Dunia Blog Tidak Sama Dengan Dunia Aku

Dunia blog memang berbeza dengan aku..amat ketara sekali. Dalam dunia blog.mungkin aku kelihatan sopan santun. Nampak hensem..baik hati..bijak... cewaah! haha... sila muntah ye... Namun bukan begitu dunia sebenarku...

Disini (blog) mungkin aku dilihat tiada masalah. Hepi semacam je kan..Tulis entri pun tak da masalah kan? Tapi sebenarnya aku ada banyak masalah... (Eh! Boleh ke nak mengadu kat sini?) Hurm..banyak...tak terkira. Sebagai seorang pelajar. Masa amat penting untuk aku..kalau aku tak pandai mengejar masa..alamatnya..tertinggal dibelakanglah aku.. Masa nie pun satu..selalu lari laju-laju.. Susah bebenor den nak kojar.. hish!

KORANG NAK TAHU TAK KENAPA DUNIA BLOG DENGAN DUNIA AKU BERBEZA? 

Yang Pertama
Dalam dunia blog..aku memang rajin update entri tetapi dalam dunia sebenar..aku amat malas nak tulis nota dan buat kerja rumah.. ehhe..

Yang Kedua
Dalam dunia blog nie kan..aku amat rajin jalan-jalan ke 'rumah' orang atau erti kata lain..suka berblogwalking tapi di dalam dunia aku..aku amat malas nak jalan-jalan rumah orang. Apatah lagi melawat jiran. Tanya kabar. Kalau pergi rumah jiran pun time raya je.

Yang Ketiga
Sat nak pikir..apa lagi ye... Ha! Kalau dalam setiap tulisan aku tue..aku suka menasihati orang.. tapi kenyataannya aku tidak suka dinasihat. hehe..Itulah yang membezakan aku dengan dunia blog..

Yang Keempat.
Yang keempat apa ye? Aku rasa tak da dah..tak leh bukak pekung didada..hehe..takda laa..hanya 3 sebab je...Apa-apapun..kurangKAN maksiat..tingkatkan iman..... sukses-sukses! 

2 comments:

kenwooi berkata...

it means.. cannot judge a person by his/her blog =P

Amir Izzat berkata...

thanks rights bro... ^^

Catat Ulasan

Awak komen je dengan ikhlas. Tak paksa pun. Amir pun tak pasti dapat ke tidak balas komen tu. Sibuk gilak-gilak bah! Ko guano gu? Bereh??