Pesanan Kakak Arwah Aminulrasyid...

Assalamualaikum kawan-kawan.. selepas post entri tadi.. Amir jelajah la page kat Facebook.. lepas tue jumpa page.. KAMI BENCI KEKEJAMAN POLIS MALAYSIA!- JUSTICE FOR AMINULRASYID.. and then amir tekan discussion.. terjumpa kata-kata Kakak Arwah Aminulrasyid... jom kita renung-renungkan...


Sumber gambar page kat Facebook

First of all,saya nak ucapkan berbanyak terima kasih kepada pihak yang terlibat dengan pembukaan page ni.terima kasih banyak banyak kerana anda semua prihatin dan sudi memberi moral support utk family kami terutamanya untuk adik saya, Allahyarham Aminulrasyid b Amzah.Insya-allah,doakanlah yang terbaik untuk Allahyarham,semoga rohnya dicucuri rahmat-Nya.

Cuma di sini saya ingin tegaskan,selagi siasatan kes ini belum selesai,TOLONG JANGAN SEBARKAN SPEKULASI DAN TOHMAHAN MAHUPUN MENOKOK TAMBAH CERITA KES INI.JANGAN BERCAKAP IKUT SEDAP MULUT DAN TANPA USUL PERIKSA.KEPADA SESIAPA YANG PERNAH MENGELUARKAN KENYATAAN BERBAUR NEGATIF TENTANG ALLAHYARHAM,INGATLAH,ALLAH ITU MAHA KAYA DAN MAHA ADIL.ANDA SEBENARNYA TIDAK LAYAK UNTUK BERCAKAP SEPATAH PUN MENGENAI ADIK SAYA!!SIAPA ANDA???

KALAU TAK KENAL SESEORANG,MAKA ANDA TIDAK LAYAK UNTUK MENGHAKIMI SESEORANG ITU!.CERMIN DIRI SENDIRI DULU SEBELUM MENGATA KEBURUKAN ORANG LAIN. ANDA TIDAK BERADA DI TEMPAT KAMI DAN ANDA TIDAK MUNGKIN AKAN FAHAM SITUASI SEBENAR.ADIK SAYA JUGA SEORANG MANUSIA BIASA,SEORANG BUDAK LELAKI YANG BARU MENINGKAT REMAJA,MASIH BARU BELAJAR ERTI KEHIDUPAN.APATAH LAGI KAMI BARU KEHILANGAN AYAH YANG BELUM PUN SAMPAI 10 TAHUN PEMERGIANNYA.KESIMPULANNYA DI SINI,HENTIKAN CAKAP CAKAP BURUK DAN BERBAUR NEGATIF TENTANG ALLAHYARHAM ADIK SAYA DAN SAYA DENGAN RASA RENDAH DIRI MEMOHON SOKONGAN DAN KERJASAMA ANDA SEMUA AGAR TIDAK MENGERUHKAN KEADAAN.

BIAR SEKALIPUN ANDAI KATA TIADA KEADILAN UNTUK ADIK KAMI DI DUNIA INI,INSYA-ALLAH,DI AKHIRAT KELAK PASTI ADA KEADILAN.YANG BENAR TETAP BENAR,YANG SALAH TETAP SALAH.


AKHIR KATA,FIKIR FIKIRLAH.KALAU MUSIBAH INI BERLAKU PADA KELUARGA ANDA,APA YANG ANDA RASA?MUNGKIN HARI INI HARI KAMI,ESOK LUSA TERKENA BATANG HIDUNG ANDA,SIAPA TAHU?DEMI PERASAAN IBU SAYA,HAJAH NORSIAH MOHAMAD.....TOLONG..TOLONG..TOLONG.JANGAN LUKAKAN HATI IBU YANG BARU KEHILANGAN ANAKNYA.


SEKIAN.TERIMA KASIH.ASSALAMUALAIKUM.
(AISYAH AMZAH-KAKAK ALLAHYARHAM AMINULRASYID AMZAH)


Amir Izzat - bersama lah kita menilainya...

0 comments:

Catat Ulasan

Awak komen je dengan ikhlas. Tak paksa pun. Amir pun tak pasti dapat ke tidak balas komen tu. Sibuk gilak-gilak bah! Ko guano gu? Bereh??