Harga Tiket|Konsert Red On Black Gabungan Wings,Search Dan Ella


Konsert Double Trouble masih terasa kehangatannya dan kini penggemar setia muzik rock bakal diraikan dengan satu lagi persembahan lagenda rock Malaysia. Dan buat julung kalinya, Ratu Rock Negara, Nor Zila Aminuddin atau Ella akan muncul bersama Wings dan Search dalam Konsert Red OnBlack pada 15 Oktober ini. Konsert ini akan bermula pada jam 8.45 malam.

Harga Tiket.

Harga Tiket Konsert Red OnBlack tidaklah mahal sangat cuma RM57. Murah bukan? Itu pun Awie telah bagi diskaun tau.

Konsert itu kesinambungan Double Trouble yang mendapat sambutan hangat daripada peminat Wings dan Search. Kehadiran Ella pula adalah satu bonus bagi kita. Bayangkanlah apabila mereka bergabung. Fulamak! Layan.

Konsert ini dijangka berlangsung selama dua jam dan bakal menyaksikan keampuhan tiga lagenda rock mempersembahkan lebih 25 buah lagu termasuk Pawana, Gadisku, Opera Hidup, Fantasia Bulan Madu, Pengemis Muda, Rama-Rama dan banyak lagi.

Maklumat lanjut.

Peminat boleh mendapatkan tiket di 1malaysiaticket.com, Viva Sport Sdn. Bhd.(Pertama Kompleks), Stadium Darul Makmur Kuantan, Hotel Seri Malaysia Kuantan, Nur An Nur Enterprise (019-9397520), Terengganu Creative Intelligence Advertising (09-6173678), Hesna Enterprise (013-9548688) dan Mumtaz Murad Ali Sdn Bhd (09-6222832).

Konsert berkenaan anjuran Awie Entertainment Sdn Bhd bersama Red On Black Sdn Bhd. Jom kita saksikan konsert ini dengan syoknya. Hehe! Mesti best..Kalaulah aku dapat tengok..dalam tv pun cukup lah. Siapa mahu pergi Konsert Red On Black nie? Boleh sponser Amir? Hehe.

5 comments:

ardinihumaira berkata...

sape nak belanja dni tengok konsert ni angkat kening! hehe

Keyrill Eduardo Willeyhem berkata...

hurm...best ker?

ikram berkata...

Mahalnya, baik g rumah awie,search ella je :D RM50.00 pun tak smpai kalau naik bas :D ehehe

ISZA berkata...

ada dengar kat radip pasal ni..
bilalah dapat layan konsert..
zamanku sudah berlalu..

shahrilhakime berkata...

alamakkkk.....Search & wings niii komeee...awok ella ni kughang sikit...... tapi bile sebut Search tuuuu....goyang jugak niiii..... tapi konsert ni kat pantai timor kan???

Catat Ulasan

Awak komen je dengan ikhlas. Tak paksa pun. Amir pun tak pasti dapat ke tidak balas komen tu. Sibuk gilak-gilak bah! Ko guano gu? Bereh??