Selamat Datang 2011! Selamat Datang SPM..

Tarikh : 1.1.2011

Tidak ku sangka masa kian pantas berlalu. Tanpa ku sedar, aku sudah berada dalam tahun 2011. Masih ku ingat dahulu angan anganku.

Andai aku berada dalam tahun 2011. Aku hendak kurus. Tetapi lihatlah diriku sekarang..tak kurus-kurus jugak. Hairan..hairan. Hahahaha! Begitu pantas masa berlalu.

Semalam..sempat juga aku menonton rancangan siaran langsung ambang tahun baru 2011. Apa yang dapat aku simpulkan ialah.

BANYAK BETUL DIISI DENGAN HIBURAN!!

Sudah la nyanyian segelintir artis tidak menarik perhatianku. Jadi, aku pun tukar siaran kepada tv3. Ha! Iron Man! Layan sampai habis. Selepas itu, aku tengok pula TV1. Wah! Siaran ulangan Perlawanan Bola Sepak Piala AFF Suzuki 2010 antara Malaysia dengan Indonesia. Aku layan sekejap. 2-3 minit.. Tetiba berita 12 malam. 

"Baik aku tidur.."

Jadi, aku pun tidur... Tiba-tiba pada hari ini.. aku telah masuk ke alam baru. Hurm, alam yang akan menentukan ke mana arah tujuku selepas ini. Ingat! Jangan biarkan hidup andai diselebungi misteri. Hahaha!

***

Ok! Assalamualaikum. Apa khabar? Sudah lama kita tidak bersua,kan? Tak sangka hari ini dah 1.1. 2011 kan? Macam mana impian tahun yang terdahulu, sudah tercapai ke belum? Bagi aku, masih banyak. Hahaha! Tetapi misi aku pada tahun ini.

1. Menuntut ilmu kerana Allah. Bukan kerana peperiksaan.
2. Mencapai keputusan yang memuaskan dalam SPM.
3. Mahu kembali ke jalan yang benar (jalan Allah).
4. Berubah dan berubah dalam semua aspek.

Shhh... Misi berubah itu sejak dulu lagi..tapi masih tak berubah.. Diri makin tua.. Adoi..hehehehe. Korang pula macam mana???

Tahun ini SPM menantiku...Selamat datang 2011. Selamat datang SPM.. 

6 comments:

muhammad iqbal hakimi bin tahir berkata...

hehe..selamat tahun baru mir.gud luck spm =)

Amir Izzat berkata...

@iqbalhakimi..

selamat tahun baru gak.. Fuh! SPM..okeyh..terima kasih..hehe

Farah Hanim Mohd Alwi berkata...

happy new year !
gud luck ! :D

budak sihat berkata...

selamat SPM!gudluck
happy new year taw^^

Adha berkata...

spm...wat terbaek bro..;D

tengkorakemas berkata...

Good luck SPM, study smart k :D

selamat tahun baru 2011 juga :D

Catat Ulasan

Awak komen je dengan ikhlas. Tak paksa pun. Amir pun tak pasti dapat ke tidak balas komen tu. Sibuk gilak-gilak bah! Ko guano gu? Bereh??