Gambar| Majlis Perkahwinan Dato' Dr Sheikh Muszaphar Shukor Dan Dr Halina Yunos|10.10.2010

Tepat pada pukul 11.40 pagi tadi, Dato' Dr Sheikh Muszaphar dengan sekali lafaz sahaja sah menjadi suami kepada Dr Harlina Yunos. Alhamdulillah..






Majlis akad nikah ini juga turut disaksikan oleh kira-kira 1,500 tetamu termasuk ahli keluarga kedua-dua belah pihak dan beberapa angkasawan luar negara. Dr Sheikh Muszapharkemudiannya menunaikan solat sunat syukur dan menyarungkan cincin ke jari isterinya.

gambar dari kukubesi.com
Nak tahu ke tidak berapa hantarannya? Dr Sheikh Muszaphar membawa hantaran sebanyak sembilan dulang manakala Dr Halina tiba 15 minit kemudian dengan 11 dulang hantaran.Kedua-dua pasangan memakai pakaian sedondon berwarna putih. Putih dan suci serta ayu..Cantik lah.

Untuk pengetahuan anda. Pada malam ini, Dr Sheikh Muszaphar dan pasangannya akan disandingkan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada pukul 8 malam.100 angkasawan dari 35 negara juga tidak ketinggalan untuk menghadiri majlis itu. Jadi,kalau rasa boleh pergi..Pergi lah.. Saya menjemput anda sekalian. Hehe.

Ops! Mana gambarnya? Baiklah. Sebenarnya saya tidak letakkan disini kerana saya ingin anda melihatnya dengan senang hati di Gua.com (sila klik dan anda akan dapat lihat dengan jelas gambar kawin Dr Sheikh Muszaphar Shukor Dan Dr Halina Yunos). Blog Nurizspace juga mempunyai gambar perkahwinan Dr Sheikh Muszaphar.

gambar dari facebook Saiful Nang.
Gambarnya cukup menarik. Kalau orang yang belum berkahwin melihatnya sudah pasti gelora untuk berkahwin akan naik.. Tapi berkahwin bukan sesuatu yang mudah. Baiklah. Akhir kata,selamat pengantin baru buat Dr Sheikh Muszaphar dan Dr Halina Yunos. Semoga berbahagia hingga ke anak cucu. Amin. W'salam.

6 comments:

ardinihumaira berkata...

mereka berdua sangat sepadan :D tahniah!

Amir Izzat berkata...

memang padan..hehe

afiq aiman berkata...

tak sabar nak tgk mlm ni

aisyah berkata...

sama cantik sama padan..
MERIAH...

tehr berkata...

semoga mereka berdua kekal bahagia selamanya

ProfHariz berkata...

memang cantiklah.. Nanti aku nak camtuh jugak leh x? :P

Catat Ulasan

Awak komen je dengan ikhlas. Tak paksa pun. Amir pun tak pasti dapat ke tidak balas komen tu. Sibuk gilak-gilak bah! Ko guano gu? Bereh??