Dugaan Ini..

Kadang-kadang aku terfikir segala perbuatan aku selepas apa yang terjadi selama ini. Tidak mampu untukku mengubah keadaan ini selepas ini terjadi. Tidak mampu untuk ku undurkan masa. Andai sang suria menjadi milikku..tidak terdaya untukku mengubah siang menjadi malam. Malam menjadi siang kerana aku hidup hanya belas kasihan daripada Allah.

Dugaan demi dugaan datang. Walaupun kadang-kadang air mata ini ingin terjun dengan lajunya. Namun, aku tahan demi maruah seorang lelaki. (lelaki mana boleh nangis). Saban hari, ada sahaja rintangan yang terpaksa aku hadapi dan yang terpaksa aku tangani. Walaupun aku bukan sebaik insan..walaupun aku akhlak ku tidak seindah Rasulullah. Aku tetapi cuma untuk mengubah diri dan bangsaku.


Si Dara Cantik Anak Mak Timah,
Terlengok lengok berjalan kaki,
Aku seorang Ketua Pengawas yang lemah,
Tidak mampu berdiri dengan satu kaki.

Banyak impian yang ku ingin laksanakan..Namun, apakan daya. Rakan seperjuangan berpaling tadah. Sokongan semua hilang tiada arah. Terpaksa jua aku berjuang seorang diri. Siapalah aku..seorang ketua yang tidak mampu membimbing sahabatnya.

7 comments:

Keyrill Eduardo Willeyhem berkata...

nangis aku eh.... hahahha... joke jak bah... :P

Amir Izzat berkata...

@Keyrill Eduardo Willeyhem. hahah..palak kau..aku gik layan perasaan . haha

ijatnuar87 berkata...

isk,bro,relek2...jgn tensen2...takder masalah yang takleh diselesaikan,hehehe...ko boleh wat nyer,kalu takleh takkan ko dapat jawatan tu

tengkorakemas berkata...

benda baik memang banyak dugaan, hope ko tak patah semangat, cabaran tu menghidupkan jiwa :)

Lulu Caldina berkata...

sedih jer..huhu

iEra NaDiRa berkata...

rileks bro.. tak dinamakan dugaanlah kalau senang untuk dilalui.. Allah nak naikkan taraf hambaNya di sisiNya.. ;)

Wan Gerrard berkata...

semoga dpt hadapi sebarang masalah dgn tenang..nice header bro ^_^

Catat Ulasan

Awak komen je dengan ikhlas. Tak paksa pun. Amir pun tak pasti dapat ke tidak balas komen tu. Sibuk gilak-gilak bah! Ko guano gu? Bereh??