Cerita Awek Zaman Sekarang : Maruah Dan Aurat





Impian gua dulu nak awek yang cun-cun lah yang boleh dibuat teman hidup semati. Kira sepadan dengan gua. Kalau gua gemuk, gua nak dia kurus. Kalau gua tak hensem, gua nak awek gua cantik. Kalau gua mandul? Lu pikir sendiri lah! Haha!

Tapi ustaz gua cakap. Kalau hendak memilih calon isteri.  Mesti ikut syarat-syarat bakal isteri.

1. Islam atau ahli kitab.
2. Perempuan. (bukan pondan, bukan lelaki atau yang tukar kemaluan. Anda Gay?)
3. Bukan isteri orang. (jangan isteri jiran lu kebas beb!)
4. Bukan dalam iddah talak rajie. (baru lepas kena cerai)
5. Bukan dalam ihram haji/umrah.
6. Bukan mahram kepada semua (orang yang tak boleh dikhawini seperti adik beradik,makcik)

Tapi gua pernah dengar kalau nak pilih isteri. Mestilah mengikut syarat wanita Melayu terakhir.

1. Menutup aurat.
2. Cantik.
3. Bersopan santun.

Untuk lelaki. Gua ada satu tips untuk lu semua berkenaan kecantikan perempuan. Nak tahu kecantikan perempuan yang sebenar? Kalau lu nak tahu, pada waktu pagi-pagi. Lu pergi ushar rumah aweks lu. Kalau pada waktu pagi selepas bangun tidur tu. Muka aweks lu nampak cantik. Maka cantiklah dia, kalau nampak macam pontianak. Baik lupakan saja dia. Mungkin cantik make-up je. Tapi ingat! Jangan pula pergi skodeng rumah aweks lu pagi-pagi. Gila ka apa? Buat macam nie.

Pergi ke rumah si dia. Ketuk pintu dan...

" Assalamualaikum!. Yang! Yang! Bukak la pintu.. Abang datang ni."

" Waalaikumussalam.. laa..Baby rupanya. Ingatkan siapa tadi.."

Masa tu, lu tenung la aweks lu daripada dada sampailah lutut. Eh! Daripada hujung rambut sampailah hujung kaki. Apa lu nampak? 

Kalau tak cantik. Lu mintak putus la. Haha! Sah! Lu tergolong dalam golongan lelaki tak sejati. Haha! Tapi gua percaya lelaki sekarang memilih perempuan bukan kerana rupa paras tetapi kerana hati, kan? Ataupun lu lelaki pilih perempuan sebab perempuan itu ada "betik besar' ke ?? Alaa... "betik" yang diorang ada sejak baligh tu. Hehe!

Bercerita pasal aweks zaman sekarang.  Gua perasan satu benda je bila gua terlihat awek-awek di luar sana. Benda ni menarik perhatian gua.

Bila gua jenjalan je.. Kebanyakan perempuan lah gua nampak dan perhatikan;

1.  Tali bra warna pink. Ada pula jenis yang ikat dileher. 
2. Suka pakai baju ketat-ketat.
3. Tidak menutup aurat.
4. Hilang kemaluannya lebih daripada kemaluan lelaki. (tak malu)
5. Tidak menjaga batas pergaulan.
6. Tak pandai memasak.
7. "Si rama-rama" yang kiut.
8. Hilang habis ciri-ciri perempuan Melayu terakhir.
9. Kosong
10. Gua tak sanggup lagi tulis sebab gua nak jaga kehormatan aweks semua ni. (terharu tak?)


Ada orang cakap, apa guna dedahkan keburukan orang lain? Tapi gua dedahkan supaya kita sedar diri sikit.


Kalau tak betul, gua sanggup tutup blog ini tahun depan. 

Kalau setuju, angkat laptop dan hempas. Kalau tak setuju, hempas kepala kat laptop. Senang je. Gua tahu ada yang terasa. Hendak buat macam mana. Sesiapa yang makan cili, terasalah pedasnya.  Itu realiti beb! Gua tak tahan. Ikutkan hati gua boleh saman mereka yang tidak menutup aurat di bawah Akta 303 Kanun Keseksaan kerana menyeksa kebatinan diri gua. Setiap kali berselisih dengan aweks cun, 'adik' gua terus naik daripada tidur yang lena.

Kalau nak saman, bukan perempuan sahaja. Lelaki pun lu boleh saman beb. Alaa..yang tak tutup aurat daripada pusat ke lutut tu.

Tak tahu apa itu aurat? Sah! Kes yang paling bangang.  Mari sini nak ajar apa itu aurat perempuan. Mesti ada yang hilang ingatan ni. Mak bapak terlupa nak bagitahu kot. Gua bersangka baik bahawa setiap ibu bapa pasti mengajar anaknya tentang didikan agama cuma bila anak-anak dah besar. Mudah lupa cara nak solat, nak menutup aurat dan sebagainya padahal semua ini sudah diajar sejak kecil lagi. Tak dapat gua bayangkan kalau KEMALUAN yang besar dan kecil itu LUPA dibawa atau tak sedar yang KEMALUAN itu telah HILANG. Haha! Ada ke?

Aurat perempuan ialah seluruh tubuh badan kecuali muka dan pergelangan tangan.

Ingat ye? Inilah cerita awek zaman sekarang. Tak mahu cakap banyak nanti ada yang meluat. Gua cuba untuk menulis daripada hati namun inilah yang terkeluar daripada jiwa dan raga gua yang gua harap suatu hari nanti masih ada GADIS yang betul-betul ciri-cirinya seorang GADIS yang dapat gua khawini kelak serta membina masjib serta membuat anak sebanyak 10 orang. (target gua 12 orang untuk pasukan bola sepak. 1 kepper gua nak macam Apek@Khairul Fahmi).


AM: ikuti cerita lelaki zaman sekarang kelak.

12 comments:

blog-tips-kurus berkata...

insaf.. sentap ustaz Amir ni.. :-)

*org perempuan sendiri meluat tengok pompuan seksi2 & bertudung tapi seksi tau!

Cik SCC berkata...

hahahaha...
SCC ada ciri yg amir nak ! wakakkaa
giler..

tp mmg btul la..
pmpn zaman skrg da hilang kemelayuannya..byk yg ikut stail barat..ish3..

Amelia berkata...

yg no 9 tu kosong..
kebanyakan pmpuan..kosong..hahaha

tpi iyola,,pmpuan zmn skng..
nak2 mlayu..sksa tgk

sweet strawbery berkata...

yup2,betul 2 betul..ap yg betul?hehe..sengal..weee..smlm baru study sal bab perkahwinan kt skula....huu :)

Fatin Sh berkata...

perempuan sendiri menyampah tengok perempuan yang kurang na kemelayuan ney . na ikot barat jaa .

hans berkata...

yups
tu la pasal
tapi pasal lelaki memilih sebab hati tu
memang ada
tapi ramai juga pilih sebab kecantikan
itulah
bergantung pada orang
apa2pun kebaikan hati tu lebih penting

Jom Join Contest Situasi Hans : Gunakan Imaginasi Anda

kaizen shinobi berkata...

mak ai.... terbaik punya ayat kaver2... ngeh3

Rohani Hashim berkata...

betol jugak tu amir, belom kira yg terperinci lagik kan, yang general pun dah banyak mendedahkan...ummm tengkiu kerana saling mengingatkan

tengkorakemas berkata...

setuju kena hempas, tak setuju pun kena hempas..adeh, aku diam je ye :D

eh..bukan diam tanda setuju ke?

hjdgjahfguqgfhu81wue

adeh...sape lak hempas kepala aku kat keyboard laptop ni?

akubiomed berkata...

Huii detail pemerhatian melihat anak dara. Ini mesti biasa buat :-)

Mr.J berkata...

suka tgk perempuan seksi.. sebab mr j pun seksi giler.l. wakkeke.. hih nice post bro.

Tanpa Nama berkata...

@blog-tips-kurusinsaf3!!!

Catat Ulasan

Awak komen je dengan ikhlas. Tak paksa pun. Amir pun tak pasti dapat ke tidak balas komen tu. Sibuk gilak-gilak bah! Ko guano gu? Bereh??