Memaparkan catatan dengan label Blogger. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Blogger. Papar semua catatan

Jangan Jadi Blogger Kalau Jiwa Mahu Ditatang Bagai Minyak Yang Penuh atau MANJA!

Bismillahirahmanirahim.

(Hari ini sangat sedih sebab laptop terpaksa diformat balik akibat aktiviti menternak virus terus berlaku tetapi hati tetap setia pada Windows XP. Hahaha!)


Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh.

Apa khabar pembaca blog Amir Izzat yang budiman? Maaf ler tidak balas komen korang sebab ana sekarang online guna laptop mak. Nanti lah terjah balik. InsyaAllah andai ada masa. Harap-harap antum semua tidaklah berkecil hati seperti sesetengah blogger yang MANJA yang mudah berkecil hati (kononnya,padahal mahu perhatian).

***sila celik mata anda pada perkataan MANJA***

Bercakap tentang blogger yang MANJA ini, ana amatlah terasa malu sebab blogger sebegini tidak patut menjadi blogger. Betul bah! Kerna mereka ini sentiasa mahukan perhatian dan belaian daripada blogger-blogger yang popular,terkenal dan yang telah lama bertapak dalam arena ini. Namun begitu, aku tidak hairan dengan sikap sebegini kerana dalam kehidupan yang nyata pun ada juga orang macam ini. Mahu perhatian setiap masa. 

Kenapa tetiba sahaja aku bercakap pasal blogger yang MANJA ini? Sebab mereka ini amat menjengkelkan dan banyak songeh. Walaupun hati dan jiwa ana yang kiut ini tidak mahu meneruskan penulisan ini tetapi akal yang waras ini tetap juga memaksa agar dunia blogging ini terus aman.

Ok! Jom kita serius sikit.

Kita sebagai seorang yang beragama Islam kena faham apa itu budi bahasa, sopan santun dan tatasusila kita sebagai orang yang beragama Islam. Kita kena faham adab-adab dan nilai murni yang Islam terapkan. Janganlah kita memperbodohkan diri kita kerana hal yang remeh temeh seperti kisah di bawah.

Kisah Pertama.


Seorang blogger yang bernama si A telah membuat satu entri berkenaan Perbezaan Blogger Yang Terkenal. Maka, di dalam entri itu terluahkan segala isi hati si blogger A yang tidak berpuas hati dengan blogger ,B,C,D dan E sebab tidak kena layan. Maka, tampalan(entri) itu dibaca pula oleh blogger G yang memang sudah tidak berpuas hati dengan blogger yang dinyatakan oleh blogger A. Kemudian, berkatalah blogger G dalam komennya.

"Iyalah Nyah, i memang setuju dengan u seratus peratus... Blogger B,C,D dan E memang perangai gitu. Dulu i pun peminat mereka tetapi selepas mereka tak layan i. Terus i tak follow dia. Menyampah tol nyah!"

Lalu, mengumpatlah mereka berkenaan blogger B,C, D dan E. Lantas, terhasillah satu dosa iaitu dosa mengumpat.

Selepas itu, datanglah seorang blogger yang bernama Amir Izzat dan mengomen pada tampalan blogger A.

" Assalamualaikum. Nama awak *** kan? Kalau nama awak Melayu tentu awak beragama Islam. Kita sebagai orang Islam kita kena tegur dengan cara yang baik. Guna cara lembut. Kalau boleh awak tegurlah secara persendirian. Tidak perlulah membuat entri sebegini. Kan ia mengaibkan. Blaa..blaa... Kalau saya buat entri " Blogger yang paling bodoh adalah awak, awak marah tak? Mestilah marah kan..macam itu juga dengan entri awak."

Macam itulah komen blogger yang bernama Amir Izzat. Kemudian, Amir Izzat telah diserang oleh blogger lain yang mengatakan Amir Izzat ini peminat blogger yang blogger A katakan itu dan menentang Amir Izzat.

Tidak lama kemudian, ramailah blogger yang menyatakan ketidakpuasan masing-masing pada ruangan komen pada tampalan blogger A. Ada macam-macam komen lah pasal blogger berkenaan. Pasal tak kena layan kat twitter lah, kat facebook lah, blogger itu sombonglah dan macam-macam lah diorang mengumpat.

WTFish!!! (ikut style Melayu skrg.)

***
Jadi, apakah pendapat antum semua? Siapalah yang memulakan perkara ini? Siapa yang salah? Adakah blogger A? Blogger B,C,D,E ? Ataupun Amir Izzat yang cuba menasihati blogger A?

***
Apa yang cuba ana sampaikan disini adalah:

1. Sikap blogger sendiri yang menulis menggunakan hati tetapi berbicara menggunakan otak. Sepatutnya kita menulis menggunakan akal fikiran dan meletakkan asas agama dalam penulisan kita agar tidak menimbulkan huru hara. Berbicara pun mestilah menggunakan akal. Ingat! Jagalah hati masing-masing.

2. Sikap blogger sendiri yang amat MANJA dan mahu ditatang bagai minyak yang penuh. Kita kena faham bahawa blogger lain juga adalah manusia.

3. Sikap blogger sendiri yang lupa ajaran Islam bahawa Islam menganjurkan pendamaian. Tidak puas hati, berdamai saja.

4. Sikap blogger sendiri yang mudah melenting apabila ditegur kerana merasakan diri adalah betul. Datanglah malaikat sekalipun apabila hati tidak bersih pasti ditentang juga. Inikan pula ana yang hina dina ini.

5. Sikap blogger sendiri yang tidak memikirkan perasaan orang lain tetapi hanya memikirkan perasaan diri sendiri sahaja.


***setakat itu sahajalah***

Namun begitu, tidak semua blogger bersikap sedemikian. Hanya segelintir sahaja yang mengeruhkan keadaan. Kita kena ingat Allah. Bila kita ingat Allah tentu kita tidak akan melakukan kemungkaran.

Kita kena terima hakikat bahawa benda yang kita rasakan betul itu salah. Niat tidak menghalalkan cara.

Ingat! Bila kita jadi blogger janganlah kita jadi MANJA sebab kalau mahu ditatang bagai minyak yang penuh, disini bukan tempatnya. Blogger juga manusia. 

Janganlah kita jadi blogger yang:
1. Yang sikit-sikit nak kutuk blogger lain.

2. Yang sikit-sikit nak tacing dengan blogger lain.

3. Yang sikit-sikit nak dengki dengan blogger lain.

4. Yang sikit-sikit nak blogger popular layan dia.

5. Yang sikit-sikit mahu diberi perhatian.

6. Yang sikit-sikit jadi bukit. Apa tue? Dosa ler. Wallahualam.

Kemon ar!!!! Kemon!

Ana sudah letih. Malas mahu membebel lagi. Ana mengundur diri dahulu. Yang pasti ana sedang serius.

" Man jadda wajada, waman zaraa hasada!"

- Usaha itu tangga kejayaan. Siapa yang berusaha dialah yang akan berjaya.

" Innasolatantaha anilfakhsah iwalmungkar" 

- "Sesungguhnya solat itu mencegah perbuatan fasik dan mungkar"

**luahan ikut hati**

" Sikit-sikit tacing  baik toksah jadi blogger."

Nota: Tegurlah aku dalam penulisan ini kadang-kadang nafsu amarah mempengaruhiku. Ambillah yang baik dalam tampalan ana ini. Yang buruk jangan ikut. Kalau antum tidak berpuas hati dengan ana, boleh sahaja berhubung di email ini. amirullizzat [at] gmail.com.

**********

Boleh tolong tak????

Dari Hans.


"Saya amat berharap agar kalian semua sudilah meluangkan sedikit masa untuk membantu saya menjawab soalan - soalan di bawah nih atau pun mempromosikan link Online Survey ini -> http://kwiksurveys.com/online-survey.php?surveyID=ILOLJL_cb9dd9b4 supaya lebih ramai lagi blogger akan tahu dan dapat menjawab soalan - soalan tersebut. Harap anda semua sudi membantu."
jom baca lagi

Kita Kena Ingat Bahawa Blog Kita Bukan Dibaca Oleh Kita Seorang Saja

Entri khas untuk blogger dari seorang budak sekolah yang baru sahaja belajar bertatih.

Dewasa ini, semakin hari semakin ramai anak-anak muda hinggalah yang tua membuat blog. Maka, bergelarlah mereka sebagai seorang blogger. Blog ini ada bermacam-macam kategori. Ada yang buat blog peribadi. Ada blog berkenaan sukan, info semasa dan macam-macam lah. Tetapi kita kena ingat bahawa setiap tinta kita dalam blog ini bukan kita seorang sahaja yang membacanya. Lainlah bagi mereka yang membuat blog peribadi. Diri sendiri je yang baca.

Walaupun ada yang ingat bahawa blog dia tidak ada pembaca tetapi kita kena ingat bahawa dalam dunia alam maya ini tiada batasan. Taip sahaja di google perkataan "mak limah kahwin dengan pak jabit" Tup tup. Terkena entri kita yang kutuk Pak Jabit jiran sebelah rumah ada skandal dengan Kak Joyah. Tak ke malu Pak Jabit. Lebih teruk lagi, Pak Jabit itu Ketua Menteri Negeri Pasola. Ramai orang yang kenal. Lagilah malu. Dah bertambah la dosa kat situ.

Kita kena ingat bahawa kita menulis mestilah menggunakan...menggunakan apa wahai pembaca? Huh? Menggunakan otak? Oh tidak. Kita menulis mestilah menggunakan akal fikiran yang waras. Kita kena fikir risiko atas apa yang kita tulis. Aku pernah kena hentam akibat salah memberi pendapat. Biasalah kan. Orang kita. Kalau kita cakap "  Tak tutup aurat berdosa.." Nanti mereka cakap " Orang yang tutup aurat dengan kami urang tak da beza pun. Orang yang bertudung ada lagi yang jahat." Itu kata mereka yang dangkal apabila mereka cuba mengetengahkan bahawa semuanya boleh asalkan niat betul. LOL! Niat tidak menghalalkan cara. Faham tak?


Begitu juga dengan penulisan di blog ini. 

Kisah Satu.

Contohnya begini. Si A tidak puas hati dengan Si B. Lantas si A menulis di blognya bahawa perangai si B yang buruk kemudian di hujung entrinya " Maka, jangan lah kita mencontohi Si B". Aku nak tanya. Boeleh ke kita buat macam itu? Mengikut apa yang aku pelajari. Aku rasa tak boleh sebab itu dikira ingin menjatuhkan si B dan mendedahkan aib si B walhal itulah kebenarannya. Faham tak? Tak faham lagi?

Kisah kedua.

Ali ni jiran sebelah rumah kita. sebenarnya bekerja sebagai pelayan kelab malam. Entah kerja sebagai apa entah aku tidak tahu sebab Ali bukannya jiran aku. Maka, kita pun terhegeh-hegeh la di dewan rakyat kawasan kita. 

" Kita janganlah mencontohi si Ali yang bekerja di kelab malam itu. Jauhi diri anda daripada Ali yang tingggal di sebelah rumah saya takut nanti anak-anak kita akan terpengaruh dengan Alil lalu menjual maruah." jerit kita pada hadirin yang datang ke dewan rakyat itu walhal penduduk di sekitarnya tidak tahu pun Ali ni pelayan kelab malam. Maka, ramailah yang bersangka buruk kat Ali. Walhal rahmat Allah masih terbuka untuk Ali.



Jadi, apa pendapat korang? Wajar ke tindakan dalam kisah kedua itu walaupun ia FAKTA?!!

Maka dengan itu saya memohon para blogger supaya menjaga perasaaan blogger-blogger lain, menjaga perasaan jiran sebelah rumah, menjaga perasaan sesiapa sahajalah. Dan tegurlah aku andai ada silap sebab aku ni kadang-kadang terlepas cakap jugak. Oleh itu, marilah sama-sama kita menjadi umat Islam yang cemerlang, gemilang dan terbilang!!!


LETAKKANLAH AGAMA DALAM PENULISAN BARULAH TIDAK TERSILAP LANGKAH! DAHULUKAN AGAMA, PASTI HIDUP AKAN CEMERLANG!

*kisah ini tiada kaitan dengan sesiapa*
jom baca lagi

Blogger Itu Meluntur Semangatku.

Tadi, aku terbaca blog blogger itu. Siapa tidak kenal dia? Seorang blogger yang aku rasa hebat. Seorang yang aku hormat.

Blogger itu hebat..kerana dia terkenal.
Blogger itu hebat..kerana trafik tinggi.
Blogger itu hebat..kerana banyak tips berguna yang diberi.

Namun, aku pasrah. Blogger yang hebat itu meluntur semangatku untuk berblogging. Mentang-mentang sudah lama dalam arena ini. Dia memandang rendah akan diriku. Aku sedar...siapalah aku..

Tiada ada tempat dan nama dalam arena ini. Aku..cuma bermain di tempatku sahaja. Di sekeliling kawan-kawan.

Bersama mereka ini ..


Dan lagi.. Siapakah aku dimata mereka tidak penting yang penting siapakah mereka di mata aku.

Aku pasrah..aku sedih. Blogger itu sudah menunjukkan 'taring'. Sebab itu selama ini aku diam. Aku diam dan membiarkan blogger itu sahaja yang memonopoli arena ini.

Oh! Aku terlupa bahawa aku blogger picisan yang tidak dipandang tinggi..Siapalah aku...penulisan aku hanya tulisan seorang budak yang meningkat remaja. Siapalah aku..yang mempunyai blog hina dina ini.

Jika dibandingkan aku dengan blogger itu. Banyak perbezaannya. Dia otai..aku? Baru setahun jagung...memang aku baru setahun jagung dalam arena ini. Biarpun bertahun tahun aku berada dalam arena ini..aku pasti aku akan berasa diriku baru lagi.

Bukan seperti blogger yang... Argh! Pusing aku memikirkannya. Lebih baik diam dari berkata-kata. Tetapi kata-kata blogger itu tadi..memang menusuk kalbu..hilang semangatku.. Hilang... Biarlah aku hanyut..dalam dunia yang tak kenal erti persahabatan.

Selama ini aku sedar..bahawa aku tidak pun dipandang oleh dia. Aku sedar kehadiran aku ini seperti melukut di tepi gantang. Siapalah aku kan dibanding dengan dia?

Apa sahaja yang dikatanya. Semuanya betul. Kata kataku? Semuanya dusta. Ah! Aku pasrah dengan dunia ini. Namun, blogger itu membuka mataku bahawa tidak semuanya indah. Tidak semua orang sempurna.

Mungkin salah aku juga apabila blogger itu berkata demikian. Ah! Biarkan..biarkan.. Biarlah dia dengan madahnya...Janji aku tetap aku.

Benda yang tidak pernah aku sedar adalah aku baru setahun jagung! Hahaha! Aku rupanya baru setahun jagung? Masih mentah lagi. Masih tidak punya apa-apa! Erti kata lain, aku ini budak yang baru hendak mengenal ABC.

Bodoh dan terukkan aku? Aku tidak layak untuk menasihati sesiapa. Aku tidak layak untuk memberi apa-apa kerana di dalam jiwa aku ini kosong..Bak kata blogger itu. Aku sedar..

Entah laa..aku rasa serba salah. Macamlah semua orang ingin menjadi seperti dia. Hendak buat macam mana..itu rezeki dia..
jom baca lagi

Seronok Ke Pakai Domain? Aku Blogger Beremosi? | Oh Tidak!

Semalam aku bertukar ke domain sendiri.  www.amirizzat.com. Sila rujuk entri ini.

Sebenarnya aku pening sikit selepas tukar domain.

Pening sebab aku tidak tahu perkara apakah yang perlu aku lakukan selepas menukar domain.

Benda yang aku sudah buat.

1. Tukar RSS.
2. Tukar url dekat Nuffnang.

Itu sahajalah. Atau ada yang perlu aku lakukan? Barangsesiapa yang mahir dalam hal ini. Sila bantu aku ye.

Berbalik kepada topik asal. Seronok ke pakai domain?

Entah ar. Bagi aku seronok. Syok sendiri. Haha. Bukannya apa, selepas tukar domain ini rasa bersemangat la sikit. Lagipun, domain bukannya mahal sangat pun. RM30 sahaja tidak termasuk hosting. Hosting tu apa? Hosting itu macam rumah kita la menurut Borak Kosong. Tetapi aku belum bersedia untuk membeli hosting. Banyak lagi yang perlu aku belajar. 

"Banyak lagi yang perlu aku belajar?" Yup, sebab aku bukan otai.. Haha.

Ok! Ok! Domain ini aku beli daripada Ihosterz selepas disyorkan oleh Borak Kosong. Baik betul abang Borak Kosong ye. Hehe.

Jadi, kepada sesiapa yang ingin menukar domain boleh la pilih sekarang. Aduh..Merapu bab lain pulak. Berbalik lagi kepada topik asal kita. Dengan bertukar domain ini kita akan rasa;

1. Seronok dan semangat berkobar-kobar.
2. Rasa hendak update sepanjang masa (aku bukan  otai. Haha)
3. Angan-angan nak pakai domain sudah tercapai.

Tapi kan... 

Hati aku terdetik.

"Kenapa aku rasa macam biasa je pakai domain nie?"

Jawap satu suara.

" Dah kau blogger picisan..Kau tak femes..Tak dak orang perasaan pun kau tukar domain. Hahahaha( gelak setan)"

Oh..ya tak ya jugak. Hurm..Aku sedar.. Hahah.

"Eh! Apasal kau tacing-tacing ni Amir?"

Bukannya aku tacing cuma aku..aku layan perasaan je.

" Ekeleh! Kalau hendak jadi blogger yang berjaya. Mesti ada kekuatan mental. Jangan mudah tacing-tacing. Sikit tacing.. Baik berhenti jadi blogger.."

Okeyh bos! InsyaAllah aku tidak akan mudah beremosi macam perempuan yang kehilangan teman lelaki. ( kena tinggal teman lelaki macam mati bini.. hehe)

Tapi kan..kadang-kadang aku pasrah jugak.'

"Cukup-cukup lah tue Amir..pi buat kerja lain..selepas ini update benda lain.."

Ok laaa... Buat hal sendiri lagi bagus kan?
jom baca lagi

Andai Anda Blogger Malaysia. Sila Baca Entri Ini. Sedar-Sedar Lah Diri Sikit!





Anda seorang seorang blogger? Dari Malaysia? Mengapa anda menjadi seorang blogger? Jadi blogger dengan rela atau paksaan? Bak kata cikgu saya,

" Cikgu tak suruh kamu datang sekolah nie. Habis itu kenapa kamu datang?"

Sama makna dengan,

" Aku tak suruh kamu jadi blogger, kenapa kamu masih mahu jadi blogger?"

Yang pasti seorang blogger itu ada matlamat masing-masing.

Mari kita lihat perjalanan seorang blogger.

Peringkat awal:

Mula-mula mengelani dunia blogger dunia kita terasa asing. Semua benda tidak tahu. Erti kata lain kita ibarat tin yang kosong. Pembaca pun kurang. Karya tulisan yang dihasilkan pun tiada siapa yang baca. Bab kata istilah blogger... kita baru blogger "newbie".

Peringkat pertengahan:

Diri kita dan blog kita mula dikenali. Semakin hari semakin terkenal. Selepas sekian lama berblogging. Blog kita pun semakin ramai pengikut dan pembaca. Blog yang dahulunya sunyi kini sentiasa ada kunjungan.

Peringkat klimaks:

Bila sudah terkenal. Kita rasa diri kita otai. Kiranya kita sudah mencapai tahap tertinggi dalam blog. Blogger yang baru pasti datang ke blog kita. Apa saja yang kita katakan di iya iya kan.

Peringkat Penghujung.

Walaupun diri rasa otai..Kiranya kita ini menjadi pujaan blogger newbie. Kira rasa megah. Kita rasa lebih dalam semua hal. Iya lah.

"Aku blogger lama. Kau blogger baru. Follower sikit"

Kita memandang rendah pada blogger baru padahal blogger baru dah buat blog masa kita belum diberanakkan lagi. Kiranya blogger tua-tua la ni. 

Sahabat blogger yang lain..yang sama naik dengan kita semakin hari semakin jauh. Kita semakin lupa. Iya, kita lupa dalam ingat. (faham tak?). Kita ingat tapi kita terlupa. Masa semakin pantas berlalu...

Pengajaran:

Blogger yang rasa femes dan otai rasa mereka lebih. Erti kata lain..bangga ke?
Entah lah. Aku pun tidak pernah menjadi blogger yang rasa femes dan otai. Apa saja yang newbie buat kadang-kadang tidak mendapat sambutan,kan? Dialah blogger pujaan hatiku.

Bagi aku. Setiap blogger itu sama. Walaupun kadang-kadang wujud perbezaan antara kita(blogger). Kalau gitu,lebih baik pentingkan diri sendiri,kan? Entah la labu...

Anda tahu apa yang aku hendak ketengahkan disini? Apa yang hendak aku sampaikan adalah kurangkan perbezaan antara kita.

Contohnya seperti kisah dibawah. Bacalah anakku! Haha!

Untuk lebih memahami. Baik anda baca entri dibawah.

Sepanjang almost setahun aku blogging, aku terperahsan there are some differences between blogger baru-baru and blogger yang famous and otai giteww.. psttt, agak-agak ko rasa kurang setuju, boleh la bantah! heee~


Pertama

Blogger otai bebas berentry! dorang boleh cakap anything.. tak kesah la kadang-kadang benda tuh sangat la contradict dengan apa yang semorang rasa tapi sebab beliau otai, okkk tulis sampai lebam! 

Blogger otai jugak boleh jek nak tulis entry yang terkadang tu tersangat laa bosan, but still ramai jugak nak komen. ye lah pengaruh dah ribu-riban kan? try si newbie yang buat?? jangan kan kata komen, nak ado reader pon belom tentu... kan? that is why, selagi kita belom famous, produce la entry yang dapat memberi impak lalu memberi kan follower as well as pengaruh....

Anda tidak berpuas hati? Sila teruskan pembacaan anda di sini.

Nota:

1. Aku menulis dalam keadaan demam.
2. Aku yakin tiada yang terasa.
3. Kalau terasa baguslah. Haha. Bukannya apa. Aku pun sedar diri.
4. Blogger baru ke otai ke tiada bezanya. Semuanya bermula dari bawah.

Sebelum otak rasa bergelora. Jom senyum.



jom baca lagi

Laaa...Ada Blogger Yang Terasa Ke?

Bismillahirahmanirahim..

Maaf! Maaf! Maaf! Andai ada yang termakan hati dengan kata-kataku pada entri lepas. Aku menyusun jari. Betul la kata orang kan..Bila kita bercakap tak ingat batas dah..Tak ingat dah hukum agama. Tak ingat dah perasaan orang lain. Hish! Aku nie terlalu emosi. Maaf ya wahai blogger sekalian. Janganlah terasa dengan daku. Anggaplah ia ujian bagi daku dan ujian bagi dirimu. Semoga kita tidaklah bermasam muka dan berkecil hati.

Tak dak niat pun nak melukai dengan komenku itu.. Tak dak niat cuma pandangan. Kadang-kadang pandangan itu tercampur dengan emosi. Biar la kita..Manusia biasa yang lemah dan tak lepas dari kesilapan. Asyik-asyik tersilap. Andai tersalah langkah,malu seumur hidup. Biasa la kan masyarakat kita. Kalau ambil tahu tepi kain orang kadang-kadang terlalu melampau.

Yang baik tak dikenang..Yang buruk sampai mati pun asyik ingat,kan? Jadi...maafkan aku.. Pujian itu kadang-kadang berbisa. Kritikan itulah yang menjadi pendorong. 

Oh ya! Berkenaan header free.. Sudah ada seorang yang telah membuat entri iaitu Cik Fatiehah. Sebenarnya Amir mencari seorang lagi yang sudi dan berani mengambil risiko suruh Amir buat header blognya. Hehe! Amacam? Sila terjah sini untuk tahu lebih lanjut.
jom baca lagi

Kalaulah Kerana Aku Update Kerap Kali Itu Merimaskan Dirimu| Maafkan Aku.| Entri Tidak Berkualiti Pun..

"Hihs! Tak habis-habis dengan Amir Izzat nie..Asyik update je..rimas aku.Dah penuh dashboard aku. Kalau hebat,tak apa jugak. Ini tidak,entri tak dak kualiti!"

" Apa kena budak nie? Gila update ke?"

"Wow! Memang rajin update ea?"-perli.

Mungkin itu sebahagian kata-kata sesetengah orang atau pembaca di blog Amir nie kan? Ada kan? Ngaku je la. Ahaks. Memang ada. Tidak mustahil? Mungkin ramai yang meluat bila aku asyik update. Dah la entri tidak berkualiti kan? Macam hampeh je entri. Ayat dua tiga baris. Isi? Macam hampeh gak.. kan? kan?

Tapi kan..Dah memang kegemaranku update kerap kali. Nak buat macam mana? Dan satu lagi..korang perasan tak setiap entri aku ini mesti berbahasa Malaysia sepenuhnya. Kadang-kadang..dan kerap kali juga laa. Kenapa? Kerana ia membuatkan aku lebih mahi Berbahasa Malaysia. Mahir berbahasa Melayu. Practices make perfect,orang putih kata.

Memang terbukti apabila keluar keputusan kertas Bahasa Malaysia apabila aku mendapat markah sebanyak 78 peratus. Ku kira paling tinggi dalam tingkatan 4. Mungkin. Apa kaitan blog dengan kertas BM ku? Ha..ini la yang hendak aku khabarkan. 

Saat aku menulis karangan. Contohnya karangan syarahan,pasti aku akan membuatnya seperti aku menulis blog.Ikut format yang betul lah.  Dari gaya komunikasi itu aku berbicara seperti aku berbicara dengan korang. Memang membantu aku. Menjadikan karangan aku itu seperti real. Bukannya kepura-puraan. 

Selain itu,aku suka update blog. Memang hati tidak tertahan apabila blog tak update. Mula-mula aku ceritakan diriku. Kemudian sedikit info dan entri santai sedikit.

Mungkin ada yang rimas.. Ekeleh..Aku update 3 entri sehari pun dah kira okay. Yang penting isi yang hendak disampaikan sampai ke otak korang. Janji korang faham. 

Ingat!!Dalam dunia blog ini ada bermacam-macam jenis blog. 

1. Ada blog personal.
2.Info.
3. Santai.
4. Serius.
5. Tidak kurang juga yang garang.

Macam-macamlah. Sebenarnya hendak kasi maklum balas sedikit pasal satu post nie "entri: kualiti atau kuantiti?" Setiap orang ada gayanya..Yang penting hati gembira....kan? kan?? 

Oh ya! Melalui blog juga aku dapat melepaskan tekanan yang ada pada diriku. Melalui blog juga aku hendak kongsikan ceritaku. Melalui blog aku kenal dah jenis manusia kat Malaysia nie.

Akhir kata,ampun maaf kalau yang memang dah terasa sejak dulu lagi. Yang memang dah rimas. Yang memang..memang kocik hati. 

Tips!

1. Jangan terlalu ikut tips blogger yang merapu entah papa suruh kita ikut cara penulisan dia.. Tak syok ar. Buat gaya sendiri cukup ar.
2. SPRM tak nilai pun kualiti entri janji masuk dalam hati.
3. Jangan mudah terasa kalau jadi blogger.
4. Setiap teguran mesti dibaca dengan hati terbuka.

Jom baca entri Ben Ashaari pulak!

Nota: Berkualiti ke tidak entri ini? 

Pss...: Kadang-kadang aku malas nak update bila perkara begini berlaku. 

Psst...aku bukan blogger sebenarnya..


Berita: Terima kasih kepada blogger yang mendoakan aku tadi. Alhamdulillah..Sesungguhnya Allah Maha Mendengar dan Maha Penyayang..
jom baca lagi

Aku tak sangka aku dah berblogging hampir 10 bulan

Cepaatnya masa berlalu. Baru sahaja terasa berumur 16 tahun. baru sahaja terasa aku berada di awal bulan 1. Tapi kini...Sukar untuk percaya aku sudah berada dalam bulan 10. Memang tak sangka..Cepat kan masa berlalu..

Ingat lagi dulu pada mula-mula aku berblogging.. Tak silap aku pada bulan 2. Masa itu aku berada dalam keadaan terumbang ambing. Apa itu blog? Untuk apa aku berblog? Blog nie best ke? Bermacam-macam lah soalan yang timbul.. Sebenarnya aku tak tahu yang aku pernah buat blog. Memang tak tahu.

Masa tue.. Ada seorang kawan aku nie Eyza. Dia ada blog. Cun blog dia. Siap ada lagu. "Wow! Menarik gak blog dia.." Selepas itu,aku tanya ar dia macam mana nak buat blog. Memang susah bagi aku pada permulaaanya.Namun alhamdulillah..Aku dah kenal apa itu HTML dan sebagainya. Aku dah pandai edit blog. Belajar dan belajar.Dulu aku pernah buat blog pada tahun 2008 dan tak siap.  Masa itu memang susah nak buat template. Then,aku kembali belajar di Kelantan. Selepas belajar semula di Kuching,aku kembali meneruskan kembali...

Saban hari..aku menaip dan terus menaip.. Sudah berjam-jam masa dihabiskan.. Namun semua itu berbaloi dengan Nuffnang.  Aku rasa duit Nuff tue bawak keluarga aku enam orang makan KFC cukup kot. Hehe.InsyaAllah..Aku akan guna duit itu sepatutnya.. hajatnya nak beli DSLR. Haha..Berangan je lebih.

Kini..9.11.2010 aku masih berblog. Kadang-kadang terasa lama berblogging..Kadang-kadang terasa sekejap.. Aku dah tahu tentang asam garam blogging ini serba sedikit namun aku bukanlah otai. (oit,kalau otai mesti popular ke?)

Aku masih perlu belajar dalam dunia blogging. Hobi berblogging ini akan diteruskan hinggalah aku puas. Hehe.
jom baca lagi

Siapa Baru Jadi Blogger? Jom Sertai Suai Kenal Blogger Dari Ben Ashaari

Blogger...apa itu blogger? Aku pun hairan. Yang pasti korang juga seorang blogger seperti aku. Aku? Aku sebenarnya bukan blogger tetapi pembebel jalanan.. Membebel di alam maya. Membebel sampai insaf. (mukaddimah penuh skema!)

Ha,awak blogger baru ke? Awak yang tengah baca nie.. Ya la..Awak. Apsal tengok kiri kanan belakang depan pulak. Ops! Jangan pandang belakang. Nanti kang.....Hehehe!

Nie ha..Aku nak bagitahu kamu yang blogger baru. Ben Ashaari ada buat sesi suai kenal blogger baru.  Elok bebenor lah tue untuk memperkenalkan blogger baru.

Setakat nie dah 25 lebih dah blogger baru yang join. Kamu dah join belum? Jom ler... Macam mana nak join?

Ok. Pi ke sini. Boleh la berkenalan dengan blogger-blogger lain.. Dunia blogger memang indah tahu..Seindah malam pertama..(maaf abang Tehr. Kena tegur kan). Hehe. Seindah apa ek? Seindah wajah awekku... Hehe.

Best tahu berblogging nie. Kepada blogger baru,korang boleh juga tinggalkan link kat sini. Saja je nak berkenalan. Bukannya susah. I terjah u..u terjah i. Kita sama-sama sergah. Erk?

Dalam dunia blogging nie.. Kita kena bekerjasama. Barulah kita akan maju..kan? kan? Sekarang dunia bloggig@blogger(konpius penggunaan bahasa ini) dah aman..Dulu..........tak aman. Betul wa cakap lu. Ada saja krisis antara blogger. Sekarang dah senyap. Sebab apa? Masa tue tak fikir panjang......

Jadi,kepada blogger baru. Anda kena tabah dalam menceburi bidang ini. Bnayak pahit maung perlu ditepuhi. Nanti bila kamu dah lama dalam bidang ini. Kamu akan tahu.... Ha... Pasti kamu akan rasa keseronokannya dan kepedihannya. 

Kalau kena komen dengan Anon..Buat dek je. Kalau rasa nak marah,silakan. Hehe! Slow-slow belajar. Berblogging nie tak sia-sia..Boleh dapat duit dari Nuffnang tauu... Sambil menyelam sambil minum air..kan?

Berakit-rakit ke hulu,berenang renang ke tepian. Bersakit-sakit dahulu. Bersenang senang kemudian.

Nota: Hendak berada di atas perlu bermula dari bawah.


jom baca lagi

Dia Blogger Baru: Merapu Itu Seni

Awak..
Ye,Awak..Aisy..betol lah tu..memang saya panggil awak pon..Tak payah toleh toleh kat orang lain! Memang saya panggil awak pon! Ye, awak la..

Awak..
Tahu tak..Masa sekolah dulu saya tak pernah teringin nak kenal dengan awak.. Tak taulah kalau saya ni rabun..Tapi saya memang tak ada keinginan nak kenal awak secara mendalam..Saya cuma tahu nama awak dan muka awak je..

Lain lain saya tak ambil port! Walaupun ada kawan kawan saya yang cakap awak memang hot, Tapi saya buat tak tahu je.Lantak awak lah!....


Psstt... Nak baca lagi? Jom ke sini.

*****

Hai kawan-kawan sekalian. Dah makan belum? Ha,tahukah anda bahawa setiap saat pasti ada seorang rakyat Malaysia menjadi blogger? Kajian dari Profesor Amir mengatakan ia benar. Oppppppppps! Terskema la pulak..

Siapa yang tak pernah menjadi blogger yang baru? Semua blogger pernah sehinggalah bergelar 'otai'. Kita sebagai blogger yang dah lama bertapak di dalam dunia blogging ini mestilah membantu blogger baru ini agar menceriakan hidup masing-masing.(Ceriakan harimu dengan Nestle. Erk?)

Mohd Zulfikri Zainol. Empunya blog Merapu itu Seni. Berasal dari Selangor/Kedah. Huh? Dia juga seorang lelaki. Laa...dah mana Zulfikri. Lelaki la. Apa la korang nie..

Mohd Zulfikri ada sepatah dua kata untuk korang.

"Saya boleh serius dan saya juga boleh merapu. Walaupun saya merapu saya masih boleh serius. Kadang kadang saya serius dan kadang kadang saya merapu.Kemerapuan tidak menghalang saya untuk serius. Tetapi keseriusan tak dapat menahan saya dari merapu."

Sila tepuk tangan. Wah! Jangan main -main dengan Zulfikri nie.. Serius serius gak..Kang bila dah serius,dia merapu.Susah korang... hehe. 

Baru dua minggu berblogging. Selamat maju jaya.

Buat spesel ntuk a

Jadi.....Apa yang korang tercegat kat situ lagi.. Jom kita beramas mesra dengan Blogger Merapu Itu Seni.


Nota: Kalau korang blogger baru. Cakap la..Boleh la amir buat macam ini lagi. Amacam? Memperkenalkan blogger baru serta mengeratkan hubungan.
jom baca lagi

Korang Perasan Tak Ada Blogger Yang Hilang?

Assalamualaikum geng-geng Bas Blogger. Erk? Parti Blogger Se-Malaysia..(PBSM..akan ditubuhkan kelak.) Ahaks

Nie ha..Amir nak tanya la korang sikit. KOrang perasan tak seorang blogger perempuan. Yang sangat baik hati. Bila dia pergi ke blog korang,pasti dia akan komen. Tak percaya? Carilah nama Nabilah. Kak Nabilah..

Korang perasan tak. Kak Nabilah empunya blog duniasukaduka dah lama tak update dia punya blog. Selepas raya tak silap saya. Lama tue....

Aku tak tahulah korang perasan ke tidak tapi aku perasan. Aku hairan. kemanakah Kak Nabilah ini pergi? Sebagai seorang rakyat Malaysia yang perihatin serta sebagai seorang blogger yang mempunyai citarasa terhadap makanan yang kuat,aku kena ambil berat.

Aku serius nie.. Tak percaya? Korang pi la blogger beliau sendiri. Aku risau nie..Manalah tahu ada sesuatu yang menimpa kak Nabilah? Kalau tahu..silalah bagitahu aku..

jom baca lagi

Waah! Ramainya Blogger Baru.......

Wah! Jalan sana sini...semuanya meriah! Meriah dek blogger baru. Bak kata Ben,blogger baru nie entry dia fresh lagi. Ahaks.. Betul-betul.. Tak lah macam aku nie.. Mula-mula fresh..lepas itu jadi skema.. selepas itu jadi macam dulu.. Nak tahu tak..dulu blog aku nie tempat nak berjiwang je kerja.. Betol wa cakap lu...

Semakin hari semakin bertambah blogger baru..kan? Setiap saat,setiap detik pasti ada yang ingin membuat blog.



Baguslah semakin ramai blogger kat Malaysia ini. Tapi kan..Blogger kat Malaysia ini sedikit je. Kalau pergi blogwalking tue. Pasti akan jumpa orang yang sama. Jadi,berbaiklah kita dan saling tolong menolong. Awak tolong saya,saya tolong awak. Kan senang.


Dan..kalau ada sengketa..lupakan saja. Kepada blogger baru,tahniah kerna dah ada blog. Hehe! Aku pun masih blogger baru. Baru je 9 bulan berblogging. Baru kan..  


Tips untuk blogger baru.


1. Ikutlah gaya anda ketika menulis. Jangan duk ikut sangat tips blogger otai (sesetengah). Mengapa? Anda akan tahu nanti....


P/s: Jangan pula ada blogger otai marah kat aku.. Andai kau faham akan maksudnya.. Barulah engkau akan mengerti... Huhu
jom baca lagi

Jangan Anggap Aku Budak Kecil

Assalamualaikum!

Aku tak tahu dah nak bagitahu macam mana. Aku pun sedang kekurangan idea. Idea tidak sampai ke otak lagi. Otak pun kekurangan oksigen. Barang sesiapa yang ingin melakukan CPR,boleh sahaja. Terhad untuk perempuan sahaja. Lelaki diharamkan melakukan CPR kepada saya. Ahaks. Erk?

"CPR itu apa ?" mungkin itu soalan kamu.

CPR itu daripada pemahaman saya ialah bercium dari mulut ke mulut untuk memberikan oksiden bukan untuk menikmatinya. Haha! Aku pun tak tahu lah der..

Baiklah.. Meh sini telingat tue. Ops! Meh sini..Dekatkan mata kamu ke skrin. Aku nak membebel sikit kepada kamu.

Tahukah kamu bahawa aku ini berumur 16 tahun? Sudah besar bukan? Sudah boleh berfikir dengan logik akalnya kan? Tetapi kan..kenapa ada yang masih menganggap aku ini budak kecil? Di alam maya lah. Hairan aku.

Aku nak kasi tahu bahawa aku sebenarnya lebih suka kamu menganggap aku seperti orang dewasa. Biarlah aku memanggil kamu Abang,Kakak,Pakcik dan Makcik tetapi berilah peluang untuk aku menulis seperti orang dewasa. Faham tak?

Maksud aku.. segala pendapat aku dan luahan hatiku di blog ini dipandang serius sikit. Itu sahajalah. Aku tahu mungkin ada yang menganggap aku ini blogger budak-budak. Ya,aku budak budak tetapi kadangkala hidup perlu serius.

Apa guna asyik main-main sahaja?

Apa yang aku inginkan ialah anggaplah aku sebahagian darimu. Umur tidak membataskan pemikiran. Jangan nilai seseorang melalui umurnya tetapi nilailah melalui tintanya.


Walaupun tintanya tidak sehebat kamu tetapi hormatlah. Kerna kehormatan itu penting. Tidak ku minta lebih darimu cuma sedikit rasa hormatmu buat diriku ini. Terima kasih
jom baca lagi

Mencari Identiti Blogger Yang Hilang

Aqnaim punya gambar.

Assalamualaikum! Entri marah nie..entri marah. Terasa tak bahang aku tengah marah nie? Ahaks.  Sebenarnya tidak lah marah. Ok! Aku sebenarnya kena tag lah. Pasal MEMCARI IDENTITI BLOGGER YANG HILANG. 

Korang tahu tak kenapa tag kali ini menarik? Sebab ada tiga blogger yang tag aku. Gila bapak lembu beranak anak sebelas. Betul wa cakap u.. Sal? Lu tak caya? Nie ha wa kasi tau.

3 blogger yang tag aku ialah


1. Afiz. Tuan tanah blog Memori Seorang Muda. Hendak tahu pasal Afiz? Jom serbu dia ramai-ramai. Klik Memori Seorang Muda. Seorang yang friendly..sebaya aku.



2. Tengkorak Emas. Siapa tidak kenal Tengkorak Emas? Baik kau cakap! Kalau tidak ,aku korek lubang hidungmu. Ahaks. Tengkorak Emas pula orang kedua yang tag aku. Seorang blogger yang tersangat baik hati.


3. Aq Naim. Selepas TE,dia pula yang tag. Alamak! Aq Naim...blogger sebaya aku yang ku kenal sejak zaman berzaman.. Jom Serbu!!!

****

Nah! 3 orang tag sekaligus. Gila lah kalau aku kena buat 2 entri. Naya aku. Haha. Walaupun jiwa malas hendak menulis malam ini kerna esok aku ada exam. Tapi ku kuatkan nafsu batinku.. Ops! Ku kuatkan tanganku untuk menulis..Demi kawan bah.


"Once you have been tag , you are supposed to write a note with 25 random things , facts , or goal about you . In the end , choose 25 people to be tagged. You have to tag the person who tags you. If I tag you , its because I want to know you more."

*****

Baiklah. Meh aku nak cerita pasal diri aku nie. 25 perkara ye? Jangan korang terus blah lak. Baca dulu. Mana tahu kita boleh jadi suami isteri selepas berkenalan dengan daku. Haha!

Jom layan...

1. Nama sebenarku Muhammad Nor Amirull Izzat.  Amirull bermakna pemimpin. Izzat bermakna Mulia. Terpuji Cahaya Pemimpin Mulia. Pandai mak bapak aku pilih nama. Tetapi yang paling lemahnya,nama aku panjang giler. Rasa malas sahaja hendak menulis nama penuhku pada kertas OMR,surat atau dimana mana sahaja.

2. Berumur 16 tahun. Lahir pada 6 Januari 1994. Kalau mak aku tak tahan 6 hari,mesti aku dah tingkatan 5 sekarang nie. Hehe!

3. Anak sulung. Ya,aku anak sulung. Tanggungjawap yang sangat besar sekali.

4. Anak lelaki tunggal. Semua adik beradik aku perempuan. Siapa nak masuk meminang boleh la. Silakan. Masukkan RM1 juta deposit dulu. Ops! Aku bukan mata duitan. Tapi semua benda memerlukan duit. (mesti korang cakap. "Gila apa! Ini jual adik namanya..")

5. Bersekolah di  Sekolah Menengah Vokasional Kuching. Aliran Katering.

6. Aku ambil Katering tetapi aku lebih sukakan berkenaan komputer,designer dan photographer.

7. Aku sedang mengumpul duit hendak beli DSLR. Sekarang baru ada 100 henget dalam bank. Duit Nuffnang lak cukup beli hp satu. Aduhai...

8. Aku seorang panas baran. Kalau korang tumbok aku sekali. Aku tumbok balik 100 kali. Ada bran? Ahaks.

9. Jiwang. Nak kata jiwang tidak lah..Tapi boleh la.. Tak percaya jugak? Susah ar nak cakap.

10. Aku suka makan budu. Jangan tanya kenapa. Haha.

11. Aku suka makan makanan yang pedas. Biar berair mata asalkan perutku kenyang.

12. Tak suka perempuan gedik atau 'geleya'. Memang aku tak suka. Mula-mula kita just kawan tapi dia lak lebih-lebih. Pernah kena.. Aduhai..

13. Aku rasa aku ada resdung lah. Mewarisi dari ibuku kot.

14. Oh ya! Aku berasal dari Kelantan tetapi tinggal di Sarawak.

15. Aku susah nak mesra alam dengan orang kecuali alam itu memang dah mesra. Hehe!

16. Kuat makan. Mungkin kot sebab bila aku lapar. Aku akan makan biarpun jam menunjukkan jam 2 pagi. Betul wa cakap lu..

17. Ketagih membeli DVD cetak rompak tetapi video baik punya. Ya,aku kalau ada filem baru. Aku akan beli. Malas nak pi wayang. Mak tak kasi.

18. Anak yang soleh. Soleh ke? Haha. Siapa nak pinang aku? Sila dail 014..576.. yang belakang carik sendirik. Hehe.

19. Aku suka edit blog. Buar header untuk ku. Nanti aku kongsikan kesemua headerku sejak dari dulu.

20. Aku tak suka orang yang mudah tacing. Aku sendiri tak tacing. Yang ang nak tacing itu apa pasal bai?

21. Aku sebenarnya tengah cari calon isteri. Ada sapa nak?

22.  Tinggi lak 167 cm. Tinggi lagi Afiz.. Gila lah...

23. Aku suka bawak motor slow. Lebih kurang 110 km/j. Siapa JPJ kat sini? Bang..jangan saman saya. Highway saya main..Long punya.. Hehe.

24. Aku sebenarnya dah tak dak idea.

25. Habis dah.. (tiru naim). Haha.

Baiklah..Itulah dia serba sedikit pasal aku. Haha.. Amacam? Terharu tak baca ? Kalau tak terharu,hantuk kepala kat dinding sat. Kasi kuar air mata. haha!

*****

Masa untuk mengtag.

Sekarang nie aku nak tag.

Abang Dkosong Lapan (ak tak tahu nama sebenar)
Abang Blogger 20 Sen. Unik tak namanya?

Dan koranglah yang lurus bendul pi baca entri nie. Apsal la korang baca. Ahaks. 
jom baca lagi