Ingin Belajar Bahasa Sastera

Hari itu didalam kelas yang suasananya memang bising. Cikgu Bahasa Melayu memberikan kami sehelai kertas tentang Cara Untuk Membuat Pendahuluan Karangan. Intipati sehelai kertas itu sungguh padat sekali. Contoh pendahuluan yang diberikan begitu memeningkan fikiran kerana penggunaan bahasa Sastera itu terlalu tinggi. Amat sukar untuk aku fahami.

Sejak dari itu. Aku teringin untuk belajar dengan lebih lanjut tentang kesusasteraan ini. Memang menarik perhatianku. Alangkah indahnya jika aku ini digelar Budak Sastera. Alangkah puitisnya perkataan yang akan ku gunakan. Tentu impilikasinya sangat besar. Dulu, ketika aku di bangku sekolah. Rakan ku ada berkata.

" Tidak usahlah kau ambil aliran Sastera. Aliran Sastera tidak sesuai dengan kita kerana ia sangat susah."

Oleh kerana termakan muntah kawan-kawan. Kini, aku memilih jalan yang benar iaitu aliran vokasional. Impianku? Belum ku tahu. Cita-cita? Belum pasti. Matlamat? Di hujung minda. Internet? Di hujung jari. Haha!

Bahasa Sastera amat indah,kan? Oh ya! Mak aku Guru Bahasa Melayu..mungkin aku boleh bertanya kepada beliau,kan? Haha! Nantikanlah ye...akan ku penuhi tulisanku dengan bahasa yang lebih kompleks yang sukar untuk kau mengerti. Tunggu yeeee!

Kejap, apa itu Sastera ya? Adoi, kena kaji dahulu ni...

Nota:

1. Bahasa Jiwa Bangsa.
2. Aku Pejuang Bahasa.
3. Tapi aku bukan ahli Dewan Bahasa & Pustaka. Haha.

Soalan: Pernah kah anda belajar dalam aliran Sastera???

6 comments:

Unknown berkata...

sye pun tak suka sastera..even sye suka bace novel..sastera sangat berat

hans berkata...

aku skrg dalam bidang sastera la
hehehehehe
tapi xberapa nak sastera sangat lah

Jangan Lupa Vote Hans Yang Bernombor 10 Di Ruangan Komen Di Sini

Ur Other Half berkata...

minat ker bro?ak xpenah blaja.hehe

tengkorakemas berkata...

Mentari sedang menyinar terik. Peluh mengalir laju bak air sungai yang sejuk. Sesekali terasa nyaman tatkala angin sepoi-sepoi bahasa menghembus.

Arahan: Sila sambung petikan di atas.

shahrilhakime berkata...

errrr...tak penah .....sebab kelas perdagangan...... dan tak beghape minat sastera.....

Along berkata...

utk tengkorakemas:

Pak Wahab meluruskan badannya yang sakit akibat terlalu lama membajak. Dia melihat-lihat sekeliling seperti mencari sesuatu. Dia tidak perasan seseorang sedang mendekatinya dari belakang yang sedang memegang sebilah parang. Pak Wahab memusingkan badannya apabila terdengar suara tapak kaki. Matanya terbeliak dan mulutnya terlopong apabila melihat orang yang sedang mendekatinya.

Boleh sambung, tengkorakemas?

Catat Ulasan

Awak komen je dengan ikhlas. Tak paksa pun. Amir pun tak pasti dapat ke tidak balas komen tu. Sibuk gilak-gilak bah! Ko guano gu? Bereh??