Memaparkan catatan dengan label DSLR. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label DSLR. Papar semua catatan

Pedihnya Nak Kumpul Duit| Keranamu DSLR, Aku Sanggup Bersusah Payah

Oh kekasih pujaan hatiku,
Walaupun tubuh badanku hitam,
Walaupun dirimu tidak secantik mana,
Walaupun dikau begitu sukar diperolehi,
Aku tetap akan memilikimu.

Biar onak dan duri ku tempuhi,
Biar perut kelaparan,
Biar sakitnya tubuh badanku,
Tetapi memilikimu membuatkan aku semakin ghairah.

Oh DSLR,
Walaupun dirimu tidak penting dalam cantiknya sesebuah gambar,
Namun dikau adalah medium untuk mendapatkan gambar yang berkualiti,
Bak kata otai "Its not about the camera but its about the man behind camera"
Apa yang penting adalah kemahiran menggunakanmu.

Walaupun aku terpaksa bekerja siang dan malam untukmu.
Namun ia akan berbaloi kelak selepas tiga tahun.
Dalam masa tiga tahun...wangku pasti mencukupi untuk memiliki mu.
Akan tetap ku tunggu dikau...



Dengan memilikimu..impianku ingin menjadi photographer pasti menjadi kenyataan.InsyaAllah.
Enhanced by Zemanta
jom baca lagi

Kamera DSLR Punya Pasal..Aku Sanggup Kerja





Hurm... Otak aku sedang berfikir. Patut ke aku pergi minta kerja esok hari? Kerja di Kedai Nasi Kerabu. Gaji? RM15. Boleh tahan.. RM15 x 30 = RM450. Dalam masa sebulan sahaja aku dapat RM450. Boleh la tue.. Tambah sedikit dengan duit yang ada di dalam bank dan simpanan.. Hampir seribu ringgit. Ok la tue..

Tapi kan..berbaloi ke aku kerja? Aku kerja sebab nak beli kamera DSLR nie ar.. Aku nak kumpul RM3 ribu dahulu. Aku beli DSLR yang basic punya. Tak pun aku sambar D7000 atau D90.  Kalau gitu, aku kira dalam masa tiga tahun aku dapat la kumpul RM3 ribu.. Ok la tue. Tahun depan SPM. Mana boleh kerja tahun depan..Perlu fokus pada pelajaran. Kalau tak, gagal SPM aku.. Sekarang nie pun sudah goyah..Aduhai..

Aku nak DSLR bukan apa..Aku orang susah..aku sedar..Jadi,kalau aku kerja aku boleh la beli DSLR nie dan apabila dah dapat keputusan SPM aku boleh sambung dekat U ambil kurus pasal Photograpy. Ada kan? Tak pun..Aku ambil kursus grafik. Antara dua itu lah.

Kerja jadi pelayan nanti..Aku rasa tidak lah memenatkan. Dari pukul 3 petang hingga 11 malam. InsyaAllah, kalau tiada aral melintang, esok aku pergi jumpa Pak Cik Hanapi tuan empunya kedai tu mintak kerja. Jadi, tak perlu lah aku bergantung pada mak bapak aku nanti..Duit itu aku simpan khas untuk DSLR. Belajar perlahan-lahan. Hurm..Kalau anak orang kaya, terus mintak apa sahaja..Semua dapat..kan?

Tapi aku? Argh..aku masih berpijak di bumi yang nyata..Bersyukurlah Amirul..Tapi usaha tangga kejayaan. Kalau aku kumpul sikit-sikit lama lama nanti aku boleh beli... Yeah! Aku yakin! Esok aku mintak kerja....Doakan aku..semoga dipermudahkan lagi urusan... :)
jom baca lagi

Nikon D3000? Tidak Sesuai Untuk Aku..


DSLR oh DSLR.. Nikon..Canon..Sony... Lama dah aku mengidam..Tengah kumpul duit la nie nak beli engkau wahai Nikon D7000. Kalau tak dapat,aku sambar Canon 550D sahaja lah. Oh ya! Pagi tadi di sekolah. Kawan aku,Ikmal. Ada bawak Nikon D3000. Apa tunggu lagi.. Bagai pucuk dicita ulam mendatang lah.

"Mal..Cantik DSLR..Sapa punya?" tanya aku.

"Kamera nie kelas kami orang punya..Kumpul duit bah beli benda nie..Aku punya Canon 500D." jawap Akmal.

"Cantik ah..DSLR jenis apa nie?" Aku tanya sebab tak tahu dia punya brand..

"Nikon D3000..."

"Ok..bak sini sat.." pintaku..

Apa tunggu lagi.. Snap la.. Mula-mula aku tengok dia punya menu. Okay la. Cari dia punya function kat internet. Boleh la untuk beginner.. 

Pendapat aku selepas memegang kamera nie... Aku rasa tak sesuai la.

1. Kecil.
2. Alang-alang harga RM 3 ribu bagus aku ambil D90
3. Tak menepati citarasa.

Haha.. Nikon D3000 nie kecil la bagi aku..Tak ngam langsung dengan tangan aku. Gambar? Baik punya..Boleh la.. Cuma itu la.. Ada orang kata,carilah yang sesuai ngan tangan. Baru syok ambil..kan..kan..  Harga RM3 ribu.. Boleh tahan beb.. Tapi tak mahulah..Aku nak amil yang Mid Level. Tak mau ambil entry level. Aku takut bila guna entry level..cepat bosan pastu kena la upgrade..kena la cari duit lagi.

Bercakap pasal duit..or bajet.. Kalau tak da bajet yang cukup..Jangan duk mimpi la..Tapi sekarang nie aku sedang mencari duit.. Ya,aku sedang kumpul duit nak beli DSLR nie..Jenama Nikon kot pilihanku.. Body dia tahan lasak. Gambar pun cantik! Canon pun boleh gak.. Tak apa lah..asalkan DSLR yang boleh membantu cita cita aku.. Apa cita-cota aku? Ada laa..Mana boleh bagitau...

Baiklah...Akhir kata,misi mencari duit untuk DSLR kini bermula...Oh ya! Siapa dah ada pengalaman guna Nikon or Nikon D3000 nie? Apa komen anda??

Nota: Gambar yang aku amik duk ngan kawan..Huhu
jom baca lagi

Menang HP Mini Notebook?



Laptop yang kecil dan padat..memang menjadi idaman hati. Senang dibawa di mana sahaja.  Tidak kiralah di jamban atau di tandas atau ketika berjalan atau ketika berkhemah di hutan belantara dan di mana saja anda berada. Kalau laptop yang besar memang susah lah.



Tanyalah sesiapa sahaja. Mesti mereka mahu laptop yang cantik dan canggih. Tidak terkecuali juga dengan Amir. Amir memang mengidamkan laptop yang kecil dan mudah dibawa ke mana sahaja. Laptop yang Amir ada sekarang agak besar sedikit. Menyesal juga membeli laptop ini namun apakan daya. Ini pilihan ayah. Amir dah tengok Sonny Vaio harganya RM 2 ribu ke atas. Agak mahal lah..Tapi kan..Amir minat DSLR.. Duit yang hendak dikumpul hajarnya nak beli DSLR tapi... Tak apalah..DSLR jugak pilhan nanti.





Ha,sebenarnya Amir bukan nak bercerita pasal diri Amir tetapi Amir nak bercerita pasal sahabat blogger nie.. Korang tahu tak..Bertuahnya dia.. Nama dia Aida. Cantik nama..






Sebenarnya Cik Aida nie memang contest dan memang HP Mini Notebook.(gambar atas sekali). Wah! Bertuahnya.. Jeles Amir.. Nak tahu cerita pasal bagaimana Cik Aida mendapatkan HP Mini Notebook? (klik sini). Jom Terjah!
jom baca lagi