Burung-burung di langit terbang dengan begitu asyik. Angin-agin sayu membelah jiwa..(erk?) Petang ini ku rasakan begitu indah sekali walaupun hari begitu terik sekali. Kadang-kadang terasa juga bahangnya.
" Panas sungguh di Kuching nie,nasib baik banyak pokok-pokok kat sini. Teduh la sikit.." ngomel gua sendirian.
Di Kuching ini,memang banyak pokok-pokok di tanam. Di sepanjang jalan,ada sahaja pokok-pokok yang tinggi menjuntai. Kalau hari panas terik pun tidak apa. Yang pasti,kulit gua tak kan terbakar. Api neraka lagi panas der!
****
Berbalik kepada Nuffnang. Gua mula berdaftar dengan Nuffnang pada bulan 4. Itupun gua daftar untuk suka-suka. Masa gua daftar itu hari,gua tak sedar langsung pasal Nuffnang nie. Benda apakah Nuffnang ini? Ternyata ketika itu gua agak bengap sikit. Namun,bengap lagi Sarip Dol.(sedara lu ea?)
Selepas gua mendaftar Nuffnang ini..serta menjelajah blog-blog otai yang memang arif berkenaan hal ini. Gua terus setia bersama Nuffnang. Kerana apa? Kerana Nuffnang dapat menjana pendapatan.
Orang tua dulu-dulu kata.."Sambil menyelam sambil minum air..",kan?
****
Ok! Tadi,mak gua ajak gua pergi tebus cek Nuffnang nie. Beliau takut cek Nuffnang ini tidak dapat ditebus gelak. Memang agak risau la emaknya..
"Eh! Anaknya buat dek je ke?"
"Kadang-kadang gua sibuk,lagipun gua tak tahu nak tebus bank mana.."
Tepat jam 1.00 petang. Gua ngan ayah dan mak gua serta adik gua pergi ke HSBC Bank. Nasib baik bank ini ada. Kalau tidak ada,memang tak tahu lah nak tebus dekat mana.
"Aduhai..macam mana nak tebus cek nie. First time nie..." gua mula risau.
Selepas seketika..gua pun sampai. Gua dan mak gua pun berjalan-jalan ke dalam itu bank. Agak besar juga lah bangunannya. Tapi lagi besar CIMB Bank. Hehe!
*****
Sampai di depan pintu,gua tarik dan kasi mak gua masuk dulu. Almaklumlah,anak yang soleh. Orang tua didahulukan. Tapi kan..Gua segan hendak masuk itu bank. Sebab gua pakai selipar jepun warna kuning itu jam. Memang gua malu..namun apakan daya. Kerana mahu tebus itu cek. Gua terpaksa jugak pakai. Bapak gua kebas gua punya selipar..(ekceli selipar dia yang gua kebas..)
Apabila menjejakkan kaki ke dalam itu bank. Gua cari itu kaunter.
"Ha,jumpa pun.."
"Mak,ha tue kaunter.." tunjuk ku pada mak.
" Hurm..kena ambil nombor giliran dulu nie.." omong beliau..(merujuk mak aku)
Itu jam gua agak blur lah. Tak nak buat apa.. Kalau gua cerita. Memang panjang ar. Gua ringkaskan la.
****
Selepas tercengang seketika di situ. Datanglah seorang kakitangan bank.
" May i help you?" tanya beliau.
" Oh ya. Saya datang nak tukar cek nie.. Macam mana ye?"
"Ohh.ok..Mintak tengok ceknya.."
Mak aku pun kasi lah...
Selepas itu,dia bawak kami orang ke kaunter..Gua ikut sama lah. Gua kasi mak gua saja berbicara sebab gua segan. Haha!
Kakitangan bank tadi pun tanya..
"Ada buat akaun kat sini tak?"
Aku cakap tak ada.
" Akaun bank yang lain?"
"Tak da jugak."
Ya lah.. Gua memang tak da akaun mana-mana bank.Mak gua belum buat lagi. Huhu. Jadi,selepas berbicara sedikit. Dia cakap cek itu TIDAK DAPAT DITEBUS sebab gua tak ada akaun.
"Hurm..melepas lah..Nak guna akaun mak..tak boleh pulak.." keluh gua.
****
Itulah ceritanya... sebab gua tak da akaun. Gua tak dapat tebus itu cek lah? Aiya. Banyak pening. Gua sangka cek Nuffnang boleh ditebus macam itu sahaja. Rupanya tidak boleh. Sengal betul!
Tidak boleh ditebus tunai kerana cek Nuffnang itu cek berpalang. Kalau tiada palang,memang dapat tunai lah tadi. Tapi..itulah nasibnya.. Ekoran kejadian yang menyayat hati gua ini..yang meresahkan gua untuk cash out sekali lagi. Mak gua nak bukak akaun BSN hari Jumaat nie.
"Yeaay!! Gembiranya..."
Hehe. Jadi,selepas bukak akaun. Boleh la gua ambil itu duit. Selepas akaun nie siap,gua nak tekan butan CASH OUT selepas mencapai target. RM****. Gua tal mahu dah simpan itu duit lama-lama. Takut berlaku perkara yang tidak diingi,kan?
Perasaan Marah!
Yang paling gua marah, Blogger otai tak pernah kasi tahu macam mana mahu tukar itu cek la. Bikin gua panas betul lah!
Nota: Apasal aku guna "gua" lak nie? Kekekeke!