Impian Seorang Lanun Cetak Rompak.



Selama nie kan..kita asyik duk beli je CD cetak rompak..tapi kita tak tahu impian lanun cetak rompak nie. Semua manusia mesti ada impian kan? Tidak terkecuali juga lanun-laun keparat nie. Mereka ini tak berhati perut mengaut keuntungan hasil titik peluh orang lain. Kesian pembuat-pembuat filem kat Malaysia nie.. Dari impianlah lanun-lanun nie terus mencetak dan merompak serta terus memasang impian.

Kalau ari-ari kena rampas..bankrup lah...Ahaks!

Antara impian yang aku dapat tahu dari sumber laa.. Lanun cetak rompak nie berharap mereka bebas menjalankan aktiviti dengan bermaharajajela tanpa sebarang gangguan dari pihak berkuasa. Pastu kita pun terus support. kan?

Impian kedua pulak...mereka harap ada artis yang sudi berlakon untuk mereka tapi tak perlu bayar sebarang royalti macam yang dilakukan oleh syarikat rekod. Save budget bro..

 -gambar hiasan

Lanun pun berharap nak buat kempen belilah barangan cetak rompak untuk mengimbangi kempen anti cetak rompak. Aku rasa tak payah kot. Barang korang memang laku punya...kalau buat kempen,kompem jadi jutawan la lanun nie.... 

Impian kebrapa nie ek? ha!.. mereka nak mengiklankan produk cetak rompak mereka kat media cetak dan media elektronik pulak dah..ish..ish..besar bebebor cita-cita lanun cetak rompak nieh.

Meh Kongsi....

Lanun-lanun nie gak berharap syarikat rakaman harus berkongsi keuntungan jika tidak mahu album atau filem dicetak rompak. Ah..gilalah...aku rasa David Teo pun tak mahu....


 Last sekali...barangan cetak rompak boleh dijual merata rata tempat...siap dipromosi pleh artis yang menjadi mangsa tu lagi. sekarang nie pun dah banyak.. dimana-mana saja kan? tapi xda lagi artis nak promosi barang cetak rompak nie... haha.. Tapi memang bagus impian lanun-lanun nih..semoha tak berjaya.. Jadilah pengguna bijak macam saya!

1 comments:

Bukan Eciz berkata...

haihh. ada impian jgk ek. ingatkn diorg buat smbil mata golek-golek usha2 pihak bekuasa. heheh



nak tgk apa yg kamu sudi komennn = Maya! Kenapa nak Dani jugakk??

Catat Ulasan

Awak komen je dengan ikhlas. Tak paksa pun. Amir pun tak pasti dapat ke tidak balas komen tu. Sibuk gilak-gilak bah! Ko guano gu? Bereh??