Selamat Hari Jadi Amir Izzat! Nasib Baik Kau tak Mati Lagii..

Assalamualaikum.

Surat ini ku tujukan khas buat Amirull Izzat yang kini mencecah usia 17 tahun. Hari ini, 6 Januari hari dia dilahirkan.

Amirull,

Aku ucapkan selamat hari lahir kepada engkau. Syukur alhamdulillah. Allah masih memberi kau nikmat hidup yang berpanjangan. Tubuh badan yang sihat. Akal yang cergas. Semoga, pada hari lahir kau pada hari ini akan kau ingat supaya engkau tidak lupa akan asal usulmu. erk?

Sahabatku..walaupun aku tidak mampu untuk memberikan hadiah yang mewah. Cukuplah sekadar mengingatimu pada hari ini. Cukuplah sekadar ucapan yang ikhlas daripada aku. Engkau sendiri tahu bahawa harta benda pasti akan hilang. Namun, satu ucapan seorang sahabat pasti mekar di hati.

Tadi , kau ada menyatakan ucapan ribuan terima kasih kepada rakan-rakan di facebook dan blogger yang mengingati hari lahir kau. Baguslah begitu...ternyata ada yang mengingati kau. Di sekolah tadi juga, hanya seorang sahaja yang mengucapkan "Happy Birthday" kepada engkau. Syukur alhamdulillah..Dalam banyak-banyak rakan kau... Ada juga yang mengingati kau walaupun bukan aku. Si gadis itu seorang sahabat yang baik.

Dalam sedar atau tidak...umur kau semakin meningkat. Semalam, kau berumur 16 tahun. Kini, pada saat ini kau berumur 17 tahun yang membolehkan kau menjadi bapak budak! Hahaha! Jangan dulu... Belajar dulu. Dalam kesempatan ini, aku berharap keputusan SPM kau pada tahun ini akan lebih baik daripada keputusan PMR dahulu. Aku harap...kau sedar bahawa kau hidup di dunia ini tidak lama. Kau kena sedar itu...

Sebagai sahabat yang baik, aku tidak mahu mendoakan kau panjang umur kerana aku takut..ia menjadi bidaah. Bukankah syaitan makhluk pertama yang memimta pada Allah untuk dipanjang umurnya? Cuma, aku harap..kau gunakan sebaik mungkin peluang yang Allah berikan pada kau. Untuk apa kau hidup selama 17 tahun ini? Pasti kau tahu jawapannya..Kau bukan orang bodoh atau bangang seperti pemimpim politik yang bodoh dan dangkal. Kau orang yang berpelajaran.

Sehubungan itu, kau kena berubah seiring zaman. Lihat pada diri kau? Cerminkan diri kau? Apa yang kau dah buat? Itu sahaja. Sebagai sahabat yang baik. Aku harus menegur diri kau supaya kau tidak lalai dengan kehidupan duniawi ini. Aku tahu..tidak ramai sahabat sekelas yang menginganti hari lahir kau tetapi kau jangan  kecewa kerana untuk apa mereka mengingati kau..

Betullah perkataan ini. " Jika kita sayang manusia, belum tentu manusia itu akan sayang pada kita. Tetapi jika kita sayang pada Allah. Allah pasti akan sayang kita". Berbaliklah pada Al-Quran dan sunnah. Berbaliklah kepada jalan yang lurus. Berbaliklah ke jalan yang Islam.

Ingat! Dalam apa-apa perkara sekalipun, ibu bapa kau jangan dilupai. Aku takut..mungkin hari ini hari jadi kau tetapi esok hari kematian kau. Apabila kau mati, aku tak dapat mengucpakan "selamat hari lahir". Apa yang termampu ialah ukapan ini yang akan keluar "innalillah....."  "Kullunafsin zaikatul maut". Setiap makhluk yang bernyawa pasti akan mati.

Akhir nur kalam, aku bersyukur kau hidup hari ini. Kau dapat buat apa yang kau suka tetapi kau juga kena ingat pada Allah yang sentiasa melimpahkan nikmat dan rahmat kepada kau. Oleh itu, aku akan sentiasa menegur kau supaya bila kau mati...kau tidak mati sia-sia. Yakni, kau mati kerana Allah..dan kau hidup kerana Allah. Sekian.

Selamat Hari Kelahiran yang ke- 17.

Daripada Sahabatmu,

Aku Dan Mayat.

7 comments:

Farah Hanim Mohd Alwi berkata...

wee ~
dah tua dah wekk :P
sanah helwah, may Allah bless u always n bittaufiq wannajah fil imtihan wa fiddunya wal akhirat :)

Nur Mudrikah berkata...

hepi birthday.. semoga dpermudahkan segala urusan dan mendapat lindungan RahmatNya..amin

ptg td baru je teringat, mana perginya amir izzat..hehe. alhamdulillah mncul akhirnya

econpolics berkata...

peerrhhh,,,,,jom kite g parti bueh dooii,,haha..

anyway selamat hari lahir buat ko,,

moga panjang umo dan murah rezki

Shaofie berkata...

happy birthday amir dan izzat. eh amir dan izzat org yang sama. so,happy birthday amir izzat. hahah.

hans berkata...

hohohoho
dah 17 dah

P/S : Hidup Nih Tak Habis - Habis Dengan Macam - Macam Isu

Amni berkata...

aieeeeee.... thanks! pandey cakap sawak meh? ileq2 kat reservoir park area dewan suarah sia.. ada banner nya kat area sia...

bah, jemput la datang blogger gathering malam tok.. no prob... asal nya blogger yang ada di kuching bah...

happy birthday! =)

Namio Oo berkata...

happy belated besday amir..semoga berjaya untuk SPM akan datang...
sory lmbt wish.. xsempat ber BW..

Catat Ulasan

Awak komen je dengan ikhlas. Tak paksa pun. Amir pun tak pasti dapat ke tidak balas komen tu. Sibuk gilak-gilak bah! Ko guano gu? Bereh??