Perhatian! Kepada pengguna kereta Proton Gen2 dan Satrian Neo.Proton Holdings Bhd (PROTON) memanggil semula kereta Gen2 dan Satria Neo yang dikeluarkan di antara 2004 hingga 2008 disebabkan kerosakan pada komponen 'clock spring' yang mungkin boleh menjejaskan keselamatan. Tujuan menarik balik kereta Gen2 dan Satria ini adalah untuk keselamatan kita juga. Bahaya benda nie.
Ujian rutin mengenal pasti kerosakan pada ‘clock spring’ menyebabkan bunyi geseran dalam stereng, hon berbunyi atau lampu kereta terpasang sendiri, kerosakan suis kawalan audio dan dalam kes lebih serius boleh menyebabkan pelepasan beg udara di bahagian pemandu
Panggilan sukarela itu adalah sebahagian daripada program jaminan kualiti global Proton membabitkan 15,911 unit atau dua peratus daripada 660,000 unit kereta yang dikeluarkan dan dijual dalam tempoh berkenaan. Hanya sedikit sahaja yang bermasalah. Tidak semuanyalah.
Semua kos buruh dan peralatan yang berkaitan penggantian ‘clock spring’ akan disediakan tanpa caj di pusat sah Proton di seluruh negara. Jadi,jangan bimbang. Tiada bayaran yang dikenakan.
Proton akan menghantar surat kepada pelanggan yang terbabit untuk memaklumkan mereka mengenai perkara itu. Kalau anda menerima surat daripada Proton,cepat-cepatlah pergi ke pusat servis proton untuk membaikinya.Pada masa sama, Proton membuka laman web khusus, www.protonaftersales.com untuk membantu pelanggan menyemak tahun pengeluaran kenderaan masing-masing. Proton juga memohon maaf atas masalah ini.
Syabas buat Proton kerana memberi perkhidmatan yang terbaik untuk keselamtan penggunanya. Namun,apa yang menghairankan. Setelah sekian lama kereta ini dikeluarkan. Baru masalah ini dikenal pasti? Saya yang silap atau Proton?
5 comments:
tapi untuk h-line je kan......Amir???
sedih sungguh berapa tahun dah orang guna Gen2 dan neo..baru nak habaq ka rosak kat mana huhu
owh..yeke..thx 4 info..nnti aq anta cek tgok kete gen2 aku tu..
hua3..mcm la ade kete..btw..blog semakin cute la..hehe..truskan brblogging!~ 94 generation..hua3! (n_n)
maca mana saya baru ambik neo sec hand tahu 2007 hujan kelmarin air masuk bawah tempat duduk kiri kanan, saya panik , apa patut saya ambik tindakan
ak pkai neo ok je pn..korang ny beli neo rcon ke???
Catat Ulasan
Awak komen je dengan ikhlas. Tak paksa pun. Amir pun tak pasti dapat ke tidak balas komen tu. Sibuk gilak-gilak bah! Ko guano gu? Bereh??