Sebab\ Kenapa Kerajaan Tidak Bagi Bonus Kepada Penjawat Awam

Kerajaan tak boleh berbelanja lebih daripada pendapatan: Najib 

Bismillahirahmanirrahim..

Mesti ramai yang tahu bahawa kerajaan tidak akan memberi bonus kepada penjawat awam tahun hadapan? Tetapi mengapa? Mari kita lihat.


KUALA LUMPUR: "Jika ikutkan hati, memang saya mahu berikan bonus sebulan gaji kepada 1.2 juta penjawat awam pada pembentangan Bajet 2011 tetapi sebagai Menteri Kewangan bertanggungjawab, saya tak boleh berbelanja lebih daripada pendapatan," kata Datuk Seri Najib Razak.

Perdana Menteri berkata, jika beliau berbuat demikian, ia akan membabitkan perbelanjaan besar iaitu RM3.1 bilion. Tengok? Kan banyak kerajaan kena tanggung.Inilah sebabnya...banyak aspek yang perlu kerajaan lihat. Sabarlah.

Sebab itu, sehabis-habis baik ialah dapat memberi Bantuan Khas Kewangan RM500 kepada kakitangan awam Gred 54 ke bawah. Tetapi kerajaan tak kejam,kerajaan bagi juga RM500. Jadi,bersyukurlah.


Presiden CUEPACS, Omar Osman kelmarin berkata, CUEPACS gembira dengan Bajet 2011 yang memenuhi sebahagian besar tuntutan 1.24 juta penjawat awam selama ini, tetapi masih berharap kerajaan akan dapat memberikan bonus dua bulan gaji kepada mereka tahun ini. 

Najib berkata, walaupun tiada pemberian bonus, kerajaan memberikan ganjaran lain yang memberi faedah kepada penjawat awam seperti cuti bersalin tidak melebihi 90 hari. 

Tetapi kan.. Saya hairan lah dengan CUEPACS. Asyik mahukan bonus sahaja? Kerja dia memang macam itu ke? Cukuplah.. Atau mahu menjadi hero? Wallahualam.  Oh ya! Bajet untuk pelajar sekolah tidak ada ke? Sekurang kurangnya RM100 seorang. Hehe

5 comments:

nerves berkata...

ceh.....
kalo buat sekolah permata...buat menara 100 tinggkat mende tu sume dll lagi yang boleh difikr kelogikan banyak pembaziran tu...
ade lak duet...
haih-_-''
*maaf emo tetibe

r. Fiqri berkata...

budak skolah cukup dah bonus dari mak bapak.. Kalo nak cari la hero budak skolah pulak..

tengkorakemas berkata...

hehehe lagipun kerajaan banyak projek mega, ko nak ke rm100?tryla mohon bg tiap penggal sekolah hehe sekolah sekarang berapa penggal ye?2 kan?

shahrilhakime berkata...

AMir....
Ceupacs tu mewakili kakitangan gomen....sebagei pehak yang mewakili kakitangan gomen....deme kene le bersuaghe untuk kakitangan gomen....

RM500???....hehehe....dengan kate2 yang mengatakan ekonomi kite bertambah stabil...... dan kite menuju ke aghah negaa yang berpendapatan tinggi....ape salahnye keluo lebih lagi...kan??? kan???..... kate ghakyat didahulukan.... kekeke

Unknown berkata...

dpt RM500

http://fadthnwan.blogspot.com

Catat Ulasan

Awak komen je dengan ikhlas. Tak paksa pun. Amir pun tak pasti dapat ke tidak balas komen tu. Sibuk gilak-gilak bah! Ko guano gu? Bereh??