh terjebak ke kancah blogging? Ha..Sebenarnya aku yang paksa dia. Ahaks. Amacam? Jahat tak aku? Ya la kan..Kalau tidak dipaksa,dia pasti tidak mahu.


" Amir..best jugak berblogging nie..." ucap Keyrill padaku satu ketika dulu.

Lihat..Sekarang dia dah enjoy berblogging. Nikmat berblogging senikmat malam pertama sudah dirasainya.. Jadi,buat apa berpatah balik.

Keyrill...kadang-kadang dia selalu patah hati dengan blog nie.. Tapi aku cakap. Kau kena sabar..Nanti kau akan dapat hasilnya.. Keyrill nie jugak rakan sekelas aku... Memang gila lah... Nak tahu tak....

Bila dalam kelas....

" Apa khabar bro... macam mana blog ? Ok tak?" tanya ku...

" Okay je..kau ajar la aku...bla..bla..bla..."

Haha..memang perbualan seharian lah pasal blog..

Ingat lagi aku...

"Amir...Tengkorak Emas bagi aku award la..kau ada terima gak kan?" tanya Keyrill..

" Ha,ada..kau tak tahu..Tengkorak Emas itu baik,friendly...bla..bla..." puji ku...

Baiklah..Jom kita pi ramas Keyrill Eduardo Willeyhem habis habisan... Kenali seorang blogger melalui hatinya..erk?

Nota: Kan bagus kalau semua orang dalam kelas aku ada blog..Haha! Mimpilah...


jom baca lagi

Gambar Bunga Yang Mekar |Adobe Lightroom 3| Edit By Me| Sila Komen!

Assalamualaikum!

Hai everybody..Okeyh.. Just now saya dah beli dvd Adobe Lightroom 3 atas permintaan rakan. Actaully,saya sebenarnya nak beli juga. Alang-alang kawan pun nak jugak. Dia bagi RM10 to me at school tadi. So,saya beli lah. Murah saja..Dengan harga RM8. Berbaloi bukan? Lanun punya cd..Ahaks.

After 20 minutes install Adobe Lightroom 3. Saya pun cuba untuk mengedit gambar ini. Jom lihat hasilnya.





Gambar nie sebelum diedit.. Canon D90. By Arman Mohd.




Tada...See..Cantik tak? Better than sebelum diedit..Okeyh...Apa yang saya nak minta disini ialah komen anda pada gambar pertama dan komen anda pada gambar kedua. Itu sahaja.....


Amir Izzat| the next photographer.
jom baca lagi

Perlawanan Antara Kelantan Dengan Kedah. Aku Nak Layan Kejap.

alamak! Aku terlupa pula.... harini ada perlawanan penting... Jadi,aku nak tengok lah kejap perlawanan antara Kelantan dan Kedah.. Dah masuk separuh masa kedua nie... Nasib baik terbaca entri blog Joe..kalau tidak,hanyut lah aku di dunia facebook. Haha... Layan!
jom baca lagi

Pelajar Sekolah Teknik/Vokasional Tidak Akan Menggunakan Baju Sekolah Bermula Tahun Hadapan|2011

Menurut sumber yang diperolehi daripada guru saya sendiri iaitu PK HEM. PK HEM dalam ceramahnya pada perhimpunan pagi sekolah tadi mengatakan bahawa bermula tahun hadapan. Kami,pelajar aliran vokasional tidak akan menggunakan baju sekolah lagi.

Pertukaran daripada menggunakan baju sekolah ini amat bagus sekali kerana

1. Pelajar tidak perlu menseterika baru sekolah pada sebelah malam dan pagi lagi.
2. Memudahkan pelajar menukar ke pakaian bengkel. 
3. Membezakan pelajar aliran teknik dan vokasional daripada pelajar sekolah biasa.
4. Kami kelihatan istimewa.

PK HEM mengatakan juga mengatakan bahawa baju berkenaan berwarna oren. Oren? Kenapa oren? Kerana semua kilang sudah menggunakan warna lain. Entah la.. Saya pun tidak pasti mengapa. Baju berwarna oren. Seluar pula berwarna hitam. Cuba bayangkan..Tentu kelihatan lebih segak dan profesional. Baju itu pula seperti baju kilang rasanya. Mudah dipakai dan ditukar.

Berhubung perkara ini. Saya dan rakan -rakan amat gembira sekali dengan pelaksaan yang baru ini. Semoga pelajar aliran teknik dan vokasional tidak dipandang enteng kerana selama ini masyarakat memikirkan bahawa pelajar teknik dan vokasional adalah pelajar yang kurang bijak. Itu kenyataanya.

Bagaimana pula perasaan anda? Mesti gembira juga kan? 


jom baca lagi

FAM Denda Kelantan Dan Selangor RM115,000| Adil Ke?

KUALA LUMPUR 19 Okt. - Angkara sikap buruk penyokong pasukan Selangor dan Kelantan ketika perlawanan peringkat suku akhir di Stadium Shah Alam minggu lepas, kini dua pasukan tersebut terpaksa menanggung denda berjumlah RM115,000.


Itulah keputusan yang diperolehi melalui mesyuarat khas Jawatankuasa Pertandingan Tempatan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) sebentar tadi dan jumlah tersebut meliputi denda RM50,000 setiap pasukan serta kos kerugian RM15,000 yang perlu dikongsi kedua-dua pasukan akibat tindakan penyokong mereka.


******

RM115,000? Gila ke apa? Setiap pasukan RM50,000 FAM Nie denda tak adil lah. Kenapa tidak adil sebab denda yang dikenakan itu tidak musabah langsung? DIorang ambil duit ini nak buat apa? Cuba cakap wahai pihak FAM. Buat senarai harta benda yang perlu diganti.

Daripada pemerhatian saya..

1. FAM tidak adil. Lihatlah kes terdahulu,denda KAFA dengan jumlah yang melampau.
2. FAM pilih.. Tak usah dikatakan lagi..Memang pilih kasih. Nak bukti? Fikir sendiri.
3. FAM buta. Ya,buta sebab tidak melihat perkara yang memang benar walaupun sudah dibuktikan.

Pemerhatian ini hanyalah dari apa yang saya baca dari Utusan Malaysia serta tindakan FAM sendiri. Utusan? Ya,puak anda sendiri juga wahai FAM. Siapalah saya untuk menegur FAM. Maaf kalau fakta saya salah. Ia emosi.....



Saya hairan. FAM ambil duit ini untuk apa? Poket masing masing atau untuk pembangunan negara? Kalau benar,dimanakah hasilnya?  Tidak ada kan? Saya tahulah denda ini untuk membaiki kerosakan tetapi kadang kala tidak munasabah dek akal.

Oh ya! Kalau tanpa penyokong Kelantan. Tiket tidak akan habis. Stadium tidak akan penuh. Ha,pasal bergaduh. Kelantan sahaja ke yang salah? Adakah penyokong Kelantan bergaduh sesama sendiri? Mustahi. Mestilah diorang bergaduh dengan penyokong pasukan lain. Oit,tidak akan berbunyi kalau ditepuk sebelah tangan sahaja.


Siapa serang siapa??? Lihat sendiri..... Ada yang mati dipukul penyokong Selangor macam mana pula? Sejahat jahat penyokong Kelantan..Belum ada yang mati dibunuh..Tersalah masuk pintu gate..Penyokong Selangor terus menyerang? Gila ka apa? 

Ha,terlupa pula nak cakap. Siapalah saya untuk berkata -kata kerana saya hanyalah anak jati Kelantan yang hina dina..Kata kata dari anak Kelantan(saya) semua tidak betul. Percayalah..Semua ini tidak betul...yang betul adalah kata kata dari orang luar..(selain Kelantan)..

Nota: Huhu..... Emosi lebih sebab mereka ENGGO!
jom baca lagi

Aku Dilantik Menjadi Ketua Pengawas 2011

Aku telah dilantik menjadi Ketua Pengawas? Wow! Hati ini masih ragu ragu dan tidak percaya. Benarkah apa yang aku dengar daripada Cikgu J selaku PK HEM di sekolah ku..

Imbas kembali.....

Waktu: Selepas perhimpunan..Kira-kira 8 pagi.
Tempat: Bilik mesyuarat.

"Semua pengawas dikehendaki tunggu di bilik mensyuarat"umum pengerusi majlis.

Apabila dah berkumpul dan duduk di kerus masing-masing. Kami menunggu Cikgu Jamali atau PK HEM datang untuk memberi ucapan..

Diringkaskan cerita..Tibalah masanya untuk mengumumkan jawapan penting dalam perbadanan pengawas.

Jawatan;

1. Bendahari- Nur Ainon.
2. Setiausaha- Chai Szi Ching
3. Naib Penolong Pengawas- Fatin Farzana
4. Penolong Ketua Pengawas- Alan Chai...

Dan tibalah masanya untuk mengumumkan jawapan Ketua Pengawas..Jatuh kepada..........



Kita berehat sebentar..(tunggu iklan..)




Jatuh kepada Amirull Izzat. 

"Huh? Aku ke?" aku terkejut. Tidak sangka cikgu memberi kepercayaan kepadaku.. InsyaAllah aku akan pikul tanggungjawap ini sebaik mungkin.

Oh ya! Korang pernah jadi pengawas? Best tak? hehe!

Besar tanggungjawapnya..InsyaAllah.. Aku akan buat yang termampu..Dan menjalan tugas ini dengan amanah. Kadang-kadang bila jadi pengawas ini. Aku harus adil. Kawan tetap kawan. Tugas tetap tugas,kan?


Pemerhatian aku dengan pengawas senior.

1. Tidak menjalankan tugas dengan baik.

Bayangkanlah kalau senior buat dek apabila pelajar melakukan kesalahan. Inikan pula aku yang baru dilantik menjadi pengawas? Lain kali aku akan bertindak dengan tegas.

2. Tidak komited dengan tugas.

Entah la..Aku hairan dengan pengawas senior ini. Kenapa mereka hendak menjadi pengawas? Bayangkanlah tadi..Aku yang membaca doa TERPAKSA memikirkan doa sendiri kerana tiada seorang pun pengawas senior mengendalikan perhimpunan.

3. Sikap

Sikap pengawas senior sama saja dengan pelajar biasa. Itu silapnya. Pelajar buat salah tidak tegur.. Alah bisa tegal biasa. Apabila pelajar yang melakukan kesalahan ini tidak pernah di tegur. Dia mungkin berani untuk melakukannya lagi.

Tidak apa..Andai aku bersekolah ini hadapan. Aku akan bersihkan nama PENGAWAS..Biar kawan menjadi lawan.. Biar diri dibenci..Asalkan aku tidak ditanya di kubur kelak... Maafkan aku andai pengawas senior membaca tampalan ini tetapi itulah ku lihat. Aku mengerti bahawa setiap pengawas akan menjalankan tugas dengan baik. Hanya segelintir sahaja yang teruk namun itulah yg menjadi duri dalam daging. Maafkan daku..


jom baca lagi

Majlis Perkahwinan Marion Caunter 17 dan 18 Disember 2010?


Bersumberkan gua.com.my. Apa yang saya baca ialah tarikh majlis perkahwinan antara pengacara E! News Asia, Marion Caunter dengan SM Nasarudin telah pun ditetapkan. Saya pun tidaklah kenal akan Marion Caounter ni. Kalau kenal,nanti saya pergi temu ramah dengan beliau.

Pasangan itu memilih 17 dan 18 Disember ini sebagai hari bahagia mereka. Tetapi,pihak lelaki belum lagi memberi kata putus dan pihak perempuan sudah menghebahkannya? Hurm....

Dua tarih yang dipilih itu merupakan dua majlis berbeza yang mana pada 17 Disember untuk tetamu kenamaan dan saudara dalam sebuah majlis rasmi manakala pada 18 Disember untuk teman rapat untuk diraikan dalam satu majlis yang lebih santai. Dengarnya,beberapa penyanyi ternama telah dipilih untuk membuat persembahan di majlis tersebut.

Sebenarnya majlis perkahwinan ini belum pasti lagi kerana pihak lelaki belum lagi memberi kata putus. Apa-apa pun,kita mengharapkan yang terbaik buat mereka,kan? GUA cakap "jangan membelakangi pihak lelaki". Betul itu. Biarlah keputusan dibuat bersama. Takut berlaku perkara yang tidak diingini. :)
jom baca lagi

Segelas Teh.


Di Dalam Gua Ada Naga,
Terdapat Pula Sebuah Perigi,
Segelas Teh Penghilang Dahaga,
Sekali Hirup Pasti Nak Lagi.

Teh..Memang membangkit selera. Dihidang pada waktu petang...Bersama kuih Muih....Pasti membangkit selera.

Teh Ramuan pula lain ceritanya..Membangkitkan semangat seseorang dalam sesuatu perkara..Tidak percaya? Belum kenal belum tahu... Tehr.

Nota kaki tangan: Saya suka Teh yang dibuat oleh mak saya. Entah mengapa..

jom baca lagi

Oh Blogger! Tidak Tegur Bukan Bermakna Sombong..|Ann,Hanis Aleeya,Farah Amirah,Azza,Iznie,Cikgu Isza,Naim


Wahai sahabatku...Pernah kalian merasa terluka kerna diriku? Pernah kah aku mencalit duka di hati kalian? Andai begitu,maafkanlah aku...


Sahabat...Aku tahu ada yang terluka..Aku tahu ada yang terguris..Tetapi itu bukan niatku.. Aku tahu..Aku sedar aku semakin melupakanmu sahabat....


1. Ann

-kawan yang aku kenal ketika mula memasuk Gengblogger. Apabila Gengblogger sudah terkubur...Aku pun menyepi...Dia pula menghilang...Siapa Ann? Entah... Sahabat yang sukar untuk diucapkan dengan kata-kata...Ann / Enn. Hehe..Banyakkan kenangan kita? Best ar kawan dengan kak Ann nie.. Andai hidup anda diselubungi misteri..berkawanlah dengan Kak Ann...


- Siapa dia? Kak Hanis..Geng seangkatan Ann.. Seorang yang baik.. Dimanakah Kak Hanis? Semakin hari aku rasa semakin berjauhan dengannya walaupun ketika dulu..kami selalu bersua..Maafkanlah aku..Blognya kadang-kadang sepi tidak berupdate..Sekali update terus "menyentap jiwa..."

3. Kak Farah Amirah

- Kak Farah adalah 'kakak' angkatku.. Indahkah waktu dahulu kak? Kita selalu 'bergurau senda di blog'. Tapi kak..Kak menghilang.. Sekelip mata..Amir cuba mengejar..Namun dek kesibukan.. Semakin hari semakin jauh...Terasa jauh sekali..Hendak ku tegur rasa bersalah.... Namun,aku masih mengingatimu.


-Kenalkah kalian pada si dia ini? Dialah antara blogger terawal yang aku kenal.. Aku rasa pernah mengungkapkan janji dengan dia..tapi..sudah 5 bulan tidak bersua.. Masa yang agak lama. Kak,maafkan Amir..


-Kak Iznie jugak sama seangkatan geng di atas. Kenal di GengBlogger.. Walaupun tidak pernah bertemu,keakraban itu ada. Kak Iznie selalu mengomen balas status ku di facebook walaupun aku tidak pernah menjengah wallnya (ye ke? Hehe!). 



- Cikgu Isza...entah bila aku mengenalimu...Sudah ku lupa akan tarikh itu..Namun,dikaulah antara blogger yang ada masa untuk menapak di blog ku ini walaupun kadang-kadang aku jarang menjengahnya.. Entahlah.. Cikgu Isza sungguh baik... Aku dah anggap dia macam ibuku..Aku menghormatinya.. Dengan nasihatnya..aku mampu berada di tahap ini. Terima kasih.


- Naim? Siapa tidak kenal dia..Jejaka sebaya aku..Seorang yang peramah dan mesra. Selalu membantuku berkaitan dengan blog. Bro,walaupun kita jarang bersua walhal aku selalu tengok kau online dekat fb. Bukan bermakna aku sombong... Terima kasih untuk segalanya. At least,aku ada gak kawan sebayaku di alam maya. Nanti jumpa boleh minum sama. hehe!

Bro,ko dalam zaman bergelap ek? hehe.


*****


Tapi sahabat...tidak tegur bukan bermakna sombong.. Ada yang selalu di hati..Ada yang terlalu jauh..Kadang-kadang kita perlukan masa.. Maafkan aku...Andai dapat ku undurkan masa,akan ku perbaiki masa lalu...Susah untuk ku luahkan....

Terima kasih kerana menyokongku selama ini.. Kepada rakan blogger yang pernah mendekati Amir.. Maafkan Amir.. Maafkan lah untuk segalanya.. Si Tedi,Abang Syamil... Nash... dan banyak lagi.... ramai kawanku di blog ini..cuma aku tidak sedar dan aku tidak tahu...


Rasa bersalah menyelebungi ku..Aku teringat satu kata-kata " Jagalah hati sendiri..jangan duk jaga hati orang lain.." Means,susah nak puaskan hati orang nie...kan? Entah lah....

Si Tedi..Andai kau terbaca entri ini? Masih marahkah kau akanku? Hurm.....

Maaflah...Ampunilah daku..sebelum aku menghembuskan nafas terakhir..Kita tidak tahu bila kita akan pergi.. Mungkin aku yang akan menyusul dulu? Wallahualam......

jom baca lagi