Kek Coklat Kini Dalam Pembikinan. (kalah Mat Gebu nanti..Hehe)


Ha,selepas bertungkus lumus..Inilah keadaan dapur yang agak tenat. Haha. Amacam? Biasalah kan..dapur macam ini akan terjadi apabila lelaki masuk di dapur..Kekeke! Tetapi,kalau perempuan masuk dapur..Akan jadi gini jugak. Betul tak cikgu Isza?? (cikgu Isza suruh try resepi dia..Mana nak cari nie? Hehe.)


Amir menggunakan Mixer dari Kenwood. Agak bagus sekali. Ternyata pilihan ibu yang tersayang tepat apabila memilih jenama ini selepas disyorkan oleh kawannya. Hehe! Amir ambil kepala Mixer nie..Selepas itu,guna tangan untuk mengadunkan gula kastor,majerin,koko dan tepung naik sendiri. (pandai lak tepung naik sendiri ye. Haha!)



Sila jangan jeles dengan kek coklat Amir. Haha! Ini belum siap lagi tau..Separuh masak..Permukaan kek ini agak tenat macam bulan..Tidak rata sebab nak cepat..Hehe! Tetapi tidak apa..Nanti cantiklah..


Sekarang nie tengah menunggu kek coklat masak..Selepas itu kita(amir sorang) akan hias dengan fudge.. Tahu tak apa benda tue? Ha,kalau nak tahu..Sila tanya chef berdekatan.. Haha! 

"Alamak! Kek aku....ok! Cau dulu..hangus nanti..Hehe..."

Agak-agak la..Apabila kek coklat Amir dah siap.. Kalah tak kek Abang Mat Gebu kita? Hehe... Maaf bang...Gurau-gurau....Kekeke! Kalau rasa nak resepi makanan,blog Dapur Tanpa Sempadan Pilihan yang tepat! (promote nie bang.. )
jom baca lagi

Nak Memasak Kek Coklat@Cokelat(tak pandai eja)


******

Suasana di dalam kelas aku begitu sunyi sekali. Hanya kedengaran suara cikgu Chua yang lantang bercakap dihadapan.

Memandangkan esok adalah Majlis Hari Raya peringkat sekolah. Jadi,kami sekelas dipaksa untuk membaca sedikit juadah dari rumah.

Cikgu: Azmizie..kamu nak bawa apa nanti?

Azmizie: Hurm...saya bawak ir soya bean je la cikgu..sekolah.

Ciikgu pun mencatat barang yang dibawa oleh Azmizie.

Apabila cikgu susah menyoal pelajar lain. Aku terpikir... Apa yang patut aku bawa?

Memang blur habis lah.

"Amirul..kamu nak bawa apa pulak?" soal cikgu.

"Hurm..kejap cikgu..saya fikir... ha,cikgu.. Tengok lah nanti..saya akan bawa yang termampu..InsyaAllah.." jawapku..aku sebenarnya tak tahu nak bawak apa..Bajet main doe.

" Eh! Mana boleh nanti-nanti..Kamu bawa kek sajalah.." arah cikgu.

"Kek? Tengoklah cikgu..."

Aduhai..cikgu pun tulis dalam catatan yang aku harus membaca sebiji kek. Memang parah la. Tetapi janji tetap janji. Harimau berpegang pada taringnya..manusia berpegang pada janjinya. Erk?

Baiklat..Sat gi Amir nak pi buat kek. Minta tolong adik perempuan.. (sapa nak masuk minang? Hantaran 1 juta). Haha.

Okeyh! See u later..Nanti Amir akan kongsikan gambar kek yang Amir buat. Hehe!


jom baca lagi

Sinopsis|Pelakon|Tiket Muzikal Tun Mahathir





Siapa dah tengok Muzikal Tun Mahathir? Kalau belum,rasanya belum terlambat lagi.
Tajuk : Muzikal Tun Mahathir
Produksi : Istana Budaya, CTRA Production & Persatuan Penulis Wanita Malaysia (PPWM)
Kategori : Teater
Tempat : Panggung Sari, Istana Budaya
Tarikh : 24 September – 4 Oktober 2010
Masa : 3.00 petang (25 September, 2 & 3 Oktober 2010) dan 8.30 malam (24 September - 4 Oktober 2010).



Jom kita lihat Sinopsis teater ini. Sinopsis Muzikal Tun Mahathir.
Menceritakan bagaimana kehidupan zaman kanak-kanak, keluarga, rakan-rakan, pendidikan, penjajahan dan segalanya yang menjadi motivasi kepada Tun Dr. Mahathir Mohamad untuk menjadi pemimpin yang ulung. Sifat kepimpinan beliau terserlah sejak zaman kanak-kanak lagi. Beliau mengetuai penentangan terhadap Malayan Union dan kemasukan tentera Jepun.

Perjalanan hidup sebagai seorang doktor Melayu yang ingin membantu bangsanya dan ahli politik yang ada pasang surut juga ditampilkan. Begitu juga tentang dilema dan kejayaan yang digapainya semasa menjadi Perdana Menteri selama 22 tahun. Keseluruhannya digambarkan dalam bentuk dialog, lirik lagu dan gerak yang disesuaikan dengan fakta sebenar yang diperakukan oleh Tun Mahathir sendiri.

*****



Wah! Sudah tentu menarik kan? Tetapi saya tidak dapat pergi lah. Baiklah. Barisan pelakonnya pula ialah Esma Daniel,Zizan Nin,Erra Fazira,Datuk Jalaluddin Hassan,Erma Fatimah,Mohd Shafieq Shazwan,Ako Mustapha, dan Zaibo.



Jadi,kepada sesiapa yang ingin melihat teater Muzikal Tun Mahathir. Senang sahaja. Harga tiket pun murah antara  RM32, RM52, RM82, RM102 & RM152.

Untuk Tempahan/Pembelian Online : www.ticket2u.biz atau hubungi hotline : 03-41498600. Untuk maklumat lanjut pula silalah ambil alamat  Box Office, Istana Budaya,Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur dan nombor telefon., 03-40265558.


Ha,macam mana? Nak pergi ke tidak? Kalau dapat,baguslah. Sudah pasti teater ini menarik kerana berkisarkan tokoh negara kita yang amat disanjungi.
jom baca lagi

Exchange Link: Penting Untuk Blog Yang Letak Link Amir Izzat Dalam Blog Dia

Asssalamualaikum! Entri nie entri ringkas sahaja. Sekadar memberitahu bahawa barangsesiapa yang ada letakkan link Amir Izzat dalam blog dia. Silalah tinggalkan nama korang serta url blog korang. Senang sahaja. Sebelum nie dah letak. Memandangkan Amir dah tukar template ini. Jadi,link tersebut hilang. Harap maaf.

Sudi-sudilah kita menukar link di blog masing-masing ya. Manalah tahu hubungan kita akan erat walaupun ia mengambil masa bertahun tahun untuk berkenalan. Okeyh? Letak nama dan url blog korang. Simple sahaja. Assalamualaikum!


jom baca lagi

Menang HP Mini Notebook?



Laptop yang kecil dan padat..memang menjadi idaman hati. Senang dibawa di mana sahaja.  Tidak kiralah di jamban atau di tandas atau ketika berjalan atau ketika berkhemah di hutan belantara dan di mana saja anda berada. Kalau laptop yang besar memang susah lah.



Tanyalah sesiapa sahaja. Mesti mereka mahu laptop yang cantik dan canggih. Tidak terkecuali juga dengan Amir. Amir memang mengidamkan laptop yang kecil dan mudah dibawa ke mana sahaja. Laptop yang Amir ada sekarang agak besar sedikit. Menyesal juga membeli laptop ini namun apakan daya. Ini pilihan ayah. Amir dah tengok Sonny Vaio harganya RM 2 ribu ke atas. Agak mahal lah..Tapi kan..Amir minat DSLR.. Duit yang hendak dikumpul hajarnya nak beli DSLR tapi... Tak apalah..DSLR jugak pilhan nanti.





Ha,sebenarnya Amir bukan nak bercerita pasal diri Amir tetapi Amir nak bercerita pasal sahabat blogger nie.. Korang tahu tak..Bertuahnya dia.. Nama dia Aida. Cantik nama..






Sebenarnya Cik Aida nie memang contest dan memang HP Mini Notebook.(gambar atas sekali). Wah! Bertuahnya.. Jeles Amir.. Nak tahu cerita pasal bagaimana Cik Aida mendapatkan HP Mini Notebook? (klik sini). Jom Terjah!
jom baca lagi

Datuk Siti Nurhaliza Sedang Mengidam?| Mengandungkah?

sumber gambar dari sini.

Dengar cerita. Siti Nurhaliza sekarang nie sedang mengidam. Bercakap soal mengidam. Mestilah pasal perempuan mengandung. Bila bercakap pasal perempuan mengandung. Dalam kandungannya mesti ada bayi,bukan bola ya(budak-budak selalu salah erti). Bila bercakap soal bayi mesti ada bapaknya. Eh! Maaf. Merapu pulak. Hehe!

Tapi kan..Kalau dah mengidam mestilah mengandung. Tapi Datuk Siti Nurhaliza bukan mengidam seperti perempuan yang hamil tetapi lagi pelik. Nak tahu apa dia?

Tadaaa! Datuk Siti Nurhaliza sebenarnya mengidam telefon iPhone 4 yang terbaru ini.

Siti cakap..

“Tetapi bukanlah hamil. Sebaliknya, Siti hanya mengidam iPhone 4. Lebih-lebih lagi bila melihat model telefon bimbit pintar kegilaan dunia itu berada di depan mata Siti.” ujar Siti mematikan topik dirinya sedang hamil.

Seperti pengguna telefon bimbit pintar yang lain, Siti cukup teruja dengan model terbaru iPhone 4 itu. Jenama terbaru telefon bimbit iPhone 4 dilancarkan Maxis pukul 12 tengah malam, Jumaat lalu di Kuala Lumpur.

Wah! Datuk Siti Nurhaliza pun mengidam iPhone. Apatahlagi Amir nie. Kalaulah ada duit,dah lama beli. Kekeke! Kalau Datuk Siti Nurhaliza rasa nak beli dua. Belilah untuk Amir satu. Hehe! (berangan nie).

Baiklah. Barangsesiapa yang mengharap Datuk Siti Nurhaliza mengandung. Sabarlah.. Datuk Siti pun sabar tau.. Tunggu sahaja apabila ada rezeki.



Nota: Amir tak terkesan langsung dengan fenomena iPhone 4 nie. Ahaks.
jom baca lagi

Oh Tidak! Fasha Tinggalkan Aku..


"Sungguh gelap malam ini..tidak seperti malam yang lain...malam kelmarin adalah jugak bulan mengambang yang sungguh indah..tetapi malam ini? Amat sunyi sekali.." aku berkata di dalam hati.


Sambil melayan sebuah lagu Iklim "Bukan Niatku..". Aku terus hanyut dalam mimpi.

Dalam mimpi ku...Aku bermimpilah..tentang. Tentang apa lagi? Pasal awek idaman. Namanya Fasha. Bukan Pashasendat ye. Tetapi Fasha. Just Fasha.

Aku dan Fasha adalah pasangan kekasih dan bahagia. Fasha memiliki wajah yang amat cantik dan mengghairahkan mana-mana lelaki yang melihatnya. Maaf! Aku tidak dapat sertakan gambar wajahnya disini..takut-takut ada yang terpikat.

Cantik macam Lisa Surihani gak ar. Hehe!


Pada suatu hari,aku dan Fasha berjalan-jalan di sebuah pasaraya. Kami membeli air Ribena kerana terlalu haus berjalan di tepi taman. "Kalau minum ribena..nanti jadi kanak-kanak ribena tau..." kata ku pada Fasha.

"Eh! Mana ada..tapi jadi kanak-kanak ribena best jugak bang.." jawap Fasha.

"Ye la tue..."



Ketika aku sedang memandu motorsikal Ninja Kawasaki. Tiba-tiba aku tidak dapat mengawal motorsikal ku ini lantas melanggar tiang lampu lalu kami pun terbang gaya superman ke hadapan. Fasha tercampak ke di atas jalan raya. Aku pula tercampak di tepi jalan.

Kemudian....

"Peeeeeeeeeeeeeeeeeeeetttttttttttttttttttttttttttt!" bunyi hon dari lori yang datang ke arah Fasha.

"Fashaaaaaa!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!" aku menjerit sekuat hati. Namun,apakan daya. Fasha telah dilanggar lori keparat itu. Sungguh sadis sekali. Lantas,dengan gagahnya aku berlari ke arah Fasha.

" Fasha! Maafkan abang.. Maafkan abang.." aku berkata sambil menitis air mata.

" Tak apa bang. Ini mungkin takdir kita.. Sampai disini sajalah hubungan kita abang..Terima kasih untuk segalanya.." Fasha berkata dalam keadaan nyawa-nyawa ikan dan terus menghembuskan nafas yang terakhir.

"Fasha? Fashaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!" aku menjerit sekuar hati lagi. Aku tidak dapat menerima kenyataan ini bahawa Fasha akan pergi meninggalkan aku dalam sekelip mata...

" Arrrghh! Fashaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!" aku menjerit lagi..."

Tiba-tiba.........

Aku disimbah dengan air yang teramat sejuk.

" Amir! Bangun! Dah tengahari nie..Membuta ja kerja.. Cepat bangun!" jerit mak aku sambil menyingkap langsir dalam bilikku.

" Mak! Fasha mana mak?" aku bertanya kepada mak aku dalam keadaan cemas. Teringatkan Fasha yang kemalangan tadi.

" Eh! Fasha mana pulak nie? Dah! Dah! Pi mandi cepat.. Mak nak keluar pergi pasar.." jawap mak aku dalam keadaan kebingungan lantas menyuruh aku mandi.

Aku apa lagi..Terjah bilik mandi. Tetapi..Kemanakah Fasha pergi????

Nota: Kan aku dah kata..Ini mimpi..Namun,ada makna tersirat. Hehe!
jom baca lagi

Rasa Nak Cashout Lah! | Dah Tak Dapat Tunggu Lagi Nie.

Hish! Apasal earning aku slow nie? Huhu! Slow mengalahkan kura-kura. Buffered earning ada empat. Berjalan semuanya tapi sikit je lah. Bersyukur saja,kan? Hurm.. Tak sangka betul aku. Dalam masa dua bulan,duit kat akaun Nuff tue dah mencapai 3 angka? Tiga baru..

Sebenarnya nak tunggu sampai RM*0*. Tetapi penantian memang menyeksakan. Lebih menyeksakan lagi dari putus cinta tau. Selepas cashout,kena tunggu sebulan. Bukankah ia penantian yang penuh penyeksaan? Bagi aku. Hahaha!

Sebelum nie dah cashout. Alhamdulillah dah sampai rumah dan dah bank in kan. Jadi, kalau tekan button cashout kali nie. Dah dua kali la cashout. Berbangga ke? Tak lah.

Kalau blogger yang earning kencang. Setiap sebulan aku rasa dah cashout. Kalau aku? Hampeh. Dua bulan baru dapat. Memang dah dapat dah tunggu nie. Nak guna gak duit tue beli kamera DSLR. Kalau dapat lah. Haha! Memang kuat berangan aku nie.




Tak apa lah. Kalau nasib mengizinkan. Malam nie aku nak tekan. Jadi,akhir bulan 10. Aku akan dapat chek. Hikhik.


Oh ya! Kalau dah cukup RM50 tue. Cashout lah ye. Selepas itu,buffered earning pasti akan datang sentiasa. Betul wa cakap sama lu.
jom baca lagi

Sinopsis Drama Chinta Dalam Slot Akasia TV3


Chinta merupakan drama terbaru slot Akasia TV3 menggantikan drama Epilog Syurga Cinta.Drama Chinta  bakal menemui penonton pada 27 September 2010 ini menerusi slot Akasia TV3, setiap Isnin hingga Khamis jam 6.30 petang selama sejam.

Sinopsis Drama Chinta

Drama Chinta TV3 mengisahkan perjalanan perit seorang gadis baik dengan imej bertudung di sebuah kampung.
Namun hidupnya mula dikaburi seribu satu dugaan yang datang menghimpit apabila abang kandungnya Kamal (lakonan Azhar Sulaiman) sanggup merogol dan menjualnya. Bukan itu saja, sahabat karibnya, Mustika (lakonan Zarynn Min) pula menikam dirinya di sebalik kelembutan sebagai teman hanya kerana cemburu akan sayang seorang jejaka, Fakri (lakonan Ezany Nizariff) yang mencintai Chinta.
Meskipun tidak sesekali ingkar akan tanggungjawab kepada agama dan dirinya, Chinta terus dilanda dugaan yang datang bukan sekali, sebaliknya bertimpa-timpa hingga menyebabkan dirinya lemas dalam suratan yang tertulis buatnya.
Chinta mula mempersoalkan nasibnya dan merasakan Tuhan tidak adil padanya. Justeru, Chinta tekad dan bangkit menentang takdirnya hingga mengambil keputusan meninggalkan kampung halamannya untuk berhijrah ke bandar raya bagi mengecapi satu impian di luar imaginasinya.
Chinta pergi meninggalkan zaman silam yang membunuh jiwanya di kampung. Dia tidak percaya dengan lelaki dan istilah cinta lagi. Fakri ditinggalkan tanpa amaran.
Hidup barunya di KL menemukan Chinta dengan Mayang (lakonan Natasha Hudson). Diarinya mula berubah dan Chinta berdiri sebagai peragawati jelita, seksi dan menarik hingga menyebabkan banyak pihak datang mendekatinya. Kecantikan dan personalitinya yang penuh dengan dendam itu bagaimanapun mengundang rasa kurang selesa di kalangan wanita lain.
Di sebalik kerjayanya, Chinta menyimpan rahsia yang sebenarnya dia pelacur kelas atasan. Namun Chinta kekal dengan misinya bagi melangsaikan rasa dendam di hati yang kian menebal.
Akhirnya, hidup bertopengkan kepura-puraan itu membuka pintu hati Chinta dengan nilai sayang sejati dengan pengawal peribadi kepada seorang Tan Sri yang membelanya, Amar (lakonan Ady Putra).-sumber dari azuanrazi.com
Berikut pula ialah sinopsis(tak pasti) tentang chinta yang bersumberkan gua.com.my Macam ada dua versi la pulak. Apa apa pun,korang layan je.
Chinta….satu nama yang tidak asing di kalangan elit yang mengunjungi syurga terlarang. Cantik, anggun, peramah, bijak, Chinta tahu menggunakan akan aura tarikan dan kelebihannya untuk memikat lelaki-lelaki yang hanya mahukan tubuhnya.

Namun, Chinta tidak akan membiarkan dirinya menjadi milik hakiki pada sesiapa kerana dia tidak suka terikat. Tapi semua itu hilang apabila dia bertemu dengan Amar, seorang pengawal keselamatan kepada salah seorang pelanggan tetap Chinta.

Amar dirasakan tidak sama seperti lelaki-lelaki yang pernah di temuinya dan tanpa disedari, Chinta mula menyayangi jejaka yang begitu menghormati dirinya walaupun dirinya tidak semulia perempuan lain.

Malangnya, Amar ditimpa kemalangan dan meninggal ketika dalam perjalanan untuk majlis pernikahan mereka. Satu hari, Chinta terpaksa mendapatkan khidmat peguam syariah bila dia ditangkap khalwat.

Alangkah terkejutnya apabila pertama kali bertemu dengan Rasul Iman, peguam belanya yang seiras wajah Amar. Sudikah seorang lelaki professional dan dihormati seperti Rasul Iman mengangkat dirinya ke tahap yang lebih tinggi dari hanya seorang anak guam bela, atau lebih tepat, pelacur?

Barisan Pelakon.



Teraju utama drama Chinta yang juga menggalas watak Chinta adalah Fasha Sandha, manakala pelakon lain yang turut membintangi drama bersiri 28 episod itu termasuk Azhar Sulaiman, Ezany Nizariff, Ady Putra, Natasha Hudson, Zain Saidin, Fadzilah Mansor dan Zarynn Min. Dah lama kan tak tengok Fasha berlakon? Lama ke? Entah la. Sebab sekarang nei jarang nak lihat Fahsa Sandha di kaca tv.

******

Berdasarkan sinopsisnya. Drama ini agak menarik dan menimbulkan pelbagai persoalan. Jadi,saksikan ‘Chinta’ lakonan Fasha Sandha, Ady Putra, Jalil Hamid, Ezany, Jue Aziz mulai 27 September,Isnin hingga Khamis, jam 6.30 petang di slot Akasia.
jom baca lagi

Filem Resident Evil : Afterlife Memang Terbaik!







Bayangkanlah. Apabila Alice berlawan dengan raksasa apa ntah  yang  berbadan besar serta memakai penutup kepala dan membawa kapak yang amat besar. Sungguh menggerunkan. Namun,Alice dengan pantasnya menembak raksaan manusia itu dengan shotguns yang pelurunya ialah duit syiling.

Syiling? Yup,hebat betul. Oh ya! Aku tak pandailah nak ulas cerita ni. Apa yang dapat aku katakan,korang patut tonton filem ini. Tahukah korang. Kawan Amir dah 3 kali tengok filem nie. Gila lah! Haha!


Moh kita tengok sedikit videonya. Hehe!


jom baca lagi

Tengok Wayang Citer Resident Evil : Afterlife


Assalamualaikum w.b.t  Apa khabaar korang? Hehe. Agak-agak la. Apa aktiviti menarik yang korang akan lakukan pada hari ini? Mestilah beriadah dengan keluarga bukan? Tetapi,pada pagi ini. Amir akan keluar tengok wayang. Hehe! Dah lama tak tengok wayang sebab mak kata wayang itu tempat maksiat.

Filem yang Amir nak tengok ialah filem Resident Evil : Afterlife. Kawan Amir cakap cerita ini best dan menarik. Filem Melayu tak syok,kan?


Selepas tengok wayang citer nie, Amir dan rakan-rakan berhajat nak pergi Jom Heboh di Stadium Negeri Petrajaya,Kuching Sarawak. Baiklah. Semoga hari korang hari ini penuh bahgia. Dont tacing-tacing with anyone. Ahaks.

Semoga berjumpa lagi dan teruskan bersama Amir di blog Revolusi Pembebel Jalanan.

P/s: mahu makan dulu. Hehe! Oh ya! Siapa mahu header free?? Angkat tangan? (tipu je ni)


Nah! Gambar ini adalah header. Ambilah. Ahaks.  Amir bukannya pandai nak buat header. Tak cantik langsung. Hehe!
jom baca lagi

Penarik Beca Dipenjara 14,400 Tahun Kerana Rogol Anak

MANILA: Seorang lelaki dihukum penjara 14,400 tahun kerana merogol anak remajanya hampir setiap malam selama setahun, kata pegawai perundangan, semalam, selepas mahkamah menolak rayuan dikemukakan tertuduh sebelum ini.

Lelaki terbabit - seorang penarik beca - menjadikan anaknya perempuan berusia 13 tahun sebagai pemuas nafsu ketika isterinya pergi ke Hong Kong untuk bekerja sebagai pembantu rumah.

Hakim Mahkamah Rayuan, Mario Guarina, berkata kes itu adalah yang paling serius dilakukan ke atas remaja dalam sejarah perundangan Filipina.

Guarina mengekalkan sabitan mahkamah terdahulu pada Mac 2006 yang mendapati tertuduh bersalah atas 360 tuduhan rogol.Mahkamah juga mengarahkan dia dihukum penjara 40 tahun bagi setiap kesalahan.


Pada asalnya, penarik beca itu dihukum mati tetapi Filipina membatalkan pelaksanaan hukuman itu tiga bulan kemudian.Mahkamah diberitahu, bapa kepada tiga anak itu mula merogol mangsa pada Januari 2001 dan berlanjutan 368 hari. - AFP



********
Dipenjara 14,400 tahun? Wah! Lamanya. Kes ini barulah betul. Saya rasa belum sempat habiskan tempoh kena penjara. Bapa tue sudah masuk kubur. Itu la. Siapa suruh buat kerja dajjal? Kan?

Baiklah. Kalaulah kes buang bayi serta kes yang berat-berat di negara kita diambil serius. Kan senang. Asal buat 'jenayah dajjal'. Bagi hukuman yang berat-berat. Ini tidak,dibiarkan dulu. Menteri nak bawa berbincang dan macam-macam kerenah la demi kepentingan poket menteri yang berkenaan.


Selamam,saya ada menonton Berita di tv3. Seorang bapa tiri dipenjara hanya beberapa tahun dan 6 sebatan sahaja. Tidak cukup. Kena kasi gantung itu 'barang'. Baru dia rasa. Memang tak ada kehormatan langsung. Aduhai..macam-macam kes. 

Kes diatas baru di Manila. Kalau berlaku di Malaysia?  Fikir lah sendiri.
jom baca lagi

Karnival Jom Heboh 2010 Di Stadium Negeri Petrajaya,Kuching, Sarawak

Karnival Jom Heboh pada kali ini akan di adakan di Stadium Negeri,Petrajaya,Kuching Sarawak pada 25 September hingga 26 September 2010.Jadi, kepada sesiapa yang tinggal berdekatan. Boleh la pergi ke Stadium Negeri Sarawak. Amir pula,mungkin akan pergi pada sebelah petang selepas menonton wayang dengan rakan. Siapa nak pergi? Jom pergi dengan Amir.

Baiklah. Jom kita lihat video iklan promo Jom Heboh 2010 Di Sarawak.



Hehe! Perasan tak muka kakak yang mengayuh sampan ? Kenal tak? Amir rasa macam kenal je. Hehe! Baiklah. Jangan pula esok. Kita serbu Jom Heboh. Sebenarnya kan,Amir tak pernah pergi karnival Jom Heboh nie. Hehe!

Oh ya! Temui personaliti TV3 di booth Studio 3, Danny & Comel (Hotel Mania) di booth MyTV3, Aaron Aziz, Remy Ishak, Nabila Huda dan ramai lagi di booth Studio Cereka. 
jom baca lagi

Sinopsis Drama Ahmad Durrah Dalam Slot Zehra TV3


Sebelum ini,kita disajikan dengan drama ‘Janji Kekasih’ yang telah melabuhkan tirainya, ‘Ahmad Durrah’, sebuah drama bersiri 13 episod arahan Raja Ahmad Alaudin telahpun memulakan tayangannya sejak 17hb September lalu.

Sinopsis Drama Ahmad Durrah

Drama terbitan Global Station ini mengisahkan suka-duka kehidupan Ahmad Durrah yang terus berubah setelah jatuh ditimpa tangga. Sedih dan tertekan selepas diisytiharkan muflis oleh mahkamah dan kehilangan jawatan, Ahmad Durrah dikejutkan pula dengan permintaan isterinya, Mira yang mahukan perceraian kerana tidak mahu lagi terikat dengan dirinya yang kini tidak lagi berharta dan berstatus tinggi.

Walaupun hatinya remuk dan kecewa, mahu atau tidak, Ahmad Durrah terpaksa melepaskan satu-satunya insan yang dicintai selama ini. Setelah merenung ikhtibar segala yang berlaku, Ahmad Durrah mengambil keputusan untuk mengembara dan bermusafir bagi menenangkan hatinya disamping mencari kekuatan untuk bangun semula dari kegagalan.

Seperti ditakdirkan, pengembaraan Ahmad Durrah membawanya ke Kampung Tualang, sebuah kampung nelayan yang indah permai namun sudah lama bergolak dengan konflik.

Di sinilah bermulanya perjalanan Ahmad Durrah yang penuh dengan dugaan namun akhirnya keikhlasan hati dan niat yang murni menemukan Ahmad Durrah bukan sahaja dengan sahabat dan keluarga baru yang menerima dan melayannya denga mesra, malah, dia berhadapan dengan dilema apabila harus memilih antara tiga wanita yang menyintainya.

Siapakah wanita yang akhirnya berjaya memenangi hati Ahmad Durrah yang selama ini tertutup untuk menerima cinta lagi dan bagaimanakah beliau mengharungi cabaran dan perselisihan faham orang mengenai dirinya yang hanya ingin bangkit daripada sejarah silam yang pahit?

sumber dari sini.

Jangan lupa untuk saksikan drama Ahmad Durrah’, setiap hari Jumaat jam 9.00malam di slot Zehra TV3. Jangan terlepas ye. 

Barisan Pelakon.

Pastinya para peminat yang setelah sekian lama merindui untuk menatap wajah tampan dan lakonan mantap Rusdi Ramli di TV3 akan teruja dengan kemunculan beliau yang memegang watak utama ebagai Ahmad Durrah.

Selain Rusdi, drama bersiri ini turut menampilkan barisan pelakon tidak kurang hebatnya seperti Nabila Huda, Siti Shahrizah, Nelly, Normah Damanhuri, Qazem Nor, Jalil Hamid, Bell Ngasri dan Hafizudin.

*******
Pada pendapat saya,cerita ini mungkin menarik. Walaupun belum menonton,sinopsisnya saja sudah membuatkan saya teruja. Teruja? Yup,sebab kelihatan cerita ini lebih menepati citarasa saya. Bagaimana pula dengan anda?
jom baca lagi